27 April 2013

#JelajahLejenFixi -- Bahagian 1

0 comments
Tadi saya pergi pesta buku. Saya pergi dengan jiran saya. Sebenarnya saya tak suka pergi tempat ramai orang ni. Tapi sebab buku adalah kesukaan saya, saya pergi juga. Saya ambil risiko untuk menuju ke tempat yang ramai orang.


Jiran saya merangkap kawan saya suka sangat dengan buku-buku Jemari Seni lebih-lebih lagi karya tulisan Hlovate. Dan dia juga tahu saya ni suka gila dengan Buku Fixi dan Lejen Press. Macam mana dia tahu pun saya tak tahu. Sebab tadi dia tunjukkan kat saya nombor booth #JelajahLejenFixi tu masa saya duduk tercongok depan papan maklumat.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

26 April 2013

Tidur pengubat kecewa

0 comments
Waktu pejabat saya habis pada pukul 4.30 pm. Ramai yang bertanya pada saya.

"Pasai pa ampa balik kerja awal sangat?"

Padahal mereka tak tahu yang saya masuk kerja awal, seawal pukul 7 am hingga pukul 7.20 am. Lumrah la. Masuk kerja awal, balik kerja pun awal. Selalu jugak kita dengar masuk kerja lambat, balik awal. Ada jugak yang masuk kerja awal, balik lambat. Tu la paling baguih bak hang! Tapi saya jenis lain.

"Just love your job, not your company". Nampak dak? Tu pasai saya masuk kerja awal, saya balik awal.

Tapi saya bukan nak cerita pasal waktu kerja saya.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

24 April 2013

Bisnes potong simkad

0 comments
Tadi saya pergi Giant Batu Caves untuk potong simkad baru saya. Bukan baru apa. Saya baru beli dari abang saya. Nama simkad tu Celcom Instanet. Semalam abang saya melilau satu daerah Gombak, masuk ke kedai telekomunikasi satu persatu sampailah akhirnya beliau menjumpai satu kedai telekomunikasi yang keadaannya seperti hidup segan mati tak mahu. Dia beli sampai tiga sekaligus.

Saya sedang mencari data plan yang berbaloi-baloi.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

22 April 2013

Gajet saya perlu perlindungan

0 comments
Hari Sabtu lepas, saya beli gajet baru. Saya beli dengan abang saya sebab dia yang offer nak temankan saya beli gajet. Saya kira-kira mood dia agak baik hari tu. Saya pun follow saja rancangan dia.

Hari tu adalah kali kedua saya keluar dengan dia sepanjang tumbesaran saya. Kali pertama, masa dia masih buiang. Tapi kali ni, dia sebagai suami orang. Saya berasa sungguh janggal dengan situasi yang sedemikian. Seboleh-bolehnya, saya mahu sentiasa berjalan di belakang dia saja. Ye, kami macam orang asing. Berkomunikasi bila perlu saja.

Sampai di Machines, abang saya terus bertanyakan kepada salesman dalam tu. masa tu saya tak ambil pusing pun. Saya hanya melilau-lilau di dalam kedai saja sambil mencuba beberapa gajet yang telah dipamerkan di situ. Ramai orang. Tak kira usia.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

18 April 2013

Coronectomy - Pilihan lain untuk gigi bongsu terimpak

2 comments
Salam semua. Entri kali ni aku nak cerita pasal gigi. Boleh dikatakan juga sebagai sambungan dari operkulektomi la kot.

Kira-kira 3 minggu lepas, Klinik Bedah Mulut (KBM), UKM ada call bertanyakan pasal surgey untuk gigi bongsu aku. Aku pun sebenarnya tak sure jugak apa jadi dengan gigi bongsu aku ni lepas surgery yang lalu. Sebabnya, ada satu appointment - review operkulektomi tu aku skip. Lagi pun masa tu cuti Awal Muharam kalau tak silap. Kompem la klinik pun cuti, ye dak? So, aku biarkan je la and malas nak follow up balik.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

03 April 2013

Review Buku FIXI - SUMBAT

3 comments
Judul: SUMBAT
Penulis: Faizal Sulaiman
ISBN: 978-967-0374-21-5
Penerbit: Buku Fixi (002016254-V)
Cetakan Pertama: Disember 2012
Tempat Penerbitan: Petaling Jaya, Selangor
Halaman: 316 mukasurat
Harga: RM19.90
**********
Ramuan SUMBAT:
250 ml Dendam, jenama “Silam”
150 gm Rahsia Hitam
50 gm Cinta, paket “Terhalang”
3 sudu besar Air Mata
Setengah cawan Pengorbanan
5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Caranya:
Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang.Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam hingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang selikan dengan setengah cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknik folding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum senyuman. Voila!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)