28 February 2011

BerBBQ di Lubok Manggis : Part 1

8 comments
Letih! 

Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan diri aku sekarang ni. Semalam aku gi piknik dengan budak-budak kos. Sakit-sakit plus sengal-sengal sikit satu badan la. Bangun pagi pun masih terasa lagi kesengalannya. 

**********
Aku telah diamanahkan oleh budak-budak kos untuk melunaskan part ayam dengan ikan. Dorang nak BBQ ayam bersama-sama ikan. Tiga hari lepas, aku dengan kawan baik aku bersama-sama adik-adik perempuan dia dan jugak mak dia bertungkus lumus telah menyediakan segala macam rempah ribu ratus untuk memeram ayam dan ikan.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

26 February 2011

Aku yang terkejut dengan kejutan

4 comments
Hari tu.. Tak ingat la bila masa pulak.. Aku meset-meset dengan sorang kawan ni. Actually pangkat kakak sebenarnya. Dia ni kakak kepada kawan baik aku tu.. Yang aku da story dalam entri lepas. Aku panggil dia Alang je la eh. Senang nak story-mory.

Entah kenapa. Aku rasa baik pulak mood Alang masa tu nak reply-reply meset aku. Aku hantar 2 3 baris. Alang pun elok je reply 2 3 baris. Selalu kalau hantar meset.. seketul je Alang reply. Berlaku kemusykilan di situ.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

25 February 2011

Jam kredit sikit pun tak kene jugak

5 comments
Dua minggu lepas, entah kenapa line internet kat u aku tiba-tiba slow macam siput yang cengkerang dia macam bentuk kon tu ha. Aku nak buat study pun susah. Semua internet punya pasal. Zaman sekarang ni da maju. Nota-nota, kerja kursus.. Semuanya nak kene guna internet baru boleh dapat. Hebat kan?

Hari tu jugaklah aku hampir-hampir terlupa nak sahkan kemasukan peperiksaan akhir nati. Senang cakap final exam la. Tu yang selalu orang dok sebut bila da hujung sem. Nasib baik aku ada member yang tahu bahawa berukband itu sangat penting di saat-saat kesempitan melanda.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

22 February 2011

Kebahagiaan sebenar

3 comments
Assalamualaikum.

Pagi yang tenang. Tiada lagi kempen-kempen yang membingitkan serta menghuru-harakan seperti malam semalam. Sebab hari ni kene turun mengundi.

Semoga hari ni luar biasa bagus serta lebih baik dari semalam.

Entri kali ni nak bercerita pasal mereka. Asyik aku dengan kau orang je. Siapa mereka? Aku pun tak pasti. Yang pastinya bukan aku dan juga bukan kau orang haha.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

21 February 2011

Berkenalan dengan diri anda dulu baru boleh diet

6 comments
Assalamualaikum kepada pembaca semua!

Entri kali ni aku nak kongsi satu fakta yang ada dalam buku walaupun aku tak habis khatam lagi bukunya. Buku ni biasa-biasa je. Bukan buku lucah, Ok!

**********
Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa kalenjar yang dominan. Dan untuk pengetahuan korang, bentuk tubuh badan kita jugak sudah terang dengan torchlight lagi bersuluh dengan spotlight sangat-sangat dipengaruhi oleh jenis kalenjar dominan tersebut.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

19 February 2011

Aku nak senapang, nak buat...

11 comments
Tak silap aku la kan.. Rasanya pihak universiti (nama u dirahsiakan haha) sudah ambik tindakan. Tapi kenapa masih banyak lagi anjeng-anjeng berpeleseran di sana sini? Macam tak dek tempat lain je nak menginap. Cube la melepak di asrama lelaki ke.. Kat bawah kain pokok ke.. Ni tak.. Nak melepak kat tempat cik awek duduk menginap plak.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

18 February 2011

Awas! Jangan main-main

4 comments
Macam-macam cerita aku boleh baca dekat Sahabat Blogger aka SB. Ada cerita suka, ada cerita duka dan setelah ditambah tolak darab bahagi dapatlah suka duka. Aktif betul member-member SB kat group tu. Sangat rajin menge'post' link-link blog dorang. Ada plak yang offer nak bace blog.. Silalah post link hehe. Aku? Aku follow senyap-senyap da la.

Teringat aku pada satu kisah yang aku pernah baca hasil karya oleh Incik Tuah. Korang kenal tak sape Incik Tuah ni? Motivator yang femes jugak la setanding dengan Incik Fadzilah Kamsah. Ini cerita pasal pemilik blog yang dilaknat.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Bila penebar roti canai lagi glemer dari artis

9 comments
Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata cuaca pada petang ni. Tengah hari tadi bukan main panas lagi. Bahang sungguh. Matahari memang tidak segan silu menonjolkan dirinya. Show off la tu!

Alhamdulillah bila da petang sikit, tenang la plak. Angin sepoi-sepoi bahasa. Sang monyet-monyet sibuk buat bermacam-macam gaya sarkas. Macam ada pesta plak lagaknya.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

17 February 2011

Selamat hari tua untuk beliau

4 comments
Entri ni khas aku karang untuk sahabat baik aku.. Sahabat dunia akhirat sempena ulangtahun kelahiran dia yang ke-22. 

Buat pertama kali, aku dan jugak member-member seangkatan yang lain celebrate bestday beliau ni sepanjang tempoh pengajian yang kami lalui dengan bersusah payah kat u ni (nama u dirahsiakan lagi haha).

Bestday dia kali ni special. Kenapa aku cakap special? Antara sebab-sebabnya ialah :


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

16 February 2011

Bercinta kerana Allah golongan dilindungi : Part 2

1 comments
Assalamualaikum dan selamat pagi! Pagi yang sejuk sebab semalam hujan lebat.. Lebat ke? Tak sangat tapi ada la jugak kilat sabung-menyabung guruh berdentum-dentum.

Ok! Mukadimah tak nak panjang-panjang. Aku nak sambung entri lepas.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

15 February 2011

Kau Pergi

4 comments
Minggu lepas, aku rasa tergerak hati nak check inbox emel. Bukan tergerak hati la sebenarnya. Selalu je kot. Hari-hari aku check emel.. Kot-kot ada secret admire kasik surat berserta dengan flying kiss ke.. Sape tahu kan. Sudah-sudah la.. Perasan je aku nih. Haha.

Ada satu mesej dalam inbox tu menyebabkan hati aku sayu jap. Lama jugak aku dok termenung. Mengimbas memori suka duka kenagan bersama mu kasih kawan.. Sepanjang 6 tahun sesi persekolahan masa kecik-kecik time sekolah rendah dulu. Actually bukan mesej sebenarnya, tapi besday reminder yang telah dihantar oleh laman sosial friendster.. Sapa ada guna lagi friendster zaman skng ni? Sila angkat kaki tangan!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

14 February 2011

Bercinta kerana Allah golongan dilindungi : Part 1

4 comments
Assalamualaikum!

Semoga hari luar ini biasa bagus dan lebih baik dari semalam. InsyaAllah, mudah-mudahan.

Entri kali ni aku nak tulis balik apa yang telah dikongsikan oleh seorang hamba Allah berkaitan dengan cinta. Tajuk pun pasal cinta kan.. Tak kan nak tulis pasal makanan plak.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

13 February 2011

Glam & Glitz?

2 comments
Tak lama lagi dinner kolej. Tapi aku tak tahu nak pakai baju apa yang sesuai dengan tema dia. Dengar citer tema macam ala-ala glemer la jugak. Memang glemer pon haha. Masing-masing tak sabar nak show-off baju dorang. Glemer abes you nyah! Haha.

Nak kata makan pree tak jugak. Da siap-siap bayar da dulu sebelum register naik sem ni. Tak pergi rugi ouh! Tapi aku tak tahu pulak bayar bape. Malas nak tengok kat hutang pelajar. Huh! Asyik nak kebas duit student je. Tak pe.. Tak pe.. Lepas makan balik le.


Untuk maklumat lanjut : sila klik sini

p/s : Aku saspek dinner kali ni mesti ramai student final year yang join

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Muhasabah Cinta

0 comments
Sapekah yang mengabulkan doa korang-korang termasuk aku jugak la bila kita dalam kesusahan? Sapekah yang paling berhak menjadi tempat mengadu bagi korang-korang termasuk aku jugak lagi bila dilanda kegelisahan, kesempatan, kesempitan, kesusahan dan kesedihan? Kepada sape kita mesti memohon semua-semua tu?

Sapekah yang layak untuk menjadi tempat bergantung kita, memohon, meminta dan meratap bagi semua makhluk di muka bumi ini? Sapekah yang berhak menjadi tempat pergantungan diri hati yang namanya selalu disebut oleh lidah kita ni? Sudah tentu hanya DIA sahaja. Nak mohon semua-semua tu tak perlu isi sehelai borang pon.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

12 February 2011

Karoke jamban pun ok apa

3 comments
"malu-malu tapi mahu
kini baru ku tahu
diam-diam jatuh cinta
bersama akhirnya.."

--> Diam-diam Jatuh Cinta : Ramlah Ram <--

"i don't wanna close my eyes
i don't wanna fall a sleep
cause i miss you bebe
and i don't wanna miss a single thing"

--> I Don't Wanna Miss a Thing : Aerosmith <--

"menangis hati ini ku juga bersimpati
hancurnya harapanku maafkan sayang
kasihmu yang berubah aku pun tak menyangka
itulah alasanmu..pergilah sayang"

--> Memori Berkasih : Acik & Nana <--

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

11 February 2011

Terima kasih Incik Lecturer

0 comments
"Kita ada lagi berapa minggu ye?", sambil mengeluarkan handset.

Khusyuk menekan-nekan keypad handset, "Oh. Tak sampai 6 minggu lagi"

"Lepas tu da study week and then final, right? But before your final exam kita ada viva", Ha ha ha. Gelak kejam!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

09 February 2011

Merisik, Meminang, Bertunang

4 comments
Bila da duduk berkumpul ramai-ramai, sambil pulak pekena makan-makan plus minum-minum lagi, memang meriah la kafe tu. Rasa macam kafe tu kitorang yang punya. Gelak memang tak ingat dunia la. Macam-macam citer kuar bila da kumpul macam tu. Lepas tu sambil makan sambil tu plak layan citer kat tibi. Sudah-sudah la dok depan tibi. Gi la balik sane. Banyak keje nak kene buat lagi. Aku tak cakap kat ko. Pesan kat diri sendiri je. Ahaks!

Masa tengah-tengah makan tadi, tetiba je ada sorang member aku cakap pasal kawen. Apa da sampai seru ke mereka ni? Belajar pun tak habis lagi da nak kawen. Adoi! Tak salah kawen masa belajar. Kalau da sampai jodoh nak buat cane ye tak? Kawen je la kalau da mampu. Kawen bukan main-main. Da cukup duit ke cik awek dengan cik abang? Nasihat dari kementerian, jangan pinjam bank buat kawen apatah lagi mahu pinjam kat ahlong!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Cinta, sambal belacan dan goreng pisang

0 comments
Aih~ Gi kelas pagi tadi dalam keadaan perut yang berkriuk-kriuk. Ini bukan kriuk-kriuk yang Mee Sedap tu. Perut bunyik-bunyik masa dalam kelas. Memang tak boleh blah. Padahal da sarapan kot. Siap minum susu cawan besar lagi tuh. Huh! Terpaksa la lunch awal. Campur sekali dengan bekfes lagi sekali.. Jadikla brunch! Haha.

Sambil-sambil lunch diselang-selikan la sikit dengan menonton citer Lady Boss kat astro ni. Filem melayu arahan Razak Mohaideen ni yang dibintangi oleh Apek, Yusri, Erra dengan Ning. Memang betul la kan.. Filem-filem melayu ni untuk hiburan semata-mata. Tak banyak filem yang ada moral value bak kata Mat Saleh.. Asyik Mat Saleh je.. Mat lain tak dek ke? Tapi ada satu part dalam filem ni membuatkan aku tertanya-tanya. Apa kaitan antara cinta, sambal belacan dengan goreng pisang?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

06 February 2011

Trivia : Playboy paling popular di dunia

3 comments
Apesal eh ramai cik awek-cik awek di luar sana termasuk la aku jugak kadang-kadang membuat kesimpulan yang cik abang hensem ni (hensem ke?) playboy? Aku rasa la kan.. Mungkin sebab dorang ada rupa paras yang kacak, bergaya, stylo-mylo membuatkan dorang senang je nak tackle cik awek-cik awek di luar sana.. Yeke? Aku tak tahu. Ops! Para cik abang hensem di luar sana, sila jangan marah aku. Aku tersangat-sangat tak bersalah dalam hal ni. Ok! Haha. Tapi tak semua cik abang yang hensem begitu perangainya. Ada yang baik hatinya sebaik wajahnya.. Ye tak? Apa pendapat korang pulak?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Cinta itu Subjektif

4 comments
Apa itu cinta? Apa maksud sebenar cinta? Apa erti sebenar cinta? Sama je soalan yang aku tanya ni. Cuma penggunaan kosa kata sahaja yang berbeza hehe. Entri kali ni aku nak berkongsi cerita hasil dari pembacaan sebuah buku yang aku da baca. Tapi tak ingat apa buku dia. Hehe.

Bagi orang-orang yang sangat positif dengan perkataan cinta tu, mereka mesti akan bagi jawapan seperti, cinta itu membahagiakan, cinta itu menggembirakan, cinta itu suci, cinta itu murni, cinta itu.. Cinta ini dan cinta itu bla bla bla. Jawapan yang pelbagai. Padahal maksud dia lebih kurang sama je. Tapi tu la kenyataannya kan?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

05 February 2011

Pesanan Frau Hassan

4 comments
Dekat jabatan aku ada la jugak dua tiga orang pensyarah pernah sambung belajar kat Jerman. Bila time take 5 je.. Dorang pun start bercerita pasal pengalaman belajar kat Jerman. Saje je nak kongsi. Bak kata mat saleh.. Sharing is caring. Haha. Tapi bila da start bercerita.. Biasalah, mesti lebih dari 5 minit punya. Percayalah! Kalau korang tak percaya, memang korang la yang tipu. Haha. Kadang-kadang pensyarah ni pun nakal jugak. Saja je nak kenekan student dengan menyindir atau memerli kitorang dalam bahasa Jerman. Tapi kami tak kesah, bukan paham pun. Haha.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

04 February 2011

Minyak masak zaman dulu-dulu : Part 2

4 comments
Ok. Aku sambung pasal entri minyak masak. Taik minyak yang sudah ditapis semalam dimasukkan semula dalam periuk dan dipanaskan. Api kecik je. Tak perlu besar-besar. Nanti taik minyak korang hangus. Minyak yang terhasil pun nak tak berape nak cantik jugak. Sentiasalah kena kacau taik minyak tersebut ye! Masa menggoreng ni, tak payah cakap la. Bau dia memang harum semerbak. Aku rasa satu lorong boleh bau taik minyak Mak aku ni. Sangat sedap bau dia. Sungguh! Aku tak tipu.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

03 February 2011

Minyak masak zaman dulu-dulu : Part 1

6 comments
Entri ni mungkin agak panjang. Nak bagitahu awal-awal. Hehe.

Tiga hari lepas, Mak dan Ayah pulang dari kampung. Balik kampung berdua saja. So, penumpang di dalam kereta Saga Merah hanyalah Mak, Ayah serta beg-beg baju mereka. Boleh dikatakan bonet kereta agak kosong jugak lah. Tapi kepulangan mereka dari kampung hari tu sangat mengujakan aku. Apa tak nya, bonet kereta tu penuh dengan macam-macam barangan dari kampung. Ada lebih kurang sama dengan poket doremon kot. Haha. Tapi dalam banyak-banyak barang yang ada dalam bonet tu, kelapa yang sudah dibelah sangat menarik perhatian aku. Apa tak nya, seplastik sampah yang hitam tu ha.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Intro : Saya Suka CoolBlog

6 comments
Dulu tak rasa pun nak ada sebijik blog. Rasa macam tak rajin nak mencarut depan skrin komputer haha. Blog ni apa sebenarnya fungsi dia? Yang aku tahu blog tu ialah coolblog iaitu sejenis minuman ice blended. Yeke? Ntah. Yang aku tahu lepas keluar gi shoping barang-barang last sekali mesti nak bantai coolblog. Sape nak belanja? Aku suka perisa chocolate! Tapi sejak akhir-akhir ni da jarang da beli coolblog.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)