19 June 2011

Cinta - Hadiah dari Allah

0 comments
Salam semua.

Pagi yang mulia lagi indah ni, aku nak taip satu entri ringkas saje.

Cinta. Cinta umpama hadiah dari Allah. Kita gembira dan suka bila seseorang bagi hadiah kat kita. Tapi, wajarkah hadiah lebih dicintai dari Pemberi hadiah? Jawabnya, tepuk dada, tanyalah iman di dalam jiwa kita. Tentulah pemberi hadiah kan.


Tapi, apa yang berlaku kebanyakannya lebih dari itu. Pujaan, sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta itu dalam nyanyian dan filem di seantero dunia ini sampai ke tahap yang boleh 'mempertuhankan' cinta. Seolah-olah cinta itulah segala-galanya. Padahal, selalu cinta yang macam tu sirna setelah diuji di alam rumah tangga.

Sementara belum dapat lagi, dipuji dan dipuja. Tapi bila dah dapat, segala kemanisannya hilang. Apa yang tak kene sebenarnya dengan cinta ini?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

14 June 2011

Fakta : Kanser Tiroid

6 comments
Salam semua.

Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid. Kat bawah ni aku dah senaraikan serba sedikit info-info yang berkaitan dengan rawatan kanser tiroid. Jemput-jemputlah baca.. Dapat tambah ilmu pengetahuan sikit :)

1. Apakah rawatan yang sesuai untuk kanser tiroid?

Tumor kanser tiroid boleh dikeluarkan sepenuhnya melalui pembedahan dan rawatan seterusnya ialah menjalani terapi lanjutan. Selepas pembedahan tiroid, rawatan dengan radioaktif idon akan diberi dan diikuit dengan pengambilan tablet hormon tiroid (T4) sepanjang hayat untuk mengelakkan simptom hipotiroidisma.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

11 June 2011

Cita-cita semurni cinta

0 comments
Salam semua.

Dalam cinta ada cita-cita dan dalam cita-cita juga ada cinta. Tapi aku dan korang-korang yang masih bergelar status pelajar, sukalah aku nak ingatkan.. Sebagai nasihat untuk diri aku jugak la.. Dahulukanlah cita-cita. Justeru ia lebih konkrit, realistik dan diberi keutamaan berdasarkan realiti dan diri semasa kita. Ok! Kita mungkin kehilangan cinta dalam memburu cita-cita. 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 June 2011

Mesti ada skill!!

0 comments

Nak guna tandas pun kene ada kemahiran, you know. Kemahiran apa? Aku tak pasti. Yang penting korang kena pandai-pandai. Teringat aku pada satu persoalan yang pernah diutarakan oleh lecturer aku masa dia tengah mengajar dalam kelas dulu.

"Kalau you all guna tandas, you all akan bersihkan tandas tu selepas guna or sebelum guna?"

Kebanyakan suara-suara yang aku dengar.. Dorang jawab lepas guna. Ada jugak sebahagian suara-suara sumbang yang jawab dua-dua. Ok la tu. Bagus la. Menjaga kebersihan dengan mencuci tandas jap sambil lepas hajat.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Mood berbloging sudah berkurang

0 comments
Salam semua.

Dah lama tak update blog. Apa boleh buat. Keadaan memaksa. Cet! Alasan! Semakin hari semakin bizi la. Keluar rumah pagi-pagi buta. Balik rumah tak dek la sampai tengah malam buta. Yang tu tipu la sangat. Sila jangan percaya.

Masuk bulan ni, aku dan kawan-kawan yang lain sudah berada di pertengahan tempoh praktikal. Laporan tak susun lagi. Isi laporan semua tunggang langgang.. Berterabor, ayam berak kapor.. Oh! Sila lah jangan malas. Kang lecturer datang satu apa pun tak siap lagi.

Penyelia pulak dah tak dek. Sudah naik pangkat. Ketua jabatan pulak sebok suruh pegawai-pegawai yang lain jadik penyelia. Katanya.. Mereka pun ada pengalaman yang banyak. Ok, fine! Memang tak boleh buat apa. Mood pasrah je la. Yang penting laporan kene siap by hook or by bakhtiar buy one free one! Haha

p/s :
Entri bosan. Aku sendiri bosan. Lepas habis praktikal baru berbloging balik. Adios!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

05 June 2011

Selamatkan daku dari topengku

0 comments

Tentang diri aku, dengarlah apa yang tidak aku katakan!

Wahai manusia! Jangan korang terpedaya dengan topeng yang aku pakai. Aku ada seribu topeng yang aku pakai berganti-ganti. Tapi tiada tiap satu pun yang serupa dengan wajah aku yang sebenarnya. Dengarlah! Berpura-puralah itu merupakan seni yang telah sebati dengan diri aku, tapi jangan kamu terpedaya.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

04 June 2011

Fahamilah hati dan perasaannya

0 comments

Di dunia ini, kita tidak mempunyai sesiapa melainkan diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai keikhlasan dan kejujuran. Begitu juga dia. Tetapi kita tidak sedar akan hal itu. Kita hanya mengambil berat akan diri sendiri tanpa menghiraukan hati dan perasaannya. 

Kita rasa dikhianati apabila dia mungkir janji. Kita tidak bagi dia peluang untuk dia menjelaskan halnya yang sebenar. Bagi kita, itu cuma alasannya bagi menutup kesalahan dan membela diri. Kita terlupa bahawa kita juga pernah buat dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita berikan beribu alasan dan memaksa dia menerima alasan kita. Tidak terfikirkah kita bagaimana perasaannya?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)