Kami masih lagi berada di Kota Tinggi. Kat sini banyak homestay berbanding dengan tempat lain. Tapi bukan sebarang homestay. Homestay yang ada provide program exchange student contohnya. So, korang boleh belajar budaya-budaya yang penduduk tempatan praktikkan dalam rutin kehidupan seharian mereka. Kalau kat Selangor, belah-belah Sabak Bernam, Sungai Besar tu pun, banyak homestay jugak.
Sekitar jam 3.30pm, kami tiba
di Pantai Tanjung Balau. Aim kami ke pantai, bukan nak sambung mandi laut
pulak. Just nak jalan-jalan. Sight-seeing and feel the sea breeze. Tak ramai
sangat orang mandi-manda. Mungkin sebab cuaca panas. Kot laa. Tapi ramai orang
main laying-layang. Angin kat sini memang best. Selepas berjalan dari hujung
pantai sini sampai hujung pantai sana, kami pun bergerak ke Pantai Desaru
pulak.
Panas lettew~ |
Pantai Desaru ni dekat je. 4.15pm
da sampai. Ramai orang datang sini. Ramai jugak orang mandi-manda. Mungkin sebab
banyak resort kot kat sini. Kat sini tak banyak pokok kelapa macam Pantai
Tanjung Balau tadi. Kalau Pantai Tanjung Balau tadi tak banyak pokok, Pantai
Desaru lagi takdak pokok. Haha! Kami jalan-jalan masuk ke kedai cenderahati. Tak
banyak benda yang boleh di beli. Souvenir semua jenis yang tak up-to-date. Banyak
jual barang-barang camping. Harga boleh tahan. Mungkin sebab takdak saingan.
Dekat Pantai Desaru ni, korang
boleh nampak banyak kapal-kapal besar dekat hujung laut sana. Tak tahulah kapal
apa. Yang pastinya kapal yang angkut kargo. Sebab kat Tanjung Piai hari tu pun
kami nampak kapal-kapal besar macam tu jugak dekat laut Selat Melaka sana. Mengenangkan
Pantai Desaru ni agak mahal, semua benda nak kena bayar -- masuk tandas RM0.50,
parking saja RM4, kami terus bergerak keluar ke destinasi seterusnya.
Tak nampak sangat pun kapal dia |
Pantai Batu Layar. Kami sampai
ke sini jam 5.15pm. Pantai ni tak ramai orang. Boleh kira berapa orang je. Sebab
ada 3 kereta termasuk kereta saya yang ke pantai ni. And kat sini lebih kepada
kawasan peribadi. Mungkin sebab tu la kot. Sangat bereza dengan dua pantai
sebelum ni. Kawasan ni redup. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Boleh terlelap saya
dibuatnya masa duduk bersantai di hammock yang ada kat situ.
Bye! Balik JB jom! |
Ada satu bangunan je yang ada
kat sini. Kat situ ada macam-macam. Tempat penginapan, kedai makan, kedai
cenderahati, surau, tandas. Oh! Masuk ke sini dikenakan bayaran RM2. Sebab ada
satu bangunan tu, dia sorang je, jadi dia rasa dia boleh collect bayaran dari
pengunjung. RM2 pun kalau sehari berpuluh kereta, boleh lah buat pasif income. Haha!
Its ok la. Since pantai tu paling tenang. Bagi saya la.
Habis berjalan dekat pantai,
kami terus pulang ke JB.
No comments:
Post a Comment