27 April 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Sakura hunting yang tak menjadi

14 April 2016

Hari ketiga trip Jepun bersama krew TAB merupakan hari kelima kami di sini. Dalam entri sebelum ni, saya ada bagitahu hari ketiga merupakan hari ‘free’ kami. Apa maksud dia? Kalau ikutkan tentatif program, hari ni kami ke Disneyland. Kami merasakan satu hari tu tak cukup untuk enjoy di Disneyland, then kami decide nak memburu tempat-tempat yang ada bunga sakura. Plus, ada sorang kawan ni, dia tak suka rushing. So, kami decide jalan-jalan sekitar Tokyo saja. First tempat yang kami pergi ialah Imperial Palace East Garden. Why? Sebab kat situ ada sakura Cherry Blossom Island Park. Ada bermacam-macam jenis pokok sakura ditanam di sana. And tu salah satu tempat bersejarah. Acah-acah peminat history kununnya. Haha!




Malam semalam hujan. Lebat ke tak lebat, tak pasti. Tapi masa bukak pintu nak pergi balik air tu, sejuk menggigit sampai ke tulang. Yela, pakai baju biasa buat tidur je. Takkan p mandi pun nak pakai baju sejuk? Haha! Rumah yang kami menginap, ada sinki dan toilet. Bilik air je dekat luar. Memang dia buat rumah style macam tu kot. Or memang rumah yang dia design tu, untuk pelancong menginap. Selalu kalau bangun pagi nak solat, just pergi tandas and then amik wudhu’ dekat sinki je. Gosok gigi pun kat sinki. Kalau dalam tandas tu boleh buat mandi, memang ada orang mandi kat dalam tandas da. Nasib baiklah tandas Jepun ni takdak getah paip. Haha!

Kami keluar rumah sekitar jam 9am. Hujan dah berhenti. And jalan raya jelas nampak basah kesan hujan malam tadi. Doa-doalah hujan takat ni ja. Janganlah hujan lagi sepanjang hari ni. Sebab banyak tempat nak cover dari saat keluar rumah ni, sampai la balik nanti nak dekat malam plannya. Untuk ke Imperial Palace East Garden, naik train dari Iriya station (H18) sampai ke Kayabacho station (H12) untuk tukar train ke Tozai Line (T11) and turun dekat Otemachi station (T09). 

Lepas keluar dari station, korang jalan straight je sampailah nanti nampak macam satu pintu masuk yang macam unik sikit. Then kat situlah Imperial Palace East Garden. Sebelah palace ni, ada Tokyo Imperial Palace -- merupakan kediaman rasmi Emperor of Japan. Bangunan utama termasuklah istana tu sendiri, kediaman kaum-kerabat, muzium dan juga pejabat pentadbiran. Kalau dari Otemon Gate, Tokyo Imperial Palace sebelah kiri korang.

Otemon gate -- gate paling dekat dengan stesen.
Imperial Palace East Garden

Nak ke Cherry Blossom Island, naik atas ni.



Kami berjalan-jalan sekitar kawasan istana. Mana-mana tempat yang kami rasa view dia cantik, kami akan berposing di situ. Pagi tu, tak ramai orang sangat. Yela, hari bekerja kan? Haha! Ada jugak pelancong yang mai dengan beg-beg troli sekali dia seret. Kat sini, banyak pelancong foreigner. Maksudnya pelancong selain dari negara asean la. Ada la jugak kami di sapa beberapa kali oleh pelancong foreigner ni. “Do you want me to take a picture both of you?”. Haha! Masa bergambar dengan pokok sakura yang tengah blooming pun, foreigner lain tegur kami dengan skrip yang sama. Tapi kami menolak. Sebab apa ntah, tak tahu lah. Semua orang macam terkedu jap. Yela, kat Malaysia mana jumpa macam tu. Kalau ada, nanti kita ingat depa ni nak amik kesempatan. Lol! Tapi kat sini jangan risau. Depa semua baik-baik.








Selepas dah habis round dalam kawasan istana ni, kami keluar ke kawasan istana di sebelah pulak. Tokyo Imperial Palace. Kat sini, ada jambatan yang famous tu. Nama dia Nijubashi Bridge. Jambatan yang menghubungkan dengan pintu utama istana tu. Actually, kalau baca sejarah Imperial Palace ni, istana ni diruntuhkan dan dibina semula. Malas nak cerita panjang, baca je lah information dalam picture kat bawah ni. Haha! Korang minat sejarah ke? Saya tengok kawan-kawan saya ni pun macam boring ja pergi sini. So, saya secepat yang boleh try nak habiskan lawatan ke Imperial Palace ni dalam masa yang singkat. Dan.. hujan pun turun. Ada pro and cons. Hujan turun, kami boleh bergegas keluar dari istana. And hujan turun jugak, aktiviti lain terbantut.


Susah gila snap pic kat sini. Siap kena tolak-tolak
dengan pelancong from China T__T



Time tu dah nak dekat jam 12pm. Cepat betul masa berlalu. Musim bunga ni terasa macam siang dia pendek pulak. Ke sebab matahari naik awal? Pasai jam 5pm lebih dah gelap da. Haha! Kami decide nak p lunch dekat Ameyoko Market, Ueno. Tempat-tempat sakura yang lain, kami skip je. Malas nak pikir bila hujan nak berhenti. Sebab tu kalau korang buat plan sendiri, kena ada backup plan. Jadi, kami balik semula ke Otemachi station (T09). Selang satu station turun dekat Nihombashi station (T10). Dari situ kami akan tukar ke Ginza Line (G11) terus ke Ueno station (G16). Dekat sini ada kedai nasi ayam. Nama dia Chicken Man. Saya amik menu quarter chicken with potato. Harga ¥500 je. Anggap je la ¥500 tu macam RM5. Tu tips nak berbelanja. Kalau asyik nak convert je, memang harga dia tiga kali ganda la. Hehe!

Singgah Gindaco sebab nak beli gelato. Hehe!

Nampak macam sikit. Tapi sangat kenyang.

Strawberry manis dan besar!

Selepas lunch, kami terus bergerak ke Masjid Assalam. Memang nama dia macam tu. Bukan Assalam Mosque ke,ape ke. Tapi before that, saya singgah kedai juai buah-buahan. Nak beli strawberry macam yang kawan sama trip ni suggestkan. Memang murah. Harga ¥400. Manis and besar-besar buah dia. Untuk ke masjid, jalan lebih kurang dalam 10 minit, sejauh 850m. Kat situ macam kawasan perumahan jugak la. Ada kedai, taman permainan, kawasan perumahan and lain-lain. Kami berjalan dicelah-celah lorong kawasan perumahan untuk sampai ke masjid tersebut. Lega dapat guling-guling kejap dalam masjid tu. Kami jumpa 3 orang student Malaysia. Dari UTM Jalan Semarak. Diorang ada exchange program. Ingatkan belajar dekat Jepun.

Simple je masjid kat sini. Takdak pintu gerbang bagai

Next destination, kami ke Akihabara around jam 3pm. Sebab Akihabara takdak dalam tentatif trip TAB, kami berjalan ke sana. Kat situ ada Laox jugak. So, bolehlah tengok-tengok souvenir ape yang boleh dibeli di situ walaupun dah tahu tu memang tempat otaku anime. Dari masjid, kami berjalan ke Naka-okachimachi station (H16), naik train tu dan turun dekat Akihabara station (H15). Selang satu station je. Tapi before that, kami singgah ke kedai ¥100 sebab salah sorang kawan ni, dia nak beli sabun mandi. Sabun mandi dia tertinggal dekat rumah Junya-san. Hari tu dah pesan dah. Suruh cek betul-betul. Tengok-tengok ada jugak barang yang tertinggal. Kedai-kedai runcit biasa pun banyak jual barang kosmetik bersepah-sepah. Sebab tu ada certain orang kalau p Jepun and Korea, wajib beli barang kosmetik. Haha!

Sampai dekat Akihabara, banyak kedai yang tak bukak. Nak kata tutup, macam awal sangat je. Kami jumpa Laox branch Akihabara ni. Tapi bila masuk dalam tu, tak sama macam yang kami search dalam internet. Bangunan dia macam kecik je. Jadi, kami decide untuk berpecah. 2:1. Kawan yang sorang ni nak jalan-jalan area Akihabara. Saya dengan lagi sorang kawan nak ke Laox Shinjuku sebab nak beli food souvenir yang diyakini halal. Bukan apa, malas nak pikir da halal ke tak. Sebab Laox Shinjuku memang ada floor khas muslim friendly. Jadi, kami berjalan ke Iwamotocho station (S08) untuk ke Shinjuku station (S01). Jauh jugak perjalanan ni. Sampai terlelap kami berdua dalam train. Memang mengantuk la. Da petang-petang macam ni. Time ni, ada satu cerita kelakar. Kah! Kah! Kah!

Masing-masing mengantuk and terlelap. Sampai dekat Shinjuku-sanchome (S02), kami tersentak and tergesa-gesa terus keluar dari train. Bila tersedar, rupanya lagi satu station. Jadi kami tunggu train seterusnya untuk ke Shinjuku station (S01). Sampai ke destinasi, kami berjalan sejauh 500m lebih kurang 8 minit dari Shinjuku station. Masa sampai tu, saya macam perasan ada satu Tokyo Metro station dekat situ. Nampak la signboard dia. Tapi macam tak sure. Takpe. Abaikan. Masuk dulu shopping sebab nak kejar masa. Saya beli coklat Jepun dengan matcha kit kat je. Mak saya siap tanya, “Beli coklat apa? Halal ke?” Saya cakap dengan Mak takkan lah pergi Jepun, lepas tu beli coklat Malaysia. Haha! Kat sini lah yang saya cakap ada coklat dari Malaysia, coklat Hello Kitty and harga dia lagi mahal dari coklat Jepun.

Kalau nak free-tax, tunjuk passport masa nak buat payment. Dorang akan bungkus barang-barang dalam satu plastik jernih khas. Kat situ ada statement yang mengatakan korang tak boleh bukak plastik tu sampailah korang keluar dari Jepun. Kalau degil, korang kena bayar semua tax tu dekat airport nanti. Lepas tu, satu resit akan distapler bersama-sama dengan passport korang and lagi satu resit untuk simpanan korang. Kalau dah borong coklat sampai beriban ¥ for sure tax dia pun mahai. Tapi kalau rasa nak beli barang untuk kegunaan kat sana, tak payahlah tunjuk passport. Macam kawan sorang ni la. Terdesak nak beli pelembab muka. Last-last tak boleh guna jugak. Kena tunggu keluar dari Jepun dulu baru boleh guna. Haha!

Muka bahagia da setel part ole-ole. Lol!

Dekat pamphlet tu ada iklan matcha ice-cream, and lain-lain produk based on matcha. Ice-blended, and latte pun ada. Jadi kami pun naik ke tingkat atas untuk try aiskrim dia. Harga ¥378. Not bad, sesuai la dengan portion dia. Besar, and siap bagi sudu untuk makan. Sebelum-sebelum ni yang saya nampak dekat Ameyoko Market and Takeshita-dori, harga lebih kurang ¥400. Tanya member-member sama trip yang beli aiskrim kat situ. Ok. Sambung cerita kelakar tadi. Masa nak balik, kami naik train yang dekat dengan Laox yang saya nampak tu. Rupa-rupanya, tu lah Shinjuku-sanchome station (S02) yang kami turun masa mamai-mamai tu. kah! Kah! Kah! Korang hanya perlu berjalan sejauh 130m dalam masa 2 minit je kot. Tergelak besar kami kat situ bila mengenangkan kejadian tu. Kami tak habis research rupanya tempat-tempat kat sini and station yang berdekatan.

Matcha ice-cream! Sedap!!!

Nak balik ke rumah, kami amik laluan yang sama macam laluan nak pergi ke sini. Tukar kat Akihabara then amik Hibiya Line turun dekat Iriya station. On the way nak jalan ke rumah lepas turun dari station, kami singgah dekat satu kedai ni. Style macam kedai runcit kat Malaysia. Tapi kat sana standard macam KK Mart. Haha! Kami nak beli sabun basuh baju. Stok yang bawak dari Malaysia, dah habis pakai. Bawak sikit je.

Susah jugak nak cari sabun basuh baju kat sini. Mungkin sebab tak tahu spesifik kedai. Sebab masa dekat Ueno tu, puas kami masuk banyak kedai. Takdak jual pun. Banyak alat-alat kosmetik je. Malas nak speaking. Tunjuk je gambar sabun basuh baju yang orang Jepun guna. Terus nati staff tu bawak pergi tempat sabun. Haa! Kan senang. Haha! Harga ¥168 termasuk tax. Sampai rumah, ingatkan ada orang. Rupanya ada kawan kami yang sorang tu je. Yang jalan-jalan dekat Akihabara tu. Orang lain semua ligan p berjalan sampai malam.

Kat bawah ni, saya share lagi sikit beberapa gambar pemandangan sekitar kawasan istana tu. Dalam hati, saya tertanya-tanya. Istana Negara ada boleh buat lawatan macam ni tak? Ok, enjoy gambar pemandangan yang tak seberapa ini.





  
Hari tu, takdak sakura hunting sangat la. Sebab faktor cuaca. So, kami p berjalan sebab nak selesaikan urusan masing-masing la cerita dia. Ok la tu. Dia suruh repeat lagi. Haha! Malam tu, saya rest awal sikit. Simpan tenaga untuk perjalanan esok hari. Esok, saya akan ke Hitachi, Ibaraki. First trip for outskirt Tokyo. 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment