02 February 2016

Trip Negeri Sembilan - Melaka | One Day Trip’s Total Damage

3 comments
Salam.

Ok. Ni entri update pasal perbelanjaan for one day trip merentas dua negeri; Negeri Sembilan - Melaka. Saya pergi belah-belah Port Dickson and Tanjung Tuan je. Hehe! Kat sini saya totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)

RINGKASAN PERJALANAN

Ini trip berdua saya dengan kawan saya. Kami sama profesion kerjaya tapi tempat kerja lain-lain. Tapi kalau ada workshop ka, seminar ka, coursework ka, dapatlah kami bertemu. Hehe! Trip ni sehari je. Dari matahari belum terbit -- ok! Tipu, sampailah matahari dah terbenam, baru kami sampai ke rumah. Kahkahkah! Tapi kami tak kejar sunset di pantai. Kalau kami stay sampai sunset, dia dah tak jadi one day trip da. Hehe!

Partner-in-crime!

APA YANG MENARIK DI PORT DICKSON?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

01 February 2016

Trip Negeri Sembilan - Melaka | Port Dickson - Tanjung Tuan

2 comments

Salam.

Alhamdulillah. Entri pertama untuk tahun 2016. Haha! Saya akan cuba sedaya upaya gagahkan diri untuk update semua trip yang da pernah saya pergi. Serius rasa hambar bila tengok blog sendiri. Kahkahkah! Padahal minggu kedua Januari hari tu pergi Trip Langkawi, tapi belum update lagi. Ok, sebelum tu, Selamat Hari Wilayah dan selamat bercuti kepada siapa-siapa yang bekerja di wilayah tak kira sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Eh! Wilayah Iskandar dikira sebagai wilayah and cuti jugak ke?

Sabtu hari tu, saya buat one day trip merentas dua negeri, Negeri Sembilan and Melaka. Before this saya pernah buat da trip merentas dua negeri ni. Tapi Melaka and Negeri Sembilan. Apa beza? Macam takdak beza je. Haha! Ada beza dia. Iaitu starting point dia. Lalalala~ Yang sebelum ni saya start dari Melaka then ke Negeri Sembilan. Kali ni saya start dari Negeri Sembilan then Melaka. Kita main belah-belah state border je. Boleh baca kat sini Trip Melaka - Negeri Sembilan satu dan dua. Haha!

Partner in crime saya as usual, sama profesion tapi tempat kerja berlainan. Yang ni, dia kerja kat Putrajaya. Sebelum ni, trip saya ke Sabah dengan partner yang kerja kat Sarawak. Trip ni spontan je. Sebab asalnya kami nak pergi Tadom Hills. Tapi member ni cakap, Tadom Hills tak berapa best. Bayaran masuk mahal. Senang cakap, bagi dia tak berbaloi la. Tapi bila tengok gambar, Tadom Hills macam best. Biasalah, manada orang nak kongsi benda yang tak baik, ye dak?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)