29 July 2016

Trip Bandung 2016 | AirAsia QZ 172

21 Julai 2016

Jam 8am saya keluar rumah. Tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas dekat Sentul je makan masa 1 jam. Walaupun dah tahu waktu macam tu memang jalan sesak sebab orang nak pergi kerja. Tapi lepas tu highway clear da. Around 9.45am dah sampai Bangi. Terus ke APM, nak pulangkan RPL glass badge. After that, terus gerak ke Presint 8. Memang janji dengan kawan jam 10am. Tapi kawan tu lambat. Biasalah, janji melayu. Kahkahkah!

Sementara tunggu member, snap satu pic. Apa ntah nama
jambatan ni. Haha

10.30am kami terus gerak ke ERL Putrajaya. Kemas kendiri -- nak pergi tandas, nak pergi sarapan, nak minum and so on. Semua ERL yang selain dekat KL Sentral, adalah yang transit punya. Harga tiket dari Putrajaya - KLIA2 ialah RM9.40. Jam 11.30am kami selamat sampai ke KLIA2. Nak check-in beg, awal lagi. So, jalan-jalan jap. Jam 12pm, baru kami pergi kaunter check-in. Tengok dekat information board, awal-awal lagi dah tulis flight ke Bandung tu delay. Boarding jam 4.15pm pulak.

Tema Balik Kampung dekat signage KLIA2

Kami pergi makan dekat Quizinn by RASA. Itu nama food court. Ada macam-macam jenis cuisine. Korea, Jepun, Western, Melayu. Ikut anak tekak masing-masing. Saya pilih Korean menu. Dolsot bibimbap. Saja nak try. Simple -- simple ke? and portion boleh tahan banyak.  Kawan pula asalnya taknak makan. Saya suruh dia makan jugak, sebab perjalanan lama lagi. Dia makan spageti karbonara. Kemain! Tapi tak habis makan sebab dia cakap keju dia banyak sangat. Rasa muak.

Besaq gile api diaaa!

Makanan da serve pun, still menggelegak lagi

Jam 2.30pm kami terus ke kaunter imigresen. Nasib la ada auto-gate untuk scan passport. Memang beratur panjang sejak dekat Pelepasan Antarabangsa lagi. Ni first time naik flight AA pergi oversea -- selain Langkawi and Sabah ye. Jadi, tak boleh nak lengah-lengah la. Dah la gate dekat KLIA2 ni semua jauh-jauh. Dah lepas imigresen, kami ke surau untuk solat jamak. Setel semua, kami lenggang ke gate Q13. Jauh betul. Huh!

Nampak macam keras je tiket tu. Padahal kertas dia lagi
nipis dari kertas A4

Nope! I'm travelling to Bandung

Takpa la sampai awal pun. Boleh lepak lama sikit dekat gate sementara nak tunggu boarding jam 4.15pm. Kebanyakkan penumpang rata-rata yang saya perhatikan warga Indonesia. Tak kira samada pemegang passport Indoensia atau Malaysia. Kalau Malaysia ni biasanya depa penduduk tetap. Boleh kira je berapa kerat Melayu dekat sini. 

Orang selfie, kita pun nak selfie

Buang masa dengan selfie. Siapa suruh flight delay. LOL!

Kami tak pilih seat. So, masa check-in, AA kasi seat sebelah laluan dalam airplane. Seat 21C and 21D. Kami decide nak masuk lambat sikit. Masuk awal-awal pun, kalau penumpang sebelah tingkap tak masuk lagi, percuma aja! Lagi pun bukan ada beg nak letas dekat atas. So, kita kasi chance dekat depa yang bawak hand carrier banyak-banyak ni. Hehe!

Flight lebih kurang 1 jam 10 minit. Sepatutnya kami sampai ke Bandung jam 4.55pm waktu Indonesia. Seperti yang korang sedia maklum, waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia. Tapi sebab dah delay, boarding jam 4.15pm, 4.55pm baru flight take-off. Flight AA yang kami naik ni, memang Indonesia punya. Sabuk penyaman itu maksudnya seatbelt ye kawan-kawan.

Flight dah berada pada ketinggian yang sepatutnya, pramugari akan edarkan Custom Declaration card. Isi betul-betul. Baca elok-elok. Urusan jual-beli di dalam pesawat, boleh menggunakan IDR or RM. Pandangan saya, kalau ada duit IDR, better pakai duit IDR. Sebab orang sebelah saya dia beli tshirt polo AA, bayar RM49. Sedangkan dalam IDR150,000 je. Melainkan korang tak kesah. Haha!

Baru nak lelap. Pramugari kasi ni suruh isi

Then kami selamat sampai ke Bandar Udara Husein Sastranegara jam 6.05pm diiringi dengan hujan lebat. Sebab airport sini kecik je, jadi takdak aerobridge. Terpaksalah pakai tangga. Turun secara manual. Pramugari mengarahkan untuk keluar melalui pintu belakang saja. Saya pun tak tahu kenapa. Jadi, kami dibekalkan dengan payung sorang satu supaya tidak lenjun kebasahan masa dah sampai dekat hujung anak tangga. Staff AA siap bukakan lagi payung tu.

Selebat hujan yang turun, sama lebat denga hujan dlm hati

Waktu dekat kastam and imigresen, Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Semuanya sangat pantas. Selesai amik luggage, dari jauh saya dah nampak Rahmat, memegang kertas saiz A4 ada tulis nama saya beserta dengan no. flight AA kami. Selepas dah bertanya khabar apa semua, Rahmat terus mengambil beg kami. Memasukkan ke dalam kereta dan kami bergerak terus untuk makan malam sebelum check-in penginapan.


Salah eja nama aku tu

Plan asal kami, kalau flight tak delay, kami nak wisata kota -- jalan-jalan sekitar Bandung Central saja. Memandangkan cuaca pun tak berapa cerah, kami decide untuk terus pergi makan je. Rahmat cakap, sejak 2, 3 hari ni, hujan lebat waktu petang-petang macam ni. Jam 6pm pun, dah macam jam 8pm. Kalau ikutkan, lebih kurang je waktu dia dengan waktu Malaysia. Haha!

Rahmat bawa kami makan di Kedai Kandang. Apesal nama dia macam tu? sebab dekorasi dalam kedai tu siap berpagar. Memang macam dalam kandang la. Haha! Kreatif depa ni. Macam-macam idea haa! Malam tu, saya order ayam bakar madu. Satu set la sekali dengan nasi. Harga IDR27,500. Jus guava harga IDR15,000. Jus dia..pergh! Pekat gila. Takdak rasa molekul air sangat. Semuanya jambu yang diblender halus. Memang padat and pekat dengan rasa jambu dia.

View depan Kedai Kandang



Area ni yang macam dalam kandang. Aku rasa la



Aku senyum je ni. Kelaparan. Bape jam tak makan

Pekat gile jus guava dia

Comel naw ayam bakar madu dia

Ada busking. Tapi aku nak balik da


Mata dah rabak. Jam 8.30pm, kami check-in di Mine Home Hotel. Hotel dia biasa-biasa je. Tapi betul-betul depan stesen keretapi Bandung. Nak pergi ke Kartika Sari pun boleh jalan kaki je. Tapi so far tak pernah jalan kaki lagi ke sana. Semuanya Rahmat yang tolong drive ke sana. Haha! First day aktiviti kami di Bandung, ialah makan! Haha! Ape boleh buat, kita hanya merancang. Perancangan Tuhan lebih baik. Sambung esoknya punya cerita dekat lain entri. Adios!


Banyak jugak channel movie yg best! Lebih kurang
macam Astro kalau kat Malaysia

Susah nak adjust heater dia. Air pending sikit kalau kau nak
air panas. Haha


Nak ke Bandung dengan pekej yang berbaloi?

Boleh contact --
Rahmat Sugiarto (+6282121950335)
Email: rahmatsugiarto695@gmail.com

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment