01 February 2016

Trip Negeri Sembilan - Melaka | Port Dickson - Tanjung Tuan


Salam.

Alhamdulillah. Entri pertama untuk tahun 2016. Haha! Saya akan cuba sedaya upaya gagahkan diri untuk update semua trip yang da pernah saya pergi. Serius rasa hambar bila tengok blog sendiri. Kahkahkah! Padahal minggu kedua Januari hari tu pergi Trip Langkawi, tapi belum update lagi. Ok, sebelum tu, Selamat Hari Wilayah dan selamat bercuti kepada siapa-siapa yang bekerja di wilayah tak kira sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Eh! Wilayah Iskandar dikira sebagai wilayah and cuti jugak ke?

Sabtu hari tu, saya buat one day trip merentas dua negeri, Negeri Sembilan and Melaka. Before this saya pernah buat da trip merentas dua negeri ni. Tapi Melaka and Negeri Sembilan. Apa beza? Macam takdak beza je. Haha! Ada beza dia. Iaitu starting point dia. Lalalala~ Yang sebelum ni saya start dari Melaka then ke Negeri Sembilan. Kali ni saya start dari Negeri Sembilan then Melaka. Kita main belah-belah state border je. Boleh baca kat sini Trip Melaka - Negeri Sembilan satu dan dua. Haha!

Partner in crime saya as usual, sama profesion tapi tempat kerja berlainan. Yang ni, dia kerja kat Putrajaya. Sebelum ni, trip saya ke Sabah dengan partner yang kerja kat Sarawak. Trip ni spontan je. Sebab asalnya kami nak pergi Tadom Hills. Tapi member ni cakap, Tadom Hills tak berapa best. Bayaran masuk mahal. Senang cakap, bagi dia tak berbaloi la. Tapi bila tengok gambar, Tadom Hills macam best. Biasalah, manada orang nak kongsi benda yang tak baik, ye dak?

Jam 8.30am, saya gerak dari rumah. Member siap pesan, jangan bawak laju-laju. Pesanan dia tu bukan sebab safety ke ape. Sebab dia belum mandi lagi. Kahkahkah! Oklah, saya decide lalu MRR2 sebab jalan tu tak boleh nak speed sangat and memang banyak kenderaan. Tapi kalau dah time tu jam 8, 9 pagi pun, memang tak banyak kenderaan jugak. So jam 9 lebih sikit saya dah sampai Putrajaya.

Around 10am, kami bergerak ke Port Dickson. Lalu jalan dalam tapi still ada tol jugak. Since kereta yang kami naik tu, kereta antik and kereta lama. Tak berapa boleh nak speed sangat dekat highway. Kata jalan-jalan, so bagi kami just nice je la sepanjang perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Kondisi kereta memang tiptop. Takdak masalah. Ekon sejuk and radio pun berfungsi dengan baik. Tu yang penting. Hehe!

Checked!


Jam 11.30am, kami sampai ke destinasi pertama, iaitu Rumah Terbalik Port Dickson. Harga tiket RM20. Naik RM5 da. Sebab before this macam ada terbaca harga dia RM15 je. Biasalah, tempat bila dah femes, up la sikit harga. Haha! Kat sini, ampa kena bukak kasut and susun kat rak yang dah disediakan. Kalau taknak orang pijak-pijak kasut, silalah susun. Lol!




The power of love boleh buatkan guwa
terapung!

Busuk!

Untunglaa bodyguard diaaa

Mana air paip tak keluar woi!?



Tempat ni merupakan bangunan kedai dua tingkat. Rumah Terbalik ni dia campur-campur. Bukan saja ada barang-barang yang terbalik. Selain tu ada jugak lukisan 3D, miniature building and lain-lain. Ah! Korang pergilah sendiri tengok. Haha! Oklah kot dengan harga dia plus boleh tangkap gambar, jika dibandingkan dengan Rumah Terbalik dekat Sabah. Kalau korang datang sorang-sorang pun, don’t worry. Sebab akan ada staf yang volunteer nak tolong amikkan gambar korang. Kongsi sikit pic dekat bawah. Lain-lain tu, koleksi peribadi.





Lepas dah puas hati berposing dan bergambar apa semua -- sampai bateri fon guwa pun merah tinggal less than 10%, kitorang gerak untuk pergi lunch. Kedai ni kitorang jumpa secara tak sengaja. Sebab banyak kereta berhenti kat situ. Haha! Nama kedai makan ni, Ayam Bakar Station. Bukan saja ada ayam bakar, kambing bakar pun ada. Kesian member tu kempunan nak makan kambing sebab kami dah ter-order set ayam bakar untuk dua orang. Sebab kami nampak word ayam je. Kahkahkah!

Dah nak abes makan baru teringat nak share pic

Malas nak fikir panjang nak makan apa, kami amik set ayam bakar je. Dapat ¼ ayam, nasi, salad, sup and sambal. Kecuali ayam, boleh tambah yang lain-lain tapi dengan syarat, gunakan pinggan yang sama. Sambal dia memang lain macam pedas. Tapi sedap. Sampai meleleh air hidung. Haha! And air dia pun boleh refill. Segelas RM2. Time-time cuaca panas, sedap minum air sejuk. Syarat nak refill air pun sama, gunakan cawan yang sama. Haha! Makcik ni siap pesan, “kalau air manis, boleh tambah air kosong atau ais. Nanti air manis cepat habis”. Kahkahkah! Lepas lunch, kami stop dekat Masjid Kariah Telok Pelandok untuk menunaikan solat Zuhur.


Muka penat. Takdak stamina

Next destinasi, kami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Member teringin nak ke rumah api sana. Before this saya pernah pergi sana. Masa tu kerja jadik RA dekat UKM. Kem Pandang Alam. Join sebab jadi pembantu dekat sana untuk handle student. Macam lebih kurang fasilitator pun ada. And itulah jugak kali terahir saya pergi ber-camping. Rindu betul time tu bila saya datang balik ke Tanjung Tuan ni. Teringat pulak cerita pasal jodoh dan roh yang pensyarah tu sampaikan. Bayaran masuk ke tempat ni RM1. And nak ke rumah api sana kena mendaki lagi 700m. Nama mat salleh bagi rumah api ni, Cape Rachado. Seriously memang menggamit memori sangat. T__T

66 anak tangga



Sampai kami ke rumah api. Tapi tak boleh masuk tanpa kebenaran. Nak minta kebenaran siapa pun kami tak tahu sebab tak nampak siapa-siapa pun yang berkuasa nak beri kebenaran kepada pelancong nak masuk ke rumah api. So, kami jalan-jalan je la sekitar rumah api tu. Buat tawaf satu kali. Masa saya pergi camping, kami boleh masuk ke dalam. Memang ada orang guide. And kami siap menunaikan solat berjemaah lagi di dalam kawasan lapang rumah api tu. And now saya tak ingat mana saya letak gambar-gambar yang pernah saya amik masa ke Tanjung Tuan. Saya ada cerita sikit pasal sejarah rumah api ni.



Ada dua jenis burung

We made it!

Dalam masa beberapa saat, kami boleh pergi
dua-dua negeri ni. Haha!

Dah puas menikmati udara segar dalam hutan, kami decide ke Pantai Teluk Kemang. Last saya pergi Port Dickson masa darjah 6. And lepas tu macam takdak memori je pernah pergi PD balik walaupun rasa-rasa macam pernah pergi lagi. Pantai Teluk Kemang ni sangat crowded. Tempat paling popular katakan. Banyak kedai-kedai jual baju-baju tshirt, cenderahati and so on. Ada jugak tempat sewa basikal, roller blade and so on. Ala,macam kat dataran depan Masjid Putra tu la. Kami ke pantai sekejap je. Sebab panorama tak cantik, ramai sangat orang plus panas terik. Pehh! Maaf! Takdak pic kat pantai ni. Tapi boleh google.


Kami decide cuci mata di keda-kedai cenderahati je. Selalu kalau saya pergi ke mana-mana, saya akan cari tshirt yang design baju dia melambangkan tempat tu dengan fridge magnet. Tapi kat PD ni tak rasa macam nak beli cenderahati pun. Mungkin sebab saya rasa PD ni dekat je. Bila-bila masa boleh pergi. Kahkahkah! Tapi saya rembat jugaklah satu tshirt sebagai kenang-kenangan. Walaupun dekat, tapi saya tak tahu bila lagi akan ke sana. Plus saya beli jugak fridge magnet sekali. Harga fridge magnet tu, 3 keping RM10. Sebab member kenal dengan peniaga tu, dapatlah 4 keping RM10. Senang nak bahagi. Tak gadoh! Hehe!

Pintu gerbang bandar askar


Fe-feeling Kapten A-meh-rika



Disebabkan ada lagi masa, kami decide nak ke Muzium Tentera Darat. Dulu saya tak boleh imejin pun apesal la ada kem PLKN dekat Port Dickson. Rupa-rupanya Port Dickson ni Bandar Tentera Darat. Tertulis besaq dekat gerbang pintu masuk nak ke sana. Disebakan muzium ni tutup jam 5pm, and kami sampai pun 5.15pm, kami decide jalan-jalan sebelah luar je. Berposing dengan kereta kebal, meriam, helikopter, kapal terbang, kereta api and so on. Ni semua tarikan utama muzium ni yang ada kat certain tempat je tapi korang dapat tengok kat sini.


Bilik surgeri PKM

Hand-made?! :O


And disebabkan lagi cuaca panas, kami cepat letih. So pergi bergambar dekat tempat redup je. Ada satu terowong ni, tak ingat nama spesifik dia. Rugi plak tak amik gambar dekat info board dia. Terowong ni menceritakan pasal Parti Komunis Malaya - PKM. Ala, yang femes dengan Chin Peng tu. Sepanjang perjalanan dalam terowong tu, ada menceritakan sejarah PKM dari mula sampailah habis. Disebabkan kami masuk dari pintu belakang - sebab terjumpa terowong tu secara tak sengaja, maka sejarah yang kami faham pun tunggang-terbalik. Haha! Kena bukak balik buku Sejarah ni. Erm! Oh! Sempat jugak bergambar dengan askar komunis. Kahkahkah!


Around 5.45pm, kami bergerak keluar dari kawasan muzium. Eloklah beransur memandangkan kawasan Teluk Kemang ni memang popular dikalangan pelancong dan penduduk tempatan. Masa nak balik tu, kami tengok ada banyak khemah disepanjang jalan tu. Tak sure pasar malam or memang ada bazaar kat area situ. Apa yang pastinya, jalan dah start jem. Kami decide nak balik ke Putrajaya ni, lalu jalan dalam je. Totally without toll. Korang follow je la signboard nak ke Sepang. InsyaAllah selamat sampai.

Tamat sudah trip satu hari Port Dickson - Tanjung Tuan ni. Thanks kepada partner in crime sebab sudi merealisasikan hasrat di hati. Lol! Tak lupa jugak terima kasih kepada korang yang sudi jengah blog yang tak seberapa ni. Kalau rajin, saya update untuk trip yang lepas-lepas. Berapa total damage? Nanti saya update lain.

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

den dyen said...

wah.. best nampak, teringin plak nak p muzium tentera tu!!

nadeafu chan said...

@den dyen: time cuaca panas ni, molek berjalan dlm muzium. Ekon sejukkk. Hehe

Post a Comment