Sekitar waktu Zohor, kami
bergerak meneruskan perjalanan ke Pulau Kukup pula. Actually, tak banyak info
pasal tempat ni dekat Google. Kami ke sini pun sebab dalam buku map Visit
Malaysia; Johor ada mark star -- interesting
place dekat Pulau Kukup ni. Dah alang-alang dekat je dengan Tanjung Piai,
kami pun decide nak ke sini.
Disebabkan tak banyak info,
kami kurang arif lokasi sebenar tempat ni. Padahal, kami dah sampai di tempat
yang betul. Sebab tak yakin, patah balik ke bandar, singgah dekat warung tepi
jalan, tanya peniaga kat situ kat mana arah nak ke Pulau Kukup. Jadi, lagi
sekali kami patah balik semula ke arah Pulau Kukup.
Jadi, nak ke Pulau Kukup,
keluar je simpang Tanjung Piai, terus ke kiri. Drive je terus sampai korang
nampak terminal bas ekspres. Kemudian drive lagi sampai korang nampak ada satu
pekan. Pekan ni kecik je. Boleh park kereta dekat parking yang disediakan. 2
jam pertama kena bayar RM2. And jalan kaki straight sampailah ke terminal feri.
Kawasan pekan ni macam dekat
Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor. Kalau korang pernah pergi sana la.
Majority penduduk kat kawasan ni bangsa Cina. Memandangkan dekat dengan laut,
banyaklah restoran and kedai makan seafood. Halal ke tak? Jangan tanya. Sebab
kami tak try pun makanan dia. Tapi hasil temubual dengan sorang penduduk sini,
boleh makan. Cuma takdak logo halal. Style tour kat sini, ada dua tempat boleh
pergi dengan bot. First, Pulau Kukup. Second, kelong sangkar tempat depa bela
ikan.
Nak ke Pulau Kukup, kena naik
bot dekat jeti. Bot tu boleh ambil dekat Terminal Feri Antarabangsa Pulau
Kukup, Johor Malaysia. Bukan naik feri ye, tapi naik bot. Cuma bot tu kena
ambil di terminal feri. Dari pintu masuk terminal feri, korang kena lalu ada
satu jalan kecik dekat sebelah kanan. Haa, dekat situlah tempat penumpang nak
naik bot ke Pulau Kukup. Harga tiket RM10 untuk return.
Dekat Johor, ada banyak laluan
alternatif nak ke Indonesia. Salah satunya, dari terminal feri ni, korang boleh
amik feri ke Tanjung Balai, Indonesia. Hari tu sembang sekejap dengan penduduk
tempatan dekat situ sementara tunggu bot sampai. Harga depends pada jenis feri.
Yela, ada feri yang ada hawa dingin, ada yang takdak. Lebih kurang RM100 plus
plus jugak fee dia.
Ramai kawan tanya, ada apa kat
Pulau Kukup tu masa saya share picture dekat FB. Even sepupu yang duduk dekat
Johor sendiri, belum pernah sampai ke sini. Biasalah. Mana ada orang nak pergi
berjalan dekat tempat sendiri. Sama jugak macam saya. Kalau orang lain tanya
ada apa yang best dekat KL dengan Selangor, saya bagi jawapan skema, ‘ntah’.
Hehe.
Jam 2pm, kami naik bot. Dalam
15 minit macam tu, kami dah sampai ke Pulau Kukup. Bayaran masuk Taman Negara RM5.
Tak banyak benda pun yang boleh di buat kat sini. Just enjoying sea view and
breeze.
Takdak orang sangat |
600m walking distance nak jalan sampai hujung pulau |
First impression -- risau kalau terjatuh |
Naik ke pelantar jom! |
Lepas dah jalan-jalan sekitar
pulau, kami balik semula ke jeti untuk tunggu bot. Sebab cuaca boleh tahan
panas, kami jalan-jalan sekejap je. Dalam 15 minit macam tu jugak la. Haha!
2.40pm, bot sampai. Bersama penumpang baru. Kami naik bot untuk ke lokasi
seterusnya, kelong sangkar ikan. Tak tahu apa nama sebenar tempat tu. Haha!
Dah sampai, kami takmau turun.
Sebab cuaca yang panas. Memang tak larat. Dah la lupa nak bawak air mineral. Tu
la, berjalan lenggang kangkung lagi. Tapi driver bot memang akan ke situ sebab
dia nak amik penumpang lain yang dia dah drop dekat situ sebelum ni. Begitulah
proses mengambil dan menurunkan penumpang.
Sementara tunggu bot tadi,
singgah jap dekat kiosk juai cenderahati. Terjumpa fridge magnet Tanjung Piai.
Terus beli walaupun agak mahal. Satu RM5. Mungkin takdak saingan dari peniaga
lain. Dekat Tanjung Piai tadi tak sempat beli. Kedai dah tutup sebab rehat
tengah hari hari Jumaat lama sikit. Beli jugak la fridge magnet untuk Pulau
Kukup sekali. Total RM10.
Sampai di terminal, kami terus
cari warung nak melepak. Ada satu blog ni saya terjumpa. Dia ada cerita pasal
ice shaved dekat area sini. Warung dia kecik je. Saya order ice shaved perisa
kiwi. Time-time cuaca panas macam ni, memang nikmat pekena ice shaved. Mujur
time tu orang tak ramai and kebanyakkan item dalam menu dah sold out. Nasib
perisa kiwi ada lagi. Harga RM5.50. Saya beli jugak air mineral sekali harga
RM1.20.
Jam 3.30pm, kami bergerak
keluar meninggalkan kawasan tersebut. Plan seterusnya nak pergi ke tempat
menarik yang lain yang ada dekat Pontian.
4 comments:
Cantik awak amik gambar...bangga jadi anak jati Pontian
Ada jual produk mkn laut mcm kat pangkor ke
@Eita: terima kasih singgah.
@Unknown: tak pasti pulak. rasa mcm tak ada
Post a Comment