29 April 2011

Mengemas untuk kali terakhir

6 comments
Salam semua.

Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi tanpa henti-henti. Sedar-sedar dari tido je jam dah 7.12 am. Macam terkena renjatan elektrik je bangun tadi. And misi hari ni ialah kene habiskan mengemas barang-barang yang perlu dibawa balik.

Satu persatu teman sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Macam tak sedap je kalau nak tulis pulang ke bandar halaman masing-masing. Haha. Dah tak dek ape nak buat, mengemas je la hari ni keje.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

28 April 2011

Cerita hari ini

2 comments
Salam semua.

Hari nih merdekalah sudah aku dengan kawan-kawan aku yang lain sebab tadi last paper. Selesai sudah suka duka senang lenang goyang kaki selama tiga tahun berada kat sini. Lepas ni praktikal pulak. Lepas tu konvo. Lepas tu.. Lepas tu.. Lepas tu.. Masing-masing da bawak haluan sendiri.

Aku tak tahu nak cakap ape masa exam tadi. Nak kata susah, semua dalam nota. Entah apesal, macam tak boleh terima je apa yang ada dalam nota tadi. Bila bukak nota nak ulangkaji rasa macam.. Ntah! Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Mungkin aku tak cukup mengikhlaskan hati dalam membuat ulangkaji tadi. Kalau tak, tak dek la jadik macam tu. Study berhari-hari pun, jawab exam rasa macam otak kosong jugak. Dalam dewan pun duk termenung.. Pikir jawapan apa yang terbaik nak tulis kat kertas jawapan. Dengan hujan lebatnya.. Dengan sejuk ekon nya.. Memang tak boleh fokus.

Lepas ni dah tak jumpa kawan-kawan da. Tapi ada beberapa perkara lagi yang aku nak buat bersama-sama dengan dorang. Tak tahu lah sempat ke tak. Kalau lah dorang tahu. Nak bagitahu pun tak tahu caranya macam mana. Tak pe la. Tak dek rezeki.

Selamat menunaikan fardhu solat Maghrib ye! Aku stop sini dulu. Adios!
 

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

27 April 2011

Sah ke tak sah?

4 comments
Salam semua.

Sebagai seorang yang beragama Islam, aku yakin yang korang sedia maklum akan pahala untuk solat berjemaah ni. Pahalanya berganda-ganda dari solat bersendirian kan?. Tak kira waktu Subuh ke.. Zohor ke.. Asar ke.. Maghrib atau Isya'.. Seperti yang telah dinyatakan dalam hadis di bawah ni..

"Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda"

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Umar.

Masa aku gie Pesta Buku kat PWTC ritu.. Waktu tu dah masuk waktu Asar. Kebetulan masa aku singgah kat surau dia, dorang semua tengah solat berjemaah. Memula aku musykil jap. Nak kata solat berjemaah, tapi yang kat tengah-tengah macam lopong. Tak dek orang pun.

Aku usha lama sikit. Pasang telinga nak dengar bacaan si Imam. Masa Imam rukuk, makmum perempuan pun rukuk gak. Masa Imam sujud, makmum perempuan pun sujud gak. Tapi kenapa saf yang tengah-tengah tu berlubang? Yang ada cuma kiri dan kanan?

Persoalan aku kat sini, sah ke solat berjemaah macam tu? Terputus saf?

Aku sekadar ingin bertanya, untuk mendapatkan kepastian. Kalau ada sape-sape yang sudi tolong, jutaan ucapan terima kasih aku ucapkan. Sekian!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

25 April 2011

Perbezaan antara http dengan https

6 comments
Salam kawan-kawan.
 
Aku nak berkongsi satu maklumat ni. Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu. Maka, adalah digalakkan untuk korang berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Aku pun amik dari orang lain nak share dengan korang semua. Sharing is caring, right?

**********
HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara web server dan klien (web browser di pc).


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 peringatan bumi

0 comments
Salam kepada pembaca semua.

Aku nak berkongsi satu artikel ni. Aku dapat dari emel. Ada orang forward-forward je. Mungkin da ramai yang tahu. Tapi tak pe, aku share jugak.

Entri kali ni sebagai tazkirah dan peringatan pada diri aku jugak yang sering alpa dengan dunia walaupun ianya palsu semata. Korang tau tak? Bumi ni sebenarnya sentiasa berkata-kata dengan manusia. Tapi tu la.. Ramai je lagi manusia lalai dan leka.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

24 April 2011

Cara halus untuk menghalau roomate yang...

0 comments
Salam kepada pembaca semua.

Teringat lagi masa zaman-zaman duduk asrama dulu. Kalau yang duduk dorm mesti dalam satu dorm tu ntah berapa belas orang penghuni. Kalau duduk bilik pulak, sikit je la penghuninya. Bergantung jugak kepada saiz bilik. Ada yang satu bilik 4 orang, Ada yang satu bilik 2 orang. Aku dah pernah alami semua situasi kat atas tu. Hehe.

Mungkin ada diantara korang yang kadang-kadang tak suka dengan roomate korang. Bukan tak suka apa. Macam-macam pe'elnye la kan. Kalau baik, kamceng, ok je. Boleh masuk. Kalau tak ok macam mana? Jadi, kat sini aku nak berkongsi satu tips.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Beban penat lelah sudah berbalas

0 comments
Salam kepada pembaca semua.

Lebih kurang seminggu je lagi masa yang aku ada kat kampus ni. Saki baki ni akan aku gunakan untuk bergembira bersama kawan-kawan.. Semestinya, mesti mau! Sebab dorang jugak, aku berjaya menyiapkan projek akhir tahun aku.

Hari tu aku dah print dan hantar untuk binding sekali. Dan inilah hasilnya.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Skala Kemahiran Insaniah Malaysia - My3S

0 comments
Salam kepada pembaca sekalian.
Semua pelajar tahun akhir warganegara prasiswazah UKM telah diminta oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPT untuk mengisi maklumat online di dalam laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s bermula hari ini sehingga 30 April 2011.

Pekeliling Akademik Bil.11/2011 dari Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (HEAA) bertarikh 21 April 2011 telah dikeluarkan. Mohon kerjasama semua pelajar tahun akhir untuk mengisi maklumat online ini.
front page website My3S

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Tentang perasaan itu

0 comments
Salam kepada pembaca semua.

Bahagia rasanya bila tengok kawan-kawan yang kita rapat pun bahagia. Korang pernah dengar? Kebahagian itu adalah bila kita membahagiakan orang lain. Aku pernah dengar sekali kat tibi. Dan sekarang aku tertanya-tanya.. Betul ke apa yang diperkatakan itu?

Tapi perasaan cemburu itu masih ada walaupun kita gembira tengok dorang bahagia. Kenapa eh? Apa lagi yang kurang? Aku gembira je bila dengan keluarga.. Gembira je bila bersama dengan kawan-kawan. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa? Cinta?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

23 April 2011

Nak cuti panjang

2 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Hari nih seharian berada di luar. Malam ni la baru rasa nak rest sikit. Ape tak nya.. Bangun pagi celik mata pukul 5.30 pagi. Hari ni ada exam.. pukul 8.30 pagi sampai 10.30 pagi. Sebab masa yang diberi untuk melunyaikan kertas soalan itu adalah selama 2 jam.

Exam kali ni rasanya paper dia tough sikit banyak. Ada 4 lecturer kot yang mengajar untuk subjek ni. Hasil tambah darab tolak dan bahagi, mase exam tadi kene jawab lebih kurang 20 soalan. Mana cukup bai 2 jam tu. Bagi aku, betul salah belakang kira. Yang penting tak dek tinggal tempat kosong. Hehe.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

20 April 2011

Sudah boleh tarik nafas lega

2 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Hari ni seharian dok pikir pasal tesis. Pukul 10 pagi tadi sudah tercegat kat depan cc, tunggu member-member lain. Nak gi print and binding tesis. Tak sabar!

Memang lama dok sana. 3 jam kot kat cc tu. Mesti abang-abang kat cc tu bosan. Tak pun tak sabar nak terima bayaran dari kami. Pakcik kaya!

Matlamat hari ni memang nak siapkan tesis. Dah tak rasa yang sekarang ni tengah exam. Segala-galanya dicurahkan kepada tesis. Cinta mati sama tesis. Ok! Tipu! Terpaksa.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

19 April 2011

Antara imej dan identiti

4 comments
Salam kepada para pembaca sekalian.

Ramai orang cakap aku ni garang, muka nak siyes je. Senyum pun jarang-jarang. Tapi biasalah.. Kata orang tak kenal maka tak cinta tahu la kan. Tak suka senyum? Itu tipu. Senyum je la. Bukannya kene buat apa-apa pun. Kan? Tapi tengok orang jugak. Kalau orang senyum kat aku.. Aku balas la balik senyuman dia.

serius ke?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

18 April 2011

JobsMalaysia.gov.my

2 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Ada siapa-siapa kat sini sedang mencari kerja? Korang boleh layari website JobsMalaysia.gov.my atau klik kat sini..

masukkan  login ID dengan kata laluan (kotak merah) bg yang dah register
Bagi pengguna baru, macam biasalah. Korang kene daftar dulu. Kalau da daftar siap-siap.. Korang boleh terus masuk laman web nih pakai login ID korang dengan kata laluan.

Lepas da login semua, korang kene lengkapkan ada satu form ni. Dia mintak semua maklumat pasal diri kita. Nanti ada la step-step dia seterusnya yang kene follow.

Semoga berjaya mendapat bidang pekerjaan yang korang impikan :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

16 April 2011

Aku dan akak kafe

2 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Lewat pulak hari ni aku gi lunch. Selalu pukul 11.30am dah standby kat meja makan yang paling depan sekali.. Dekat tibi pulak tu. Sambil makan sambil tengok tibi sambil sedut air dengan straw. Tadi aku dengan kawan aku gi makan pukul 12.40pm. Tapi bungkus je la. Tak meriah nak makan berdua je. Haha.

tak pernah lagi try makan mcm ni. sumber : klik sini


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

13 April 2011

PLKN : tak kenal maka tak cinta

0 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Apa khabar? Korang sihat? Semoag hari ni lebih baik dari semalam. 

Alhamdulillah.. Sudah lepas satu paper. Tadi exam paper Pengurusan Keselamatan Sinaran. Nampak macam gempak je nama subjek tu. Lepas ni, ada gap masa selama seminggu. So, boleh lah aku betulkan balik tesis aku. Tak saber weh nak tengok dalam bentuk hardcover yang kulit dia kaler hijau tua tu!

Entri kali ni, aku nak sambung cerita pasal PLKN. Nak baca entri lepas boleh klik sini, ok!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

12 April 2011

Kenapa?

2 comments
Entri ni ringkas je. Malas nak tulis panjang-panjang. Tak dek mood.

sudah patah
Apesal jadik macam ni?

Inilah akibatnya bila emosi sudah menguasai diri. Logik akal fikiran sudah tidak berguna lagi.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Buat pertama kali dalam hidup

7 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Semalam aku dapat hadiah bestday dari seseorang. Seseorang yang tak disangka-sangka. Sekarang ni masih lagi dalam mood terkejut. Terkejut ke? Apa hah perkataan lain yang sesuai?

Pukul 12 lebih sikit tengah malam semalam, kawan kepada kawan baik aku call dia. Kata nya nak jumpa dia. Siap tanya lagi, "Adik mana?". Dia pun jawab, "Ni ada ni..".

"Haa..bawak lah sekali. Ada benda nak kasi kat dia. Nanti dalam pukul 12 lebih, sampai la". 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 April 2011

Majlis yang meriah tapi..

14 comments
"Assalamualaikum. Kau buat apa? Tido ke" - Suara merdu mak aku mengejutkan aku dari tido lena.

"Waalaikummussalam. Ha'ah tido lagi la mak. Kenapa?" - Jawab aku dengan suara yang nampak sangat baru bgn dari tido.

Tepat jam pukul 8 tadi mak aku telah mengejutkan aku dengan membuat panggilan ke telefon bimbit aku. Tersentak aku dari mimpi indah pagi tu.

"Kau tak balik ke?" - Mak aku bagi soalan cepumas.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

09 April 2011

Selamat ulangtahun kelahiran

6 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Masuk hari ni bertambah satu angka umur aku. Oh tidak! Aku masih muda! Ok! cukup-cukup lah dengan perasan tu.

Minggu ni study week. Kan aku dah cakap da.. Kali ni mesti aku kene celebrate bersama buku dan nota. Sape nak tolong nyanyikan lagu hepi bestday untuk aku? Cepat nyanyi. Hehe. Aku pun selalu jugak nyanyi lagu ni untuk orang. 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Tolong dan terima kasih

4 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Suasana waktu malam macam ni memang sunyi. Lagi pulak esok hari minggu. Memang tak hairan la kalau asrama ni sunyi je. Kebanyakkan penghuni sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Barangkali ingin memohon restu mak dan ayah. Minggu depan da start final exam.

Aku? Aku sebagai salah sorang penghuni kat asrama ni masih setia. Teringin juga nak pulang ke rumah.. Mahu berjumpa mak dan ayah. Mungkin esok kot aku balik. Huhu. Ingat nak balik lepas maghrib tadi. Tapi kat rumah tak dek orang. Mak dan ayah gi majlis akad nikah sepupu aku. So, nanti da sampai stesen putra LRT tak dek sape nak jemput. Hihi.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Kelly Clarkson ada di kafe

2 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia. hari Jumaat juga merupakan penghulu segala hari. Tapi aku pulak yang tak reti macam mana nak manfaatkan petang-petang jumaat macam ni. Ni entri yang ntah ke berapa da aku post. Untuk hari ini saja. Huhu.

Pergh! Memang hari ni sangat rilex la. Padahal Isnin ni dah start exam. Eh! Kau tak takut ke? Mestilah takut. Aku bukan budak genius pun. Kih kih kih! Mungkin sebab semalam da viva. Hari ni rehat sepuas-puasnya. Jangan sampai leka beb! Masa tetap berjalan. Ok!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

08 April 2011

PLKN : tak bersedia nak berkhidmat

0 comments
Salam kepada pembaca sekalin.

Pagi yang gelap.. Kini sudah terang. Semalam hujan lebat. Pagi ni sejuk giler cuaca. Kabus tebal telah mengaburi pandangan mata. Ok lagi.. Kalau jerebu memang aku rasa tak selamat la.

Entri kali ni aku nak sambung citer pasal PLKN. Ada orang tanya aku.. Ada sambungan lagi ke? Haruslah!~ Hehe. Nak baca entri lepas, klik sini ok.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Segala puji-pujian untuk Dia

0 comments
Salam kempada pembaca sekalian.

Selesai sudah pembentangan viva pada hari ini. Yeah! Dah boleh konvo. Belum lagi.. Ok! Final exam ada lagi. Lepas tuh latihan industri pulak. Baru lah boleh konvo. Alhamdulillah.. Boleh konvo dengan rakan-rakan seperjuangan.


Segala puji-pujian dan terima kasih kepada Maha Pencipta yang telah mempermudahkan segala urusan aku pada hari ini. Syukur sangat-sangat.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

07 April 2011

PLKN : Memori 3 Bulan

6 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Cuaca petang ni boleh tahan juga. Lepas zohor tadi da hujan. So, petang ni tak dek la panas mana pun. Angin pun sudah pandai berbahasa, jadilah sepoi-sepoi bahasa.

Esok aku start viva da. Ada orang tanya viva tu apa. Kereta perodua ke? Cis! Aku pun tak tahu. Tapi kalau nak konvo kene lalui viva itu dahulu.

Malas nak berceloteh panjang. Entri aku kali ni aku nak citer pasal PLKN.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

06 April 2011

Jadik nenek buat kali kedua

2 comments
Salam kepada pembaca sekalian.

Malam ni rasa macam panas la. Bukan malam ni je. Malam sebelum-sebelum ni pun panas jugak. Aku sanggup tidur beralaskan lantai simen dari tidur atas katil. Adakah sekarang bumi kita mengalami pemanasan global? Huh!

Entri kali ni aku nak cerita pasal hamster aku dengan hamster kawan aku. Macam yang aku bagitahu sebelum ni, aku ada bela hamster jantan. Nama dia Mamat. Kawan aku punya pulak hamster betina, nama dia Minah.

Ok, apa yang aku nak bagitahu kat sini.. Minah sudah beranak lagi. Kali ni 6 ekor pulak. Tapi 2 ekor sudah mati. Dengan sepantas kilat aku gi tanam tadi. Pastu pulak kat satu sudut blok bangunan, aku nampak hanjeng tengah skodeng aku. Sebok je!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

05 April 2011

Tinggal selangkah saja lagi

0 comments
Salam kepada semua pembaca.

Sudah lama rasanya aku tak update blog. Entah! Aku pun tak ingat. Rasa macam dah 2 3 hari tak update. Nasib baik tak sampai lagi tahap yang ada bersawang. Apa boleh buat, tesis punya pasal. Kene la diutamakan dahulu :)



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

01 April 2011

Bersama mesti mau!

2 comments
Salam kepada pembaca semua.

Aku rasa macam aku daftar satu subjek je untuk semester 2 tahun akhir ni. Ape taknya, pagi, petang, siang, malam hidup aku dihabiskan hanya untuk tesis. Ok! Tipu je! Yang pastinya, masa aku banyak dihabiskan untuk subjek Latihan Ilmiah ni la.

Da nak hujung-hujung semester ni, asyik fikir projek je. Da tak hirau da dekat subjek lain. Study week dah nak dekat da. Tapi tesis jugak yang jadik keutamaan. Nasib baik semester ni sikit je jam kredit. Jarak antara satu paper dengan paper yang lain pun ok la. Tak dek la paper sampai berderet-deret macam semester lepas.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)