03 December 2016

Trip Autumn Korea 2016 | Busan day 1

0 comments
20 November 2016

Jalan pakai ni senang. One-day pass, fee ₩4,500


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

01 December 2016

Trip Autumn Korea 2016 | D7 518

0 comments

19 November 2016

Lepas habis rancangan Doraemon di NTV7, saya terus bergerak ke KLIA2. Kebetulan, adik saya mahu pulang ke Banting. So dah alang-alang, sekali jalan je la. Sedih pulak 10 hari tak jumpa Iman. Huhu! Nanti balik, mesti dia tak kenal makcik dia yang sorang ni. Kawan saya dia dah sampai KLIA2 dulu. In the mean time, saya suruh dia pergi la mana-mana pun yang dia suka or pergi makan ke sementara tunggu saya sampai.

Purata kadar tukaran ₩100,000 = RM380


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

29 November 2016

Trip Autumn Korea 2016 | Total Damage

2 comments
Salam.

Saya baru sampai rumah jam 6pm tadi. Touchdown KLIA2 jam 3.30pm. Around jam 5pm baru bergerak dari KLIA2 ke rumah. Menunggu beg lama sangat. Beg saya keluar yang last-last punya. Balik rumah tadi pun naik Uber. Tak larat da nak travel naik bas or train apa semua. Macam biasa, saya akan update dulu pasal perbelanjaan atau total damage sepanjang trip ke Korea Selatan. Details trip, kemudian la ye. Kat sini saya totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)

RINGKASAN PERJALANAN

Seperti Trip Bandung 2016 hari tu, Trip Autumn Korea 2016 ni pun trip berdua jugak. Tapi bukan dengan orang yang sama. Cuma kawan yang sama profesion, tapi bertugas di tempat lain. Asalnya, ni trip spontan je. Saya saja je ajak kawan tu. plan asal, kami nak ke Pulau Jeju saja. Da alang-alang ke Korea Selatan, saya masukkan sekali Busan dan Seoul. Nak repeat ke, ape ke, terpulanglah pada masing-masing. Trip saya ni bermula dari 20 - 29 November 2016. So, total trip saya ni selama 10 hari.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

06 August 2016

Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Penangkaran Rusa di Bumi Perkhemahan Ranca Upas

0 comments
22 Julai 2016

Jam 2pm, kami berada di Bumi Perkhemahan Ranca Upas. Actually ni tempat yang more kepada camping, kem-kem motivasi, kem bina jati diri and so on. Tapi kami ke sini sebab ada penangkaran rusa. Korang boleh tengok and belai-belai rusa ni depan mata je.

Mana rusa? Takdak pun


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

05 August 2016

Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Glamping Lakeside Rancabali

0 comments
22 Julai 2016

Jam almost 12.45pm. Setengah jam je lepak-lepak kebun teh. Lepas dah puas bergambar and tak tahan dengan kesejukkan, kami terus bergerak ke Glamping Lakeside Rancabali. Kawasan ni betul-betul bersebelahan dengan pinggir Situ Patenggang.

Antara tarikan dalam glamping lakeside

Situ Patenggang ni cantik tapi harga tiket dia pun tersangat cantik. Haha! Jadi, kalau korang nak save bajet, boleh ke glamping lakeside ni sebab entrance fee dia jauh lebih murah and view dia pun ohsem. Korang siap boleh skodeng lagi Situ Patenggang tu dari perahu besar gedabak! Dah kata sebelah-sebelah kan? Hehe!

Pinisi Resto


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Perkebunan Teh Rancabali

1 comments
22 Julai 2016

Jalan nak ke Kawah Putih tu, kena lalu satu kawasan ni. Kawasan ladang teh. Tapi orang sana tak panggil ladang. Depa panggey perkebunan. Kawasan ni sangat luas. Lebih besar dari ladang teh dekat Cameron kot. Padahal belum pernah sampai sana lagi.

Rasa macam view ni cantik tapi Rahmat taknak berhenti

Rahmat tanya, “Kak sudah ke Cameron Highlands?” - saya cakap belum pernah sampai lagi. Tergelak-gelak kami. Well, jarang orang nak explore kawasan sendiri. Hehe!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

30 July 2016

Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Kawah Putih

1 comments
22 Julai 2016

Jam 7am, kami dah keluar sarapan. Makanan Indo kurang rasa sikit dengan lidah saya. Jadi, saya breakfast dengan buah tembikai, roti bakar and air sejuk -- bukan ais. Before tunggu kawan saya siap untuk keluar bersarapan, sempat la jugak saya breakfast biskut lexus coklat dua bungkus. Jam 7.30am, kami akan bertolak ke Bandung Selatan. Destinasi pertama kami ialah Kawah Putih. Sebelum tunggu Rahmat sampai, sempatlah saya snap sikit beberapa gambar Mine Home Hotel ni.

Area kafe dalam hotel


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

29 July 2016

Trip Bandung 2016 | AirAsia QZ 172

0 comments
21 Julai 2016

Jam 8am saya keluar rumah. Tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas dekat Sentul je makan masa 1 jam. Walaupun dah tahu waktu macam tu memang jalan sesak sebab orang nak pergi kerja. Tapi lepas tu highway clear da. Around 9.45am dah sampai Bangi. Terus ke APM, nak pulangkan RPL glass badge. After that, terus gerak ke Presint 8. Memang janji dengan kawan jam 10am. Tapi kawan tu lambat. Biasalah, janji melayu. Kahkahkah!

Sementara tunggu member, snap satu pic. Apa ntah nama
jambatan ni. Haha


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

26 July 2016

Trip Bandung 2016 | Total Damage

4 comments
Salam.

Selalu kalau entri pasal bajet perbelanjaan ni, saya buat last sekali. Tapi sebab baru balik dari trip plus ada kecelaruan sikit dalam urusan perbelanjaan, maka saya update ni yang first la ye. Takut nanti da kepam lama-lama, dah tak ingat details perbelanjaan. Kat sini saya totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)

RINGKASAN PERJALANAN

Ini trip berdua saya dengan kawan saya. Ingat lagi tak -- bajet macam ada orang baca blog ni kahkahkah! one day trip saya merentas dua negeri; Negeri Sembilan dan Melaka? Itulah partner saya untuk trip ke Bandung ni. Trip ni plan setahun lebih. AirAsia free seat promo punya pasal. Asalnya nak ke Lombok. Tapi tiket ke Lombok laku macam pisang goreng coklat cheese. Haha! Back up plan kami, ke Bandung la kita!



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

25 July 2016

Trip Bandung 2016 | Itinerary for 5H4M

0 comments
Salam.

Baru sampai rumah siang tadi. Haha! Eksaited gile nak update entri. Entri ni saya nak share pasal aktiviti saya sepanjang trip ke Bandung. Sebab ada yang tanya -- 

"Kalau pergi Bandung tapi tak shopping, then pergi mana je?"

Apa yang menarik? Bandung ni terkenal sebagai Paris Van Java. Syurga membeli belah katanya. Sebab murah. Bak kata Rahmat -- tour guide and supir kami --

"Perbelanjaan itu suatu yang relative. Ada yang kata RM100 itu murah. Ada jugak yang cakap RM100 tu mahal. Jadi, tergantung kepada individu itu sendiri"

Bagi kaki shopping, RM3,000 cukup ke shopping kat sana? Bagi kami yang tak berapa kaki shopping ni, sekadar beli-belah untuk family tercinta, RM300 cukup da, InsyaAllah.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

12 July 2016

Jalan-jalan Johor | Johor Bahru

0 comments
13 Februari 2016

Kami sampai di Bandar Baru Uda, JB jam 7.30pm. Rumah sewa kawan saya. Kami nak tukar kereta. Since JB ni kawasan dia, biaq dia pulak bawak kami berjalan. Hehe! Kami solat Maghrib dekat-dekat je dengan kawasan food court tu then kami terus ke gerai makan dekat food court Gerai Tepian Tebrau. Ramai gila orang. Sampai ada yang berdiri tunggu nak seat. Mujur kami sampai awal sikit dari dorang. Kami makan dekat Gerai Ayong. Tauhu bakar dia memang sedap.

Menu kami malam tu simple je. Ikan siakap bakar dengan sotong kangkung. Kalau ikut perut lapar, macam-macam kami nak makan. Since itu semua hawa nafsu saja, kami pilih menu tu beserta nasi kosong sepinggan untuk sorang. Walaupun ramai orang berdiri tunggu seat, kami tak rushing pun nak makan. Orang putih cakap -- take your time. Haha! Alhamdulillah. Walaupun makan tiga orang dengan menu simple, kami kenyang.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 July 2016

Jalan-jalan Johor | Pantai di Kota Tinggi

0 comments
13 Februari 2016

Kami masih lagi berada di Kota Tinggi. Kat sini banyak homestay berbanding dengan tempat lain. Tapi bukan sebarang homestay. Homestay yang ada provide program exchange student contohnya. So, korang boleh belajar budaya-budaya yang penduduk tempatan praktikkan dalam rutin kehidupan seharian mereka. Kalau kat Selangor, belah-belah Sabak Bernam, Sungai Besar tu pun, banyak homestay jugak.

Sekitar jam 3.30pm, kami tiba di Pantai Tanjung Balau. Aim kami ke pantai, bukan nak sambung mandi laut pulak. Just nak jalan-jalan. Sight-seeing and feel the sea breeze. Tak ramai sangat orang mandi-manda. Mungkin sebab cuaca panas. Kot laa. Tapi ramai orang main laying-layang. Angin kat sini memang best. Selepas berjalan dari hujung pantai sini sampai hujung pantai sana, kami pun bergerak ke Pantai Desaru pulak.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

06 July 2016

Jalan-jalan Johor | Pulau Kukup

0 comments
12 Februari 2016

Sekitar waktu Zohor, kami bergerak meneruskan perjalanan ke Pulau Kukup pula. Actually, tak banyak info pasal tempat ni dekat Google. Kami ke sini pun sebab dalam buku map Visit Malaysia; Johor ada mark star -- interesting place dekat Pulau Kukup ni. Dah alang-alang dekat je dengan Tanjung Piai, kami pun decide nak ke sini.

Air naik tinggi jugak. Signboard tu tinggal separuh je


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

05 July 2016

Jalan-jalan Johor | Tanjung Piai

0 comments
12 Februari 2016

Setelah 6 jam memandu dari Port Dickson, Alhamdulillah kami sampai juga ke Tanjung Piai ini. Tanjung Piai merupakan salah satu Taman Negara Johor. Tempat ni jugak merupakan The Southernmost Tip of Mainland Asia. Before this, saya dah pernah ke Tanduk Borneo di Kudat, Sabah. Jadi, apa salahnya melengkapkan terus dengan kita ke selatan pula. Hehe!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

08 May 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Perbelanjaan bercuti di Tokyo, Jepun

0 comments
Salam dan Hai! Harap-harap ni entri terakhir pasal Jepun. Actually, banyak trip lain lagi yang belum update. Sebab eksaited dapat pergi Jepun, so update yang ni dulu la. Haha! Sebenarnya trip Jepun ni amik pakej dengan Trip Adik-Beradik. If korang pernah dengar la. Saja nak try and nak tengok macam mana depa manage trip ni. Takdak bajet sangat la cerita dia. So, trip ni cover area Tokyo, Hakone and Lake Kawaguchi asalnya. Tapi ada perubahan. Memandangkan cuaca tak berapa baik, Hakone di ganti dengan Hitachi. Trip from pakej Trip Adik-Beradik start from 12 April 2016. Tapi saya dan kawan-kawan datang awal,10 April 2016. Kat bawah ni total damage cost saya untuk trip kali ni. Harap dapat membantu korang yang nak ke sana.

Chopper coin tu tak boleh guna untuk urusan
jual beli ye. Haha!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

07 May 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | First achievement, unlocked!

0 comments

17 April 2016
 
Bangun pagi untuk Subuh ni terasa sayu. Subuh terakhir di Tokyo, Jepun. Lepas Subuh tu saya tak boleh tidur. Nak kemas beg, rasa macam menggangu osmet yang lain tidur pulak nanti. Yela, awal sangat pun kalau nak berkemas. Saya tengok osmet-osmet yang lain satu-persatu. Sorang-sorang. Lena betul tidur. Saya cuba pejamkan mata lepas dah set alarm di telefon untuk bangun jam 6am nanti. Pusing sana, pusing sini, tarik selimut. Semua tak kena. Rasa tak keruan. Rasa macam tak puas teroka kota Tokyo. Rasa macam menyesal sebab tak habis explore Tokyo ni. Apebende ntah rasa macam ni. Jiwa kacau betul.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

06 May 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Fujikawaguchiko

0 comments
16 April 2016

Sedar tak sedar, berbaki lagi sehari trip Jepun ni. Cepat masa berlalu. Rasa taknak balik Malaysia. Tapi mengenangkan komitmen kerja dan keluarga -- mak dan ayah, kita balik jugaklah. Huhu! First tempat yang kami akan pergi pagi ni ialah ke Pesta Shibazakura. Apa specialnya festival ni? Ada lebih 800,00 bunga shibazakura atau moss phlox yang korang akan jumpa ekslusif hanya di kaki Gunung Fuji. Sebab kaler pink bunga tersebut, view Gunung Fuji sangat cantik dengan warna bunga yang ohsem!

Sumber sini


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

03 May 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Hitachi Seaside Park, Ibaraki Prefecture

0 comments
15 April 2016

Update untuk trip bagi hari ke-4 kami. Sepatutnya trip hari ni ke Hakone. Tapi sebab masalah cuaca, which mean out of human control, krew TAB decide untuk ke Hitachi Seaside Park yang terletak di Ibaraki, Jepun. Taman ni merupakan a wide variety of seasonal flower gardens. So, masa kami ke sana hari tu, ada bunga Narcissuse (Suisen Fantasy), Tulip (Tulip World) dengan Nemophilia (Nemophilia Harmony) je. Nama lain bagi nemophilia ni, ‘baby blue eyes’. Boleh refer flower calendar dekat sini. Walaupun ada tiga jenis je, tapi tak menang tangan jugaklah nak snap gambar dengan bunga-bunga ni. Sebabnya, taman dia besar and bunga dia ada macam-macam warna. Cantik! Tapi masa pergi haritu, bunga tak berapa banyak. Sebab baru nak berkembang.

Baby blue eyes

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

27 April 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Sakura hunting yang tak menjadi

0 comments
14 April 2016

Hari ketiga trip Jepun bersama krew TAB merupakan hari kelima kami di sini. Dalam entri sebelum ni, saya ada bagitahu hari ketiga merupakan hari ‘free’ kami. Apa maksud dia? Kalau ikutkan tentatif program, hari ni kami ke Disneyland. Kami merasakan satu hari tu tak cukup untuk enjoy di Disneyland, then kami decide nak memburu tempat-tempat yang ada bunga sakura. Plus, ada sorang kawan ni, dia tak suka rushing. So, kami decide jalan-jalan sekitar Tokyo saja. First tempat yang kami pergi ialah Imperial Palace East Garden. Why? Sebab kat situ ada sakura Cherry Blossom Island Park. Ada bermacam-macam jenis pokok sakura ditanam di sana. And tu salah satu tempat bersejarah. Acah-acah peminat history kununnya. Haha!



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

24 April 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Harajuku, Tokyo Tower & Shibuya

0 comments
13 April 2016

Hari kedua trip Jepun dengan krew TAB. Siang di sini sangat awal. Nama pun negara Matahari Terbit. Subuh jam 3.45am. Selalu lepas subuh saya akan tidur sekejap. And akan bangun dalam jam 6.30am. And time macam tu, hari sudah cerah. Selepas bersiap dan menunggu sarapan, saya mengemas daily backpack saya. Depa cakap, hari ni hujan bakal turun. So, saya standby raincoat siap-siap dalam beg. Bawak dari Malaysia kot. Depa cakap, bawak payung pun ok. Tak kuasa la saya. Sebab payung kat Daiso sini lagi murah dari Daiso Malaysia. Haha!

Stesen Oshiage. Keluar train je, terus ke bangunan

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

23 April 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Ueno, Asakusa & Odaiba

0 comments

Geram tengok bunga sakura jenis macam ni. Gebu-gebu!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

21 April 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Ke Ikebukuro & sesat di Shinjuku

0 comments
11 April 2016

Sambungan dari sini

Selepas kami sampai ke Shinjuku station dari Kawasaki, plan seterusnya ialah nak ke Ikebukuro. Nak memburu anime pulak. Kami ke sini sebab ada salah sorang kawan saya ni nak ke Pokemon Mega Center. Center tu kira yang paling besar dekat Tokyo. And ada dekat Sunshine City. Masa tu jam dah nak dekat pukul 1pm. Saya suggestkan dekat kawan-kawan, kita pergi solat dulu and if nak lunch pun boleh. Tapi kami jenis malas nak cari tempat makan. Sebab bila keluar dari station je, mesti salah exit and kat situ dah drag masa. Samalah macam kes kami ni. Lagi pun, semua orang macam ketagih asyik nak makan onigiri je. Haha! Jadi, makan onigiri ja pun lebih dari cukup. Sebab saya ada bawak biskut and energy bar, lunch saya banyak sikit compare dengan depa. Hehe!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Trip Sakura Jepun 2016 | Memburu Nobita dan Doraemon di Kawasaki

0 comments


11 April 2016

Subuh di sini sekitar jam 3.45am. Kebiasaannya, selepas Subuh saya tidak tidur semula. Tapi Subuh disini awal sangat. And kalau saya stay pun, tak tahu nak buat apa. Lagipun saya kan on vacation. Hehe! Lepas tu, saya berselubung balik dalam futon, sambung tidur sampai jam 6am. Selesa. Plan asal, kami nak gerak jam 7am. The main reason because kami taknak bertembung dengan warga Jepun yang bizi nak ke tempat kerja and nak ke sekolah. Kira macam peak hour la. Tapi kawan lagi sorang cakap, “tak rasa macam awal sangat ke?”. Ok, takpelah. Kita tengok macam mana. Atleast, merasa la jugak naik train sesak-sesak dengan beg troli bebelas kilo tu. Itu semua pengalaman. Haha! Tapi better korang gerak awal. Kat sana matahari naik cepat. So takdak hal kalaukeluar jam 6am. Dah terang kot.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

20 April 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Ke Jepun, melakar memori baru.

2 comments
9 April 2016

Sehari selepas ulangtahun kelahiran saya yang ke-2*. Ye! Saya memang plan untuk melancong setiap tahun pada bulan 4. Ini tahun kedua saya melancong di bulan kelahiran saya, dan juga sebagai reward untuk diri saya sendiri di atas setiap usaha dan tenaga yang dah saya kerahkan lebih-lebih lagi dalam kerjaya saya. Jadi, tahun lepas, saya menghadiahkan diri saya sebuah percutian ke Sabah. Boleh baca story saya di sini.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

02 February 2016

Trip Negeri Sembilan - Melaka | One Day Trip’s Total Damage

2 comments
Salam.

Ok. Ni entri update pasal perbelanjaan for one day trip merentas dua negeri; Negeri Sembilan - Melaka. Saya pergi belah-belah Port Dickson and Tanjung Tuan je. Hehe! Kat sini saya totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)

RINGKASAN PERJALANAN

Ini trip berdua saya dengan kawan saya. Kami sama profesion kerjaya tapi tempat kerja lain-lain. Tapi kalau ada workshop ka, seminar ka, coursework ka, dapatlah kami bertemu. Hehe! Trip ni sehari je. Dari matahari belum terbit -- ok! Tipu, sampailah matahari dah terbenam, baru kami sampai ke rumah. Kahkahkah! Tapi kami tak kejar sunset di pantai. Kalau kami stay sampai sunset, dia dah tak jadi one day trip da. Hehe!

Partner-in-crime!

APA YANG MENARIK DI PORT DICKSON?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

01 February 2016

Trip Negeri Sembilan - Melaka | Port Dickson - Tanjung Tuan

2 comments

Salam.

Alhamdulillah. Entri pertama untuk tahun 2016. Haha! Saya akan cuba sedaya upaya gagahkan diri untuk update semua trip yang da pernah saya pergi. Serius rasa hambar bila tengok blog sendiri. Kahkahkah! Padahal minggu kedua Januari hari tu pergi Trip Langkawi, tapi belum update lagi. Ok, sebelum tu, Selamat Hari Wilayah dan selamat bercuti kepada siapa-siapa yang bekerja di wilayah tak kira sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Eh! Wilayah Iskandar dikira sebagai wilayah and cuti jugak ke?

Sabtu hari tu, saya buat one day trip merentas dua negeri, Negeri Sembilan and Melaka. Before this saya pernah buat da trip merentas dua negeri ni. Tapi Melaka and Negeri Sembilan. Apa beza? Macam takdak beza je. Haha! Ada beza dia. Iaitu starting point dia. Lalalala~ Yang sebelum ni saya start dari Melaka then ke Negeri Sembilan. Kali ni saya start dari Negeri Sembilan then Melaka. Kita main belah-belah state border je. Boleh baca kat sini Trip Melaka - Negeri Sembilan satu dan dua. Haha!

Partner in crime saya as usual, sama profesion tapi tempat kerja berlainan. Yang ni, dia kerja kat Putrajaya. Sebelum ni, trip saya ke Sabah dengan partner yang kerja kat Sarawak. Trip ni spontan je. Sebab asalnya kami nak pergi Tadom Hills. Tapi member ni cakap, Tadom Hills tak berapa best. Bayaran masuk mahal. Senang cakap, bagi dia tak berbaloi la. Tapi bila tengok gambar, Tadom Hills macam best. Biasalah, manada orang nak kongsi benda yang tak baik, ye dak?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)