11 April 2016
Subuh di sini sekitar jam 3.45am. Kebiasaannya,
selepas Subuh saya tidak tidur semula. Tapi Subuh disini awal sangat. And kalau
saya stay pun, tak tahu nak buat apa. Lagipun saya kan on vacation. Hehe! Lepas
tu, saya berselubung balik dalam futon, sambung tidur sampai jam 6am. Selesa. Plan
asal, kami nak gerak jam 7am. The main reason because kami taknak bertembung
dengan warga Jepun yang bizi nak ke tempat kerja and nak ke sekolah. Kira macam
peak hour la. Tapi kawan lagi sorang cakap, “tak rasa macam awal sangat ke?”. Ok, takpelah. Kita tengok macam
mana. Atleast, merasa la jugak naik train sesak-sesak dengan beg troli bebelas
kilo tu. Itu semua pengalaman. Haha! Tapi better korang gerak awal. Kat sana matahari naik cepat. So takdak hal kalaukeluar jam 6am. Dah terang kot.
Pintu masuk sebelah depan nak ke penginapan |
Jalan nak ke Tokyo Metro Nakai station. Pintu belakang |
Pagi tu, kami checkout around jam 8am. Saya
mesej Junya-san melalui FB je. Dia cadangkan agar kami berkomunikasi melalui FB
sebab Airbnb lambat update. Orang Jepun tak guna Whatsapp ok. Junya-san juga
berpesan agar saya meninggalkan feedback (review) di Airbnb. Selepas mengemas
bilik yang kami gunakan kembali macam keadaan asal, kami memeriksa persekitaran
bilik buat kali terakhir. Kot-kot ada barang yang tertinggal. Kemudian, kami
meletakkan kunci di dalam mail box seperti yang diarahkan. Sampah yang
dihasilkan oleh kami selama stay satu malam di sana pun kami bawak keluar.
Sebelum bertolak ke Tokyo Metro Nakai station, kami sempat berposing bergambar
berlatarbelakangkan kawasan perumahan disana dan juga pokok sakura. Hehe!
Sekitar kawasan perumahan |
Pagi tu sungguh tenang. Perjalanan sejauh lebih
kurang 800m dari rumah ke Nakai station tidak menghasilkan peluh walaupun
melelahkan. Haha! Sebab takdak stamina, almost 20 minit jugak berjalan kaki ke
sana. Padahal, kalau ikutkan 10 minit je depa ni berjalan. Sampai di sana, warga Jepun sudah ramai memenuhi station. As expected. Train
memang padat and ramai orang. Plan kami adalah nak ke Shinjuku station sebab
nak simpan beg di coin luggage locker. Jadi, dari Nakai station (Oedo Line, E32),
kami akan turun di Shinjuku station (E27). Train pertama yang kami tunggu, kami
tak naik sebab ramai orang. Train seterusnya pun sama jugak ramai orang. Tapi
kali ni kami kena naik. Nak tunggu sampai train kosong? Haha! Tapi orang Jepun
baik-baik. Depa akan bagi jugak ruang untuk korang naik train. Hehe!
Rest jap sementara tunggu train |
Sampai di Shinjuku station, hampa sekejap.
Sebab coin luggage locker untuk beg yang besar-besar semua dah penuh. Ingatkan
kami paling awal. Rupa-rupanya ada orang lain lagi awal. Jadi, melilau la kami
mencari coin luggage locker yang lain. Semua penuh. Terjumpa satu kedai service
menyimpan luggage, tapi belum bukak. Kami terus mencari lagi kot-kot ada kiosk
lain yang menyediakan service menyimpan beg ni. Alhamdulillah, jumpa satu. Nama
dia Keio Baggage Service. Sekali simpan, harga dia caj ¥1,000. And beg kena
amik before jam 8.30pm. Nak taknak terpaksalah amik sebab kami takdak pilihan
lain. Asalkan boleh bergembira meninggalkan beg dengan selamat. Tak larat nak
usung beg tu naik tangga turun tangga oii!
Selepas selesai urusan penyimpanan beg, kami
terus ke Odakyu Line (Odawara). Dari Shinjuku station (OH01), kami akan turun
di Noborito station (OH18). Dekat line ni, ada macam-macam jenis train. Ada
Rapid Express, Tama Express, Express, Semi Express, Section Semi Express and
Local. Bezanya? Contoh, Local akan berhenti dekat semua station. Jadi, masa
perjalanan lama sikit. So, kami amik Express train sebab train ni berhenti
dekat certain station je termasuklah Noborito station. Mula-mula kami tersalah
naik train. Thanks to our instinct sebab rasa macam tu train yang salah. Then
saya ternampak perkataan “Odawara” di train bertentangan. Cepat-cepat kami
berlari tukar train. Nasib train belum jalan lagi. Pheww!
Nampak tak itik secoet sebelah kiri gambar? |
Sepanjang perjalanan, view yang disajikan
sangat indah. Semakin jauh ke luar dari Tokyo, semakin banyak bunga sakura yang
masih berkembang. Teori apakah ini? Tapi memang benar. Kami dapat melihat
banyak pokok sakura yang bunganya masih berkembang di kawasan perumahan di
sebelah sana. Sewaktu perjalanan tu, kami ternampak sekumpulan team budak
sekolah bermain bola lisut. Tiba-tiba teringat cerita Doremon. Kawasan mereka
bersih. Dekat tasik takdak sampah pun hatta dedaunan. Siap ada sekawan itik
berenang-renang lagi. Walaupun train tak ramai orang, tapi tempat duduk sudah
penuh. Jadi, kami pun berdirilah dari station pertama sehingga station terakhir
kami, Noborito.
Selepas keluar dari station, kami singgah di
Odakyu Mart. Jadi, ini adalah pengalaman pertama kami berurusan jual beli di
kedai. Kami masih belum breakfast. Jadi, nak try beli onigiri di sini. First
expression, blur tak tahu nak amik onigiri yang mana. Halal ke tak? Apa
bahan-bahan buatan dia? Guna minyak jenis apa? Salah sorang kawan saya yang
paling hebat dikalangan kami bertiga ni pandai Bahasa Jepun. Dia boleh paham
apa yang orang Jepun cakap. Tapi masalah dia, bila dia speaking, orang Jepun
tak paham, dia lagi tak paham. Tiba-tiba rasa neves! Last-last, saya tunjukkan
saja conversation yang saya dah pernah donlod dalam fon saya ni, dekat cashier
tu.
“Watashi ha, butaniku to arukoru wo
taberemasen. Kono tabemono ni, buta to arukoru ha haitte imasu ka?”
-- Saya
tidak boleh makan daging babi dan alkohol. Adakah makanan ini mengandungi
daging babi dan arak?
Haa! Tudiaaa! Penyelamat kami. Saya terjumpa ni
masa saya tengah Google maklumat pasal Jepun dalam blog Saffuan Jaffar. Terima
kasih bro!
Jadi, cashier tu pun cakap “hait! Ok!”. Sambil menunjukkan isyarat
OK. Kami amik 2, 3 jenis onigiri. Semuanya dia cakap ok. Jadi, saya beli dua
jenis onigiri. Satu perisa plum dan lagi satu perisa tuna mayo. Onigiri kat
sini, rasa dia sungguh berbeza dengan kat AEON Malaysia. Serius! Tak tipu.
Lebih sedap. Nak bagitahu awal-awal, plum tu sangat masam gila kalau makan inti
dia saja. Please consider makan dengan nasi dia sekali. Haha! Total saya spend
¥220 untuk onigiri.
Untuk ke Muzium Doremon, selepas korang sampai
ke Noborito station, korang kena tunggu shuttle bus yang dikhaskan untuk ke
sana. Tak ingat bayar berapa. Sebab kami bayar pakai Suica card. Ada dua bus
stop and kami tak sure bus stop yang mana satu. Jadi, kami try menuju ke bus top
di seberang jalan bertentangan dengan Noborito station ni. Termangu-mangu kami
di situ. Nak tanya orang, orang pun tak lalu kat situ. Macam takdak orang pun,
ye jugak. Nak baca signboard, satu perkataan pun tak paham tulisan macam cacing
tu. Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang Obasan (nenek).
Turun tangga dari eskelator stesen Noborito, terus nampak bus stop ni. |
Comel je button dia. Haha! |
Seat dalam bas ni tak banyak |
Obasan tanya kami nak ke mana selepas menyapa “ohaiyou gozaimasu, minna” kepada kami.
Selepas kami membalas, kami tunjukkan info pasal Muzium Doremon. Dia cakap kene
tunggu dekat bus stop lagi satu. Kawan saya tanya, “depan ni ke?” Sambil menunjuk ke arah bertentangan. Obasan
menggeleng.
“Bus stop
lagi satu. Sebelah sana”. Sambil tangan dia di angkat dengan lebih tinggi
untuk memberitahu bus stop tu di arah bertentangan, tapi di sebelah lagi satu.
Kami angguk-angguk. Lalu mengucapkan terima kasih. Dan dia sempat menasihati
kami, supaya berhati-hati dan semoga selamat sampai.
Mana saya tahu dia cakap apa? Yang ni, saya dah
translate siap-siap la berdasarkan pemahaman sorang kawan saya yang boleh paham
Bahasa Jepun tu. Haha!
Angin kencang. Sejuk! |
Jadi, kami naik balik ke Noborito station. Ok,
lepas korang keluar dari train, dan dah melepasi gate, terus saja amik ke
sebelah kanan. Turun dekat tangga situ. Then tunggu shuttle bus nak ke Muzium Doremon
dekat depan tu. Dia ada tulis sebenarnya kat bus stop tu. Tapi sebab tak paham
kan. Haha! Mulanya, lepas turun tangga, kami terus ke kanan dan tunggu di situ.
Lepas tu ternampak bus bertemakan Doremon lalu. Kami angkat tangan, nak suruh
pakcik bas berhenti. Tapi tangan dia menunjukkan ke arah bus stop yang dekat
depan sikit dari tempat kami tunggu sambil tersenyum. Kami pun berlari-lari.
Takut kena tinggal dengan bas. Rupanya bas tu berhenti sekejap. Jam 10am baru
jalan. Seat dalam bas tak banyak pun.
Sesampai kami di muzium, kami disambut oleh
staf di sana. Ramai betul staf dia. Sambut tetamu yang turun dari bas pun, da 3
orang. Kami menunjukkan voucher tiket Doremon kepada salah sorang staf di situ
masa berjalan ke arah pintu masuk. Voucher ni kene beli awal-awal. Ada 4 slot.
Jam 10am, jam 12pm, jam 2pm and last jam 4pm. Kami amik slot jam 10am. Dari
voucher ni, korang akan redeem tiket masuk. Kat muzium sana takdak jual. And penjualan
voucher sebulan awal dari tarikh yang korang nak pergi. Boleh beli di kedai
Lawson. Lawson ni convenience mart. Lebih kurang macam KK Mart, or Speed 99
Mart if kat Malaysia ni. Macam mana saya boleh dapat? Haa! Next entri saya
cerita khas pasal tiket Doremon ni ye. Harap bersabar. Tapi kalau tak boleh
sabar, try je Google. Confirm akan jumpa punya. Sebab saya sendiri Google
jugak. Hehe!
Tiket Doraemon dah beli siap-siap |
Selepas diberikan sedikit penerangan berkenaan
rules dia, kami dibenarkan masuk ke dalam muzium. Semua penerangan dia totally in
Japan language. Tapi boleh je paham sebab ada gambar and sikit-sikit English
translation dekat skrin televisyen. Dekat kaunter, korang akan diberikan Audio
Guide and tiket masuk untuk teater sekali. And depa akan tanya bahasa apa yang
kita prefer. Of course la English kan. Melainkan Bahasa Jepun kau tahap mokhsya.
Haha! Alat ni bentuk dia macam telefon bimbit mainan untuk kanak-kanak tu.
Fungsi dia, untuk mendengar semua maklumat dalam Ehibition Hall nanti. Cara
guna dia, korang tengok ada symbol telefon and ada nombor sekali dekat salah
satu artwork. Contoh no 3, tekan dekat Audio Guide tu, no 3 jugak. Nanti akan
ada translation berkaitan maklumat artwork tersebut.
Audio Guide. Dapat masa kat kaunter. |
Audio Guide ni guna dekat Exhibition Hall je.
Dekat sini, korang tak dibenarkan untuk menangkap gambar, or merakam sebarang
video. Pendapat peribadi, Exhibition Hall ni macam boring sikit as for me.
First, maklumat yang dipaparkan totally in Japanese language. Of course korang
diberikan Audio Guide. So that korang boleh tahu maklumat yang tertera di dalam
ruang pameran tu. Tapi information from an audio tu lambat, sekata je nada dia.
Korang macam tak sabar nak dengar sampai habis. Then akan terus skip ke next
artwork. Compare antara mendengar dengan membaca, mana lagi cepat maklumat
sampai ke korang? Well, lain orang, lain la taste dia, ye dak? Hehe!
Kat belakang tu la jalan nak ke Woodcutter Fountain. Rugi tak masuk T__T |
Apa je yang ada dekat Exhibition Hall tu? Ada
Exhibition Room 1 -- original color artworks, History Road -- from his first
desire to become manga artist, ada replica meja tempat dia melukis, library
dia, barang-barang kegemaran dia dan lain-lain lagi. Semua ni tak boleh snap
picture. Kecuali dekat bahagian Woodcutter Fountain. Korang ingat tak lagi
cerita dia? Nobita terjatuhkan sarung tangan bola lisut dia. Lepas tu ada
muncul satu bidadari bersama sarung tangan bola lisut yang baru. Bila Giant
dapat tahu and dia pulak tamak, dia mintak macam-macam. Last-last Giant
terjatuh dalam fountain tu. Jadi, muncullah Giant yang baru. Lebih kurang macam
tu la cerita dia. Tapi sedih. Sebab tak tahu pun tempat tu boleh snap picture.
Korang kalau amik pamphlet, please baca info dalam tu. Pamphlet kat tangan da.
Tapi simpan je. Sobs! Sobs! Sobs!
Jam 11am tu, ada tayangan teater. Pasal
tayangan movie pendek yang takdak disiarkan di mana-mana siaran televisyen.
Korang hanya boleh tengok dekat situ je. Duration dia dalam 20 minit macam tu
la. Lupa pulak. Sebelum korang keluar dari Exhibition Hall tu, korang kena
pulangkan Audio Guide tu. Ok, sambung balik. Sementara nak tunggu jam 11am tu,
kami merayau-rayau sekitar second floor tu. Kat situ ada ruangan for People’s
Plaza, Manga Corner, Kid’s Space and lain-lain lagi. Malas nak cerita semua
benda. Kompem panjang berjela-jela. Tapi Manga Corner paling best. Ada banyak
komik Doremon. And of course in Japanese language. Plus..! ada Doremon duduk
sebelah korang. So, acah-acah membaca sebelah Doremon. Haha! Memang orang
berebut nak bergambar kat situ.
Tiket teater. Pun dapat dekat kaunter jugak |
Dalam teater Fujiko. F. Fujio, kami duduk belah
atas-atas. Sebab nak duduk dekat center dengan skrin, so seat atas je yang
available. Seat dia rendah je. And tempat bersandar belakang pun rendah jugak.
20 minit tak duduk bersandar tu boleh buat sakit belakang jugak sebenarnya. Movie
pendek tu pasal… Haha! Nak cerita jugak ke? Takpa la. Saya skip. Nati panjang
lebar pulak entri ni. Lepas habis tayangan pendek, kami keluar ke bahagian
third floor. Kat situ ada Rooftop Playground dan Piisuke’s Lake. Korang tahu
tak Piisuke tu apebende? Piisuke tu seekor dinosor. Kalau korang ingat la cerita
dia. Pasal Nobita jumpa raksasa kat tasik belakang sekolah tapi semua orang tak
percaya. Kalau kita pun, tak caye jugak. Manada dinosor zaman moden. Tapi sebab
dah namanya katun. Lol! Dekat rooftop tu je la yang saya boleh bergambar sakan.
Nak naik ke rooftop, nampak ni. |
Cakk! Pintu suka hati. |
Haa.Tu laa Piisuke nye. Dinosor tuuu |
Taman permainan dekat kawasan perumahan Nobita |
Kita geng! |
Dekat situ jugak ada Museum’s CafĂ©. Ingat nak
try la satu latte dia. Sebab ada pic Doremon. Ada orang cakap tak berbaloi. Ada
orang cakap, da alang-alang datang dari jauh, try je la. Tapi kami tak try pun.
Just amik bau coffee je. Haha! Ada satu kedai tu, dia jual roti. Dekat roti tu,
ada soalan and jawapan kira-kira. Saya teringat cerita Doremon yang Nobita nak
exam tapi dia tak berapa pandai. So, Doremon bagi dia roti tu. Just tekap je
dekat buku latihan dia, then akan ada jawapan melekat kat situ. So, makan la roti
tu supaya senang nak jawab exam nanti. Kalau dekat Malaysia, kunun-kunun korang
amik buku tu, rebus, then minum air dia. Lepas tu boleh jawab exam. Haha! Mitos
betul. Souvenir dekat Gift Corner Fujikoya tu boleh tahan mahal. Tapi biasalah
tempat-tempat macam tu. Price dia up sikit. Exclusive kan barang-barang dia.
Jom balik ke Tokyo! |
Tepat jam 12pm, kami meninggalkan Muzium
Doremon dengan kenangan baru sambil tersenyum lebar. Macam kelakar pun ada.
Umur dah besar panjang. Still fanatik dengan Doremon. Well, sebab Doremon la
saya sampai ke Jepun ni. Antara salah satu sebab la. Siap berebut remote TV
dengan anak buah kalau hari Sabtu tu depa datang rumah. Hehe! Kami naik bas
yang sama, driver dia pun sama masa kami naik nak datang ke muzium ni. Jadi
pemandu bas dekat Jepun ni pun smart jugak pakaian depa ni. Siap topi yang
macam topi pilot tu. And then bila sampai dekat setiap bus stop, depa akan
announce nama perhentian bas tu. Bayangkan, setiap hari driver bas dok ulang
perkataan yang sama. Salute!
Perut dah lapar. Kami segera bergegas untuk
naik train. Next destinasi ialah Ikebukuro. Tapi kami kene turun dulu dekat
Shinjuku station sebab nak naik Tokyo Metro. Takdak direct train dari Kawasaki
ke Ikebukuro ye. Harap maklum. Shinjuku station tu besaq gile weh! Dua kali
kami ke situ, dua kali sesat. Huhu! Tapi biasalah. Kami hanya merancang. Plan
berubah-ubah. Sambung next entri.
No comments:
Post a Comment