12 July 2016

Jalan-jalan Johor | Johor Bahru

13 Februari 2016

Kami sampai di Bandar Baru Uda, JB jam 7.30pm. Rumah sewa kawan saya. Kami nak tukar kereta. Since JB ni kawasan dia, biaq dia pulak bawak kami berjalan. Hehe! Kami solat Maghrib dekat-dekat je dengan kawasan food court tu then kami terus ke gerai makan dekat food court Gerai Tepian Tebrau. Ramai gila orang. Sampai ada yang berdiri tunggu nak seat. Mujur kami sampai awal sikit dari dorang. Kami makan dekat Gerai Ayong. Tauhu bakar dia memang sedap.

Menu kami malam tu simple je. Ikan siakap bakar dengan sotong kangkung. Kalau ikut perut lapar, macam-macam kami nak makan. Since itu semua hawa nafsu saja, kami pilih menu tu beserta nasi kosong sepinggan untuk sorang. Walaupun ramai orang berdiri tunggu seat, kami tak rushing pun nak makan. Orang putih cakap -- take your time. Haha! Alhamdulillah. Walaupun makan tiga orang dengan menu simple, kami kenyang.



Sotong kangkung


Cakoi bakar

Jam 9pm, kami ke Bazar JB atau Pasar Karat. Perut dah kenyang, lepas tu ada driver, memang nak terlelap je la rasa. Malam tu, kami tak tahu pun ada match bola. Tak sure JDT lawan mana. Selangor kot? Tapi memang crowded la dekat jalan nak ke Bazar JB. Lagi-lagi dekat Dataran Bandaraya JB. Depa pasang layar besar untuk tonton match bola. Alhamdulillah, dapat parking dekat depan pejabat pos.


Terjumpa kawan. Roomate dekat KMJ.

Kopi dia bungkus dlm plastik, masuk
paper bag

Masa jalan-jalan dekat situ, takdak apa yang menarik perhatian saya. Saya just beli aiskrim tempurung kelapa je. Ini kali kedua saya ke sini. First, saya pergi dengan kawan masa kat U jugak. Bulan 9/2015. Kawan kitorang jugak sebenarnya. Time tu dia cuti panjang. Cuti raya haji tak silap. Dia ajak pergi Legoland.


Malam semakin larut. Kami tak balik lagi. Tapi singgah ke Crown Istana Bukit Serene. Jam 10.30pm macam ni pun orang masih ramai gila. Padahal esoknya tu warga Johor kan keje, hari Ahad. Macam yang kawan saya cakap, kebanyakan kompeni swasta and international, depa kerja Isnin-Jumaat. Badan kerajaan je yang kerja Ahad-Khamis. No wonder la, JB ni tak pernah sunyi. Macam KL pulak rasanya.



Depa tak puas hati sebab takdak gambaq bertiga kat depan ni


Amik! Semua masuk dalam gambo bila pakai yicam



Bye JB!

Lepas dah tukar kereta dekat rumah sewa kawan, kami berdua gerak terus nak balik ke penginapan. Ni pun kawan yang drive. Mata rabak da. Memang tak larat sebab seharian memandu siang tu. Jam 11.30pm baru sampai. Sampai-sampai terbongkang terus la. Da malas nak mandi. Mandi pagi time nak balik je esoknya. Hehe!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment