29 May 2011

Sayang atau cinta?

6 comments
Salam semua.

Dalam entri lepas, kita da tengok da.. Apa perbezaan antara cinta dengan suka? Sebenarnya, perkataan suka, cinta dan sayang itu membawa maksud yang berbeza. Tengok tajuk entri pun dah tahu, kali ni kita tengok pulak apakah itu sayang dan apakah juga itu cinta.

Cinta - Perasaan yang terlalu dalam. Ia terdiri dari pelbagai jenis dan mempunyai banyak ragamnya. Cinta adakalanya dianggap sama dengan kasih sayang. Kasih sayang dan cinta itu sendiri ada bezanya. Kasih sayang itu lebih ringkas dan mudah, tapi cinta pula lebih kompleks dan sukar untuk diperoleh.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

27 May 2011

Apa kejadahnya semua ini?!

4 comments
Tadi aku saje je la menggatal gi google word 'i love islam'. Bukan menggatal apa pun sebenarnya, aku nak carik wallpaper i luv islam. Tapi ada tersalah taip sikit word 'love' tu. Banyak bezanya word 'love' dengan 'luv' ni ye!. Lepas tu, keluar pulak page ni haa..



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

26 May 2011

Warnakan hidup anda

6 comments
Salam semua.

Tahukah korang? Proses untuk memulihkan emosi mengambil masa yang lama, terutamanya bagi korang-korang yang putus cinta. Problem ni tak boleh terus menerus bermaharajalela dalam kepala otak.. Wajib! Chewah.. Wajib diselesaikan dengan segera. 

Jangan biar ia kawal diri kita sehingga mengganggu perjalanan hidup kita. Hidup perlu diteruskan dan ceria serta dipenuhi dengan kegembiraan yang berpanjangan seumpama cerianya warna-warna yang ada dalam dunia ni.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Rehlah Minda

0 comments
Salam kepada pembaca semua.

**********
Dusta dalam Bercinta


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

25 May 2011

Sunshine Smile Contest

1 comments

SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Hidup kerana cinta

0 comments
Salam semua.

Hidupku untuk cinta. Ok! Tipu je. Masyur sekali kata-kata yang dianggap keramat tu. Padahal hidup adalah untuk ibadah.. Mengabdikan diri kepada Dia. Boleh ke cinta manusia dijadikan tujuan hidup? Ada sape-sape boleh jawab tak? Apa yang aku tahu, cinta memang diperlukan dalam kehidupan tapi bukan sebagai tujuan hidup. Ia hanya keperluan saja maa. Sebaik-baiknya, gunakan keperluan untuk mencapai tujuan.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Semoga dia tenang di sana

4 comments
Salam semua.

Hari ni genap dua tahun arwah Nublan Zaki Norhadi pergi meninggalkan orang-orang yang tersayang. Tak pasti sebenarnya 24 Mei atau 25 Mei 2009. Sebab aku dapat berita kematian dia 25 Mei 2009, waktu Malaysia. Waktu tu, aku tengah ada program ‘Perkampungan Pesta Konvo 37’. Program ni dibuat masa cuti semester. So, tak dapat follow up sangat berita pasal pemergian arwah ni. 

first blog arwah. create masa bestday kekasih dia

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

24 May 2011

Rahsia lelaki

0 comments
Salam semua.

Entri kali ni aku nak berkongsi pasal rahsia lelaki. Kenapa pulak nak share pasal rahsia lelaki? Jawabnya, sebab bukan rahsia perempuan. Haha. Ok!

Pengetahuan berkaitan dengan cara dan gaya bercinta adalah faktor kejayaan bagi sesiapa yang memilikinya. Yeke? Betul la kan, siapa yang berusaha pasti berjaya? Selepas mengetahui sebahagian dari sifat lelaki, gunakanlah kebijaksanaan untuk menawan hatinya ye!

Perlu diingatkan, ini sekadar maklumat sahaja atau mungkin juga boleh dijadikan sedikit panduan. Tapi jangan percaya 100% ok! Kang kot-kot kalau tak berkesan ada orang bunuh diri sebab putus cinta pulak. Kalau nak percaya sikit-sikit tak pe lagi. Huhu.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

10 produk funky yang menarik

0 comments
Nama pun negara maju, produk-produk yang dorang cipta pun terlebih maju. Adakalanya pelik.. Kadang-kadang unik. Tapi apa-apa pun, produk tu tetap nampak cool dan menarik.

satu jari dapat satu lubang masing-masing


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

23 May 2011

Tengok perempuan macam nak telan je

4 comments
Salam semua.

Semenjak dua menjak ni aku, Sai dengan Rindi asyik tertinggal bas je. Tapi pagi tadi nasib baik sempat tahan bas tu sebelum dia buat derk je nak tinggalkan kitorang dengan selamba. Banyak je bas sebenarnya. Boleh je tunggu bas yang lain sebenarnya. Tapi rasa macam tak boleh terima la kalau kene tinggal bas ni. Haha. Ada plak macam tu kan?

Masa dalam bas tadi, kitorang memang tak dapat seat. Mungkin ada bas yang delay kot. Tu yang ramai orang. Sebab selalu pagi-pagi manada orang nak keluar rumah sangat. Tapi hari ni dah penuh dah. Sampai kat satu hentian ni, naiklah seorang lelaki. Sekali pandang tengok macam biasa je. macam lelaki normal yang lain. Eh? Lelaki yang tak normal macam mana hah?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Stylo mylo rambut yang pelik

4 comments
Aku nak share something. Cube korang tengok gambar-gambar kat bawah ni.. Betul ke atau dia edit guna photoshop? Ce tengok.. Ce tengok..
 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Sauce dan source itu tidak sama

2 comments
Prosperity Burger

Sape yang tak suka? Aku suka giler dengan beger McD yang satu ni. Sos lada hitam dia sedap, pedas, hot and spicy. Tipu! Haha. Lagi-lagi bila makan masa daging dia tengah-tengah panas. Campur pulak dengan sos lada hitam dia. Rasakan!

Tapi aku tak pasti pulak yang satu ni. Sumber kepuasan atau dalam englishnya yang tertulis kat kotak beger dia ni, Sauce of Satisfaction. Konpius jap.. Source ke Saurce?

Ok! Mungkin telah berlaku kesilapan. Tapi takkan la tak dek sorang pon dari kalangan warga-warga McD ni yang perasan akan kesalahan ejaan tersebut? Haha. 
 
Sudah lah! Tak dek kene mengena pun antara yang masih hidup atau pun yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

Adios! :p


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

22 May 2011

Sudah bertukar

2 comments
Masa aku tengah bizi-bizi menjejak kembali followers yang dah tinggalkan link dorang, tiba-tiba aku jadik terkesima, terpempam, terkaku, bibir membeku lidah terkelu. Ok! Yang tu tipu! Terkejut jap. Sebab aku jumpa blog yang sama tajuk dengan blog aku..



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Checklist Mr. Right!

4 comments
Salam semua.

Nak cari incik abang yang tepat dan menepati citarasa bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi jangan sampai incik abang yang sudah ada di depan mata hilang macam tu je sebab standard yang diletakkan terlalu tinggi. Biasa-biasa je dah la.. Sederhana.. Bak kata orang, zuhud. Hehe. Tapi kalau nak tetapkan jugak, janganlah sampai keterlaluan ye! Cukup sekadar seperti contoh-contoh kat bawah ni.

**********

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

21 May 2011

5 keajaiban cinta

6 comments
Salam semua.

Apa itu cinta? Best ke cinta? Ke cinta itu buta? Atau pun cinta itu sengsara? Cinta itu satu anugerah. Jadi, cinta itu sebenarnya bahagia. Nak tahu apa itu keajaiban cinta? Jemput bace ye kawan-kawan semua :)

**********


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

20 May 2011

Antara cinta dengan suka

9 comments
Salam kepada korang-korang semua :)

Kebanyakan orang bila ditanya persoalan tentang perasaan yang terbit dalam hati terhadap pakwe makwe masing-masing mesti terkedu, tak tahu nak jawab apa. Tak pasti jawapan mana yang paling tepat. Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada jugak rasa suka.  Aku juga tak terlepas dengan soalan cepu mas tu yang selalu ditanya oleh Sai :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

19 May 2011

Bersyukurlah masih hidup

0 comments
Salam semua.

Entri kali ni aku nak share satu artikel. Sumber asal dia aku tak tahu dari mana. Nak jugak carik. Kot-kot korang cop aku plagiat ke. Tapi memang tak dek. Kalau ada antara korang yang pernah terbaca entri pasal ni ke, atau entri ni sendiri korang pernah taip, aku mintak halal la nak share ye! :)

**********



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

18 May 2011

Masa memang mencemburui kita

2 comments
Salam semua.

Rasa macam dah lama je tinggalkan UKM bumi bertuah, tempat aku dan kawan-kawan selama tiga tahun tu. Tu lah tempat mencari ilmu dan pengalaman dalam proses mendewasakan diri, mematangkan diri dan lain-lain la. Kalau tak matang-matang tu, ada something wrong la kot. Padahal baru 2 minggu lebih berpisah dengan kawan-kawan.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

17 May 2011

Selamat tinggal korang

6 comments
Salam semua.

Tamatlah sudah riwayat hidup dorang dalam rumah ni. Sape dorang? Dorang adalah Mamat, Minah dengan anak-anak dorang. Yang anak-anak hamster tu pun sekarang dah tinggal 3 ekor. Apesal? Sejarah hidup anak dorang ada kat sini. Lagi sekor dah mati. Sebab ape? Sebab kene makan dengan adik-beradik dia yang lagi 2 ekor tu. Tapi heran.. Yang lagi sekor tu macam pasif sikit. Tak macam yang lagi 2 ekor tu, kanibal! Dasar binatang! Huh!

masa umur dorang seminggu lebih kot
Pagi tadi, sebelum pergi keja, aku sempat setelkan bangkai anak hamster tu. Tapi kurang proper sikit. Aku tak sempat nak menggali lubang. Lagi pulak takkan la nak mencangkul pagi-pagi buta tu. Kang ada orang nampak dia cakap pencurik ke, penceroboh ke, penyamun ke. Kang parah nanti.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Indahnya malam pertama

2 comments
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.

Untuk merenungkan indahnya malam pertama.. Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata. Bukan juga malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa. Justeru, malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut. Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara.

Hari itu, mempelai sangat dimanjakan. Mandi pun, harus dimandikan. Seluruh badan kita terbuka. Tak ada sehelai benang pun yang menutupinya. Tak ada sedikit pun rasa malu. Seluruh badan digosok dan dibersihkan. Kotoran dari lubang hidung dan juga anus dikeluarkan. Bahkan lubang-lubang itu pun ditutupi dengan kapas putih. Itulah susuk kita.. Itulah jasad kita waktu itu.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

16 May 2011

Ayat romantik dalam bahasa Jepun

4 comments
Salam semua.

Ramai dikalangan korang-korang semua suka drama atau movie atau yang sewaktu dengannya.. Yang romantik-romantik lagi-lagi Korea dengan Jepun. Entri kali ni aku nak share sikit pasal beberapa ayat romantik dalam bahasa Jepun. Dalam bahasa Korea aku tak dek. Hehe. Lepas ni korang boleh lah prektis untuk orang-orang yang korang sayang, suka, cinta, dan yang ada sama erti dengannya. Hehe.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

14 May 2011

Warkah Akasyah Contest : Guruku Penyumbang Ilmu

6 comments
Salam semua.

Hari ni aku rasa terlebih rajin pulak. Ni contest yang kedua aku join.. Untuk hari ini saja. Hehe. Bukan apa.. Saja je nak isi masa lapang.

Hari guru pun dah nak tiba. Macam yang korang tahu, tengok tajuk pon korang dah boleh tahu yang contest ni adalah untuk kita menghargai guru, cikgu atau sewaktu dengannya.. Yang pernah mendidik kita sehingga kita berjaya ke menara gading :)

nak join, klik saja lah :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Contest : A friend to cherish

4 comments
Salam semua.

Aku saja je join satu contest nih. Baca tajuk entri pon korang dah tahu kan. Rasa-rasa nak join jugak, silalah bertindak dengan segera. Maklumat lanjut, klik je link ni..

**********


+ NURSAIDATUL SYAFADILLAH KAMARUZAMAN & NURUL NADIAH RAFI'E +

Istimewa untukmu insan bernama SAHABAT

Sahabat
Masihkah kau ingat saat-saat pertemuan kita?
 Melihat akan dirimu pada ketika itu
Diri ini bagaikan ditarik-tarik untuk mengenalimu
Walaupun pada ketika itu kita tidak pernah bertemu
Benarlah kata orang hadirnya pertemuan itu tanpa diundang

Sahabat
Jodoh pertemuan kita masih utuh
Sehingga kini kita masih bersama
Suka duka tangis tawa sedih gembira kita dah rasa
Semoga persahabatan ini kekal selamanya
Di bawah naungan, lindungan dan Rahmat Yang Esa

Terima kasih sahabat

**********

klik la kalo nak join :)
Blogger yang telah di tag ialah.. Jeng jeng jeng!


p/s :
saya sayang semua kawan-kawan saya :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Hari ini dalam sejarah

2 comments
Salam semua.

Masa aku balik dari masjid time solat zohor tadi, aku dengan kawan-kawan aku yang lain ternampak ada sorang pakcik ni. Kitorang jalan kat belakang dia. So, memang nampak macam seorang lelaki normal la kan. Maksud normal di sini ialah dari segi kewarasan akal fikirannya.

Masa ada pakcik lagi sorang lalu, iaitu pakcik rapid.. Cane aku tahu? Aku tengok uniform yang dia pakai la. Semua orang tahu uniform pekerja bas-bas rapid cane. Ok, sambung balik, masa pakcik rapid tu lalu sebelah pakcik ni, dia elok je tanya "Jam pukul berapa sekarang?" sambil tunjuk kat pergelangan tangan dia. Mula-mula aku pelik, kenapa pakcik rapid tu wat derk je dengan dia.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

12 May 2011

Bit! Masuk, Bit! Keluar

2 comments
Salam semua.

Seperti yang korang semua sedia maklum, tambang bas Rapid sekarang ni bayar guna kad saje. Kad ape? Aku rasa kad Touch n Go kot. Tapi bas Rapid sendiri ada menyediakan kad tersebut. Tak silap aku nama dia kad Rabbit. Kalau aku salah, maaf la ye!



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

11 May 2011

Dia yang malu sendiri

2 comments
Salam.

Macam biasa, hari-hari balik kije naik bas Rapid. Sumpah dah tak nak naik bas Metro dah. Even bas tu sampai dulu dari bas Rapid pun, aku tak nak naik jugak. Dari nak cepat terus jadik lambat. Bas Rapid pulak, even datang lambat dari bas Metro pon, still cepat jugak. Nama pun rapid kan.. Haha.

Masa kat traffic light tadi, ada sorang brader nih kenyit-kenyit mata plak. Sakit mata ke apa nih? Aku suka duduk tepi tingkap. Kalau rasa bosan-bosan, boleh jugak dok menjengah kat luar tingkap tu. Brader nih naik kete pesona kaler dark purple. Mula-mula aku tak perasan dia kenyit mata. Lepas tu bila dah nampak dia kenyit banyak-banyak kali baru aku gerakkan anak mata aku.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

09 May 2011

Hari emak ialah hari-hari

2 comments
Salam semua.

Seperti yang korang sedia maklum, hari ni hari Ahad, adalah hari ibu. Sebenarnya aku konpius gak. Hari ibu nih bila? Semalam ke hari ni? Tapi bagi aku, hari ibu adalah hari-hari. Bukan pusat pakaian hari-hari tu ye!

Setiap orang ada cara masing-masing yang tersendiri macam mana nak celebrate hari ibu ni. Kalau yang duduk sebumbung dengan mak dia, mungkin boleh keluar makan satu family, dok dapor masak sama-sama dengan mak, atau pun tak payah suruh mak masak hari ni, bagi hadiah, belanja mak dan macam-macam lagi lah.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

08 May 2011

Beruang, singa dan babi

0 comments
Salam semua.

Suatu hari, entah macam mana.. Beruang, singa dan babi tengah borak-borak. Macam mana dorang boleh berjumpa pun aku tak tahu. Masing-masing bangga menceritakan kekuatan yang sedia ada.

beruang nerd?

Beruang : Sekali je aku mengaum.. Seluruh hutan menggigil

bajet muke serius

Singa : Hek eleh.. Sekali aku mengaum.. Seluruh belantara ketakutan.

alamak..abes cemar blog aku

Babi : Wala weh.. Sekali aku batuk.. satu dunia panik!

p/s :
Bagi korang pulak, sape yang paling hebat? Haha.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Rekaan perkakas meja yang kreatif dan luar biasa

0 comments
Salam semua.

Aku nak kongsi sebahagian dari koleksi perkakas meja yang kreatif dan amat luar biasa la bagi aku.. Kat seluruh dunia. Check it out! :)

rekaan cawan tiga tingkat


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Ayahku JPJ #2

4 comments
Salam semua.

Pagi-pagi pukul 8 am tadi aku test driving dengan incik ayah. Dah 2 bulan kot aku tak sentuh kereta lepas da dapat lesen P ritu. Masa kecik-kecik dulu aku ingat L tu samada Lelaki.. Itu kebetulan kalau aku nampak lelaki yang drive. Kalau P pulak untuk Perempuan.. Memang kebetulan Perempuan pulak yang drive. Kalau aku nampak plak sticker P tapi laki yang drive, aku assume je yang dia tu Professional. Kalau nampak pompuan yang drive dengan sticker L, maksudnya dia baru belajar.. Lembab. Punyalah naif masa kecik-kecik dulu. Hampeh!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

07 May 2011

Bila bertemu dengan bos..

2 comments
Salam kepada pembaca semua.

Hari ni hari Jumaat, hari yang mulia.. Penghulu bagi segala hari. Hari ni barulah aku dapat bertemu dengan penyelia aku kat JPN-HKL ni, juga selaku ketua jabatan. Senang citer panggil bos la. Bos ni baru naik pangkat. So, dia kena keja kat dua tempat. Terpaksa la bai! Hari Isnin dan Jumaat saja dia ada kat JPN ni. Hari Selasa, Rabu dan Khamis dia hilang. Bukan hilang apa.. Dia ada kat Putrajaya.

Bos ni happy-go-lucky orang nya. Friendly, suka buat lawak, suka usik staf-staf kat JPN ni. Memang betul la kata staf-staf kat situ.. Kalau bos tak dek, sunyi je la. Memang hari ni asik gelak je. Haha. Tapi bila jumpa bos, rasa stress pulak memikirkan projek yang dia bagi. Bukan apa, kitorang nak praktikal, tak nak keje-keje yang memerlukan research macam tu. Cukup lah masa buat tesis dulu. Tak sanggup dah.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

06 May 2011

Meninjau pesakit di wad radioiodin

2 comments
Salam semua.

Hari ni semuanya berjalan lancar. Pagi-pagi macam biasa, kene wat daily QC untuk uniformity gamma camera and kene tune balik PMT supaya tak dek masalah masa scan pesakit nanti. Hari ni giliran Wan, salah sorang budak kos yang sama tempat praktikal jugak buat QC ni.

Petang pulak, dalam pukul 3 pm.. Kitorang follow abang Sukrie dan kak Diyana gi survey patient kat wad radioiodin. Radioisotop jenis nih sangat bahaya. Mudah meruap. Task ni, Ain yang budak dengan abang Sukrie. Kebetulan minggu ni turn abang Sukrie. Da alang-alang, follow je la. Dapat jugak belajar benda baru. Nak survey ni just guna survey meter saja atau meter tinjau dalam bahasa Melayu nya. Huhu.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

05 May 2011

Pagi yang gelap, petang yang cerah

2 comments
Salam semua.

Pagi tadi aku start keja dengan cuaca yang buruk. Bukan buruk apa pun.. Hujan lebat yang teramat. Memang selebat-lebatnya la. Tak dek tanda-tanda yang hujan tu nak berhenti dalam masa yang terdekat tu. Pagi tadi pun aku gi keja incik ayah yang tolong hantarkan sampai HKL. Mulanya nak hantar sampai depan bus stop je. Last-last hantar sampai HKL da alang-alang.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

04 May 2011

Hari pertama di HKL

2 comments
Salam kepada pembaca semua.

Hari ni, bersamaan dengan 3 Mei 2011.. Aku dah start buat praktikal kat HKL. Semalam aku dah jalan-jalan gi sana nak buat survey. Alhamdulillah, hari ni tak sesat. Sebab dah tahu kat mana tempat dia. Huhu.

Dengan diiringi sekali hujan lebat pada mulanya, kemudian renyai-renyai.. Dengan jalan jem nya.. Biasa lah, Kuala Lumpur. Bangun pukul 5 am, keluar rumah pukul 6.15 am, naik bas rapid.. Rapid lagi.. Pukul 6.20 am and sampai HKL pukul 7 am. Daftar masuk praktikal pukul 8 am. Ada lagi sejam. Tak tahu nak buat apa. Jalan-jalan saja lah.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

03 May 2011

Jalan-jalan | Tips Sebelum Menjalani Latihan Industri - HKL

2 comments
Salam semua.

Tengah hari tadi cuaca panas gila. Memang terasa bahang nya kat kulit. Macam kene siat-siat lepas tu direbus. Ok! Yang tu tipu saje. Tapi betul la.. Memang panas. Sekarang ni pulak awan bertukar menjadi gelap. Guruh berdentum-dentum. Budak-budak anak jiran sebelah ni memang tak reti nak balik agaknya. Atau mak ayah dorang tak dek kat rumah.

Tepat pukul 2 pm, aku dengan kawan aku, Rindi keluar rumah menuju ke bus stop. Rindi ni student international. Dia stay kat rumah aku sepanjang buat praktikal kat HKL selama 3 bulan ni. Esok kitorang da start praktikal.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

01 May 2011

Aku, mereka dan teksi hijau

2 comments
Salam semua.

Hari tu aku dengan kawan-kawan aku gie warta. Kat mana eh warta ni? Dekat dengan kompleks PKNS kot. Kitorang gie naik teksi sebab memang tak dek bas nak ke sana. Bas mini mungkin ada.. Tapi malas nak berjalan sampai ke main gate sane. Haha

Kitorang tunggu teksi kat bus stop depan kolej. Kebetulan pulak teksi hijau lalu. Aku suruh Ain tahan teksi tu. Teksi tu pun berhenti. Kalau ada penumpang dalam teksi tu, dia tak berhenti. Kadang-kadang dia hon je.

kalau teksi mcm ni mmg tambang mahal la. tapi ada ke kat mesia ni?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

Lemas di lautan manusia

0 comments
Salam semua.

Siang tadi aku gi pesta buku. Kat mana? Macam yang korang tahu, kat PWTC lah. Hehe. Letih memang letih. Tak payah cakap la. Lagi pulak da nak last-last day ni. Memang ramai orang. Gi mana-mana pun ramai orang. Budak-budak sekolah tak payah cakap. Aku rasa dari seluruh pelosok negeri kot buat rombongan sekolah gi ke pesta buku ni.

22 April - 2 Mei 2011

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)