Sambungan dari sini
Selepas kami sampai ke Shinjuku station dari
Kawasaki, plan seterusnya ialah nak ke Ikebukuro. Nak memburu anime pulak. Kami
ke sini sebab ada salah sorang kawan saya ni nak ke Pokemon Mega Center. Center
tu kira yang paling besar dekat Tokyo. And ada dekat Sunshine City. Masa tu jam
dah nak dekat pukul 1pm. Saya suggestkan dekat kawan-kawan, kita pergi solat
dulu and if nak lunch pun boleh. Tapi kami jenis malas nak cari tempat makan. Sebab
bila keluar dari station je, mesti salah exit and kat situ dah drag masa.
Samalah macam kes kami ni. Lagi pun, semua orang macam ketagih asyik nak makan
onigiri je. Haha! Jadi, makan onigiri ja pun lebih dari cukup. Sebab saya ada
bawak biskut and energy bar, lunch saya banyak sikit compare dengan depa. Hehe!
Hari tu, brader tu la layan kerenah kami. macam-macam kami tanya. Haha! Sumber |
Dekat Shinjuku ada Laox. Laox ni macam shopping
complex. Tapi tak besar mana pun la. Tahu la kan bangunan kat Jepun ni
tinggi-tinggi je semua. Dekat tingkat 6, ada kedai muslim-friendly. Dekat situ
ada ruang untuk solat. And dekat dengan toilet. Senang untuk korang amik
wudhu’. Untuk lelaki, ruang solat dekat tingkat 7. Jadi, kami berjalan kaki
sejauh satu station tu la nak ke Laox. Padahal kalau turun dekat
Shinjuku-sanchome (S02) tu jalan kaki sikit je. Haha!
Ruang solat muslimat di Laox Shinjuku, 6th floor |
Dekat Laox tingkat 6 tu, ada jual macam-macam
produk makanan yang confirm halal. Jangan tak tahu. Coklat Hello Kitty from
Malaysia pun ada and paling mahal harga dia. Haha! Masa tu, kami cuci mata je.
Tak berniat nak beli apa-apa sebab lepas ni nak Ikebukuro. Malas nak bawak
barang banyak. Lepas solat, kami segera bergerak ke Ikebukuro. Waktu ni la plan
dah lari. Sebab lepas Ikebukuro, kami plan nak ke Akihabara then baru check-in
rumah untuk trip dengan TAB pulak.
Dari Shinjuku-sanchome station, kami kena naik
Fukutoshin Line (F13) then turun di Ikebukuro station (F09). Dari station nak
ke Sunshine City pun jauh jugak berjalan. Itulah, orang takdak stamina, kerja
nak merungut je. Haha! Takpe, alah bias tegal biasa. Nanti lama-lama dah
terbiasa, ok je semua. Keluar dari station, korang akan nampak kedai Bic
Camera. Salah satu kedai Japan tax-free shop. Dengan syarat, tunjuk passport
korang masa nak bayar dekat cashier nanti.
Jalan ke depan lagi (ke arah kanan) |
Depa ni bukan ada jual kamera ja. Macam-macam
produk ada. Jam, keperluan rumah, ubat-ubatan, kosmetik, permainan dan
macam-macam lagi lah. Jadi, dari sini, start bukak Google Maps untuk cari di
mana Sunshine City. Hehe! Masa nak ke Sunshine City, ada laluan bawah tanah
dekat satu bangunan ni. Dekat sikit kot kalau compare dengan korang ikut jalan
atas.
Kalau nak beli kasut, kedai ni murah. Cawangan dia pun bersepah-sepah. |
Ada SEGA. Tak masuk, lalu je. |
Jalan ke kiri lagi. Nampak satu bangunan. Ada anak panah nak ke Sunshine City lalu bawah tanah. |
Sunshine City ni tak tahu nak describe macam
mana. Sebab belah bawah ada Jabatan Imigresen. Ada conference hall. Ada hotel
pun ye jugak kat situ. Masa kami masuk tu, rasa macam awkward sebab kami nampak
semua orang berblazer. Rasa macam selekeh pulak kami ni. Haha! “Kita salah masuk pintu kot?”. Nak
sedapkan hati. Pokemon Center, Namja Town, and J-World tu dekat tingkat belah
atas-atas. Kalau tak tahu, rajin-rajin la amik pamphlet, baca. Tapi ingat, once kau dah amik, kau tak boleh
buang dalam tong sampah apatah lagi buang merata. Simpan bawak balik. Buang
dekat rumah. Memang susah nak jumpa tong sampah dekat public. Dekat station ada
jugak. Tapi kadang-kadang dia tersembunyi. Haha!
Member sorang lapar, sorang lagi tak sabar nak pergi Pokemon Center. Kejar masa katanya. So, saya stay jap dengan kawan yang lapar. Yang tak lapar tu, boleh jalan dulu. Nanti boleh menyusul kemudian. Berehatlah sekejap kami berdua dekat bangku yang ada kat situ sambil makan onigiri and biskut tiger. Lepas makan, kami terus gerak ke tingkat atas. Jalan-jalan sekejap dekat Namja Town. Sebab ingatkan Pokemon ada dalam tu. Rupanya selang bape blok je tempat dia. Kawan dua orang tu sakan
borong dekat Pokemon Center. Saya? Stay satu tempat sebab kaki da penat. Dah
sampai limit. Sebab jap lagi nak ke Shinjuku station balik, nak amik beg.
Sedang saya belek-belek pamphlet sementara duduk tunggu kawan lagi dua orang tu beli souvenir dekat Pokemon Center, saya ternampak gambar One Piece. One Piece ada dekat J-World. Terus saya naik ke atas balik untuk tengok kalau-kalau ada. Tapi dia campur-campur dengan anime lain. Macam SlamDunk, Dragon Ball, and lain-lain la. Kiranya bukan spesifik untuk One Piece saja la. Yang betul-betul One Piece tu ada dekat Tokyo Tower.
Nak balik ke Shinjuku station, kami naik JR
Yamanote Line dari Ikebukuro station sebab malas nak transfer train. Bila dah
sampai tu… Jeng! Jeng! Jeng! Kat sinilah kesabaran kami semua teruji. Seperti
yang korang sedia maklum, Shinjuku station salah satu station yang agak besar
jugak la. Macam-macam line ada dalam ni. And station ni boleh dikatakan bawah
tanah jugak. Sebab setiap exit dia tu akan menghubungkan korang dengan
mana-mana kedai. Exit dia memang banyak.
Da dapat barang yang dia nak, laju je jalan ke depan. Haha! |
Lets join the crowd. Hehe! |
Penat kami berjalan keluar masuk station. Tak
jugak jumpa lokasi kat mana kami simpan beg kami. Bila tengok peta dia,
Masya-Allah. Kene berjalan dari hujung sini, sampailah hujung sana. Mujur ada
sorang warga Jepun kat situ. Kebetulan dia tengah duduk dekat dengan map board
tu. Satu je yang saya observe kawan saya ni, bila dia nampak signboard ke arah
line sekian-sekian, dia terus pergi ke arah tu. Depa tak go through details.
Main jalan je. Rasa nak menangis. Lol!
Muka masing-masing memang dah penat. Nak senyum
pun tak boleh da. Lepas dah jumpa kiosk perkhidmatan simpan luggage, kami terus
bagi kupon serahan. Almost sejam kami sesat dalam Shinjuku station tu. Mujur
kami gerak awal dari Ikebukuro and mujur jugaklah kami cancel nak ke Akihabara.
Sebab Krew TAB plan nak pick-up kami dekat Iriya station jam 6pm.
Dari sini,
kami naik Marunouchi Line (M08) then turun dekat Kasumigaseki station (M15)
untuk transfer ke Hibiya Line (H06) dan terus ke Iriya station (H18). Kawan dua
orang tu lapar. Depa cakap nak cari Family Mart, nak beli onigiri. Asyik makan
makanan yang sama je. Tak boring ke? Tak! Sebab kat Malaysia tak ada rasa
onigiri yang sedap macam kat sini. Haha! Sebelum trip Jepun ni saya try 2, 3
jenis onigiri dekat Jusco AU2 tu. Tak sama langsung rasa dia yang dekat Jepun
ni.
Ni la Mady. Jumpa kat KLIA. Naik ANA jugak |
Jam masa tu dah 6.15pm. Takdak bayang krew pun
yang datang menjemput kami. Useless betul rasa dia. Dengan wifi takdak. Sebab
kawan bawak portal wifi tu masa nak cari jalan ke Family Mart. Sebab kat luar
sejuk, saya tunggu kat dalam station bersama beg-beg depa. Sedang duduk
menunggu, saya terjumpa Mady. Mady ni solo traveler yang saya jumpa kat airport
masa nak ke Tokyo hari tu. Dia baru balik berjalan-jalan di Asakusa.
Ini Yus. Dari Haneda nak pickup kami dekat Iriya station? Baik jalan kaki sendiri pergi penginapan. Haha! |
Leka berborak dengan Mady, tak sedar kawan dua
orang dah siap balik dari beli onigiri. Krew pun tak nampak bayang. Rasa nak
terlelap da. Since Mady dah tahu rumah kat mana, kami decide follow dia je nak
balik rumah. Tak payah tunggu krew. Kaki dah over-limit. Tapi kena gagahkan
jugak. Sebab rumah tu perhentian terakhir kami untuk hari ini walaupun terpaksa
berjalan dalam lebih kurang 600m lagi. Masa berjalan tu, saya try distract
pemikiran saya dari asyik memikirkan kesakitan ni.
Sampai di rumah, kami dapat rumah belah bawah.
Alhamdulillah, tak perlu usung beg nak naik tangga. Dalam rumah tu ada
penunggu. Haha! Takdaklah. Ada sorang ni, solo traveler jugak. Dia dah sampai
rumah dulu. Dia pun bertolak ke Tokyo 2 hari awal. Tapi sebab dia naik AirAsia,
so turun kat Haneda. Makanya, tiadalah pertembungan antara kami dengan dia. Ni
first time la jumpa dia. Nama Izzah. Umur 25 tahun sewaktu entri ni ditulis.
Pegawai Farmasi dekat Hospital Putrajaya.
Penginapan kami dengan geng TAB. Tu katil saya! |
Mengikut perancangan, kami sebilik 5 orang. Ada
lagi dua orang belum sampai sebab dia akan sampai tengah malam nanti. Sebab ada
kesilapan teknikal and masalah yang tak boleh elak, dia join sebilik dengan
kami jugak. So, dalam bilik kami ada 6 orang. Sempit? Entah! Cuma ruang terhad
je la kot. Da la beg masing-masing besaq gedabaq. Haha! Saya tak kisah. Asalkan
ada tempat tidur, ok dah. Untuk hari ni je, saya dah berjalan lebih kurang 21k
langkah. Bersamaan kira-kira 8.5 miles. Tepuk tangan sikit!
Gembira hati bila dapat bermalas-malasan atas
katil sekejap. Dalam bilik tu, ada dua katil and tiga tilam. Satu katil kawan
saya berdua tu amik. And lagi satu katil saya sorang conquer. Sebab saya tahu
takdak sapa pun nak share katil dengan saya. Haha! Izzah dah cop awal-awal nak
tilam single. Oklah. Dia nak privacy sebab lagi dua orang yang belum sampai tu,
adik beradik. So, kami bagi tilam double untuk depa. Malam tu, Izzah ajak jalan
p Tokyo Tower. Ikutkan hati nak pergi. Tapi fizikal dengan otak cakap jangan.
Sebab already too exhausted.
Badan masa tu dah menggigil kesejukkan da. Time
ni, belum pandai lagi guna aircond yang boleh jugak jadik heater tu. kat
Malaysia, aircond digunakan untuk menyejukkan ruang. Tapi kat sini bila suhu
dah drop, gunalah aircond untuk memanaskan ruang. Tinggikan je la suhu dia.
Memang masing-masing tak terfikir pun. Dah penat sangat! Same case masa kat
rumah first day. Masing-masing selubung. Padahal kalau on je aircond tu and
tinggikan suhu, lena berdengkoq da tidoq malam tu aih.
Esok,
bermulalah hari pertama kami dengan trip TAB.
No comments:
Post a Comment