05 August 2016

Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Glamping Lakeside Rancabali

22 Julai 2016

Jam almost 12.45pm. Setengah jam je lepak-lepak kebun teh. Lepas dah puas bergambar and tak tahan dengan kesejukkan, kami terus bergerak ke Glamping Lakeside Rancabali. Kawasan ni betul-betul bersebelahan dengan pinggir Situ Patenggang.

Antara tarikan dalam glamping lakeside

Situ Patenggang ni cantik tapi harga tiket dia pun tersangat cantik. Haha! Jadi, kalau korang nak save bajet, boleh ke glamping lakeside ni sebab entrance fee dia jauh lebih murah and view dia pun ohsem. Korang siap boleh skodeng lagi Situ Patenggang tu dari perahu besar gedabak! Dah kata sebelah-sebelah kan? Hehe!

Pinisi Resto

Jalan nak ke glamping ni senang je. Sebab dia memang sehala nak ke Kawah Putih. Lepas keluar dari kawasan perkebunan teh, sebelah kanan ada pintu gerbang besar. Itulah Glamping Lakeside Rancabali. 

Entrance fee nak ke sini sorang IDR20k. Deposit IDR10k sebab depa guna magnetic card. Magnetic card ni kira macam pass card la yang membenarkan korang berada di kawasan glamping. Lepas korang dah keluar dari kawasan tu, depa akan pulangkan balik IDR10k dengan syarat korang memulangkan semula magnetic card tu.

Dari pintu gerbang, kena drive sejauh lebih kurang 4km lagi. Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan memang kebun teh je la. Tapi tak sebesar dan seluas macam Perkebunan Teh Rancabali. Lepas Rahmat da park kereta, kami turun. Terpukau jap dengan pemandangan kat depan mata dari kawasan tinggi. Speechless jap!

Kiri kanan kebun teh

Jalan belum berturap

Cuba bayangkan. Ada sebuah perahu Pinisi besaq gedabaq baq hang! Lepas tu letaknya perahu tu di kawasan yang tinggi sikit, di sebelah tasik, dikelilingi kebun teh lagi. Pehh! So, perahu tu memang menjadi ikon kepada glamping lakeside ni la.

Tasik di sekitar kawasan

Nak menginap kat sini pun boleh



Actually, perahu yang besar gedabak tu jugak dalam dia ada restoran. Hari tu kami redeem jus guava untuk 3 orang dekat situ masa beli tiket masuk nak ke Kawah Putih. Tak sure percuma ke tak. Dalam resit macam kena bayar je. Takpa. Rahmat yang bayar. Haha!

Ni paling hujung







Restoran tu ada dua tempat makan. Dekat dek aras 1 and aras 2. Masa kami pergi tu, dek aras 2 under construction. Dek aras 1 dah siap da. Boleh pilih samada nak makan kat dalam, atau makan dekat luar. Tapi dah alang-alang makan dekat luar, baik amik port dekat hujung perahu terus. Boleh bergambaq ala-ala titanic. Lol!

Ruangan dek sebelah luar

Makan kat sini pun boleh

Oh! Ada lagi satu tempat. Lokasi Batu Cinta nama dia. Kena turun tangga, pergi sebelah yang paling bawah. Apehal ntah depa kasi nama macam tu, jangan tanya saya. Haha! Lepas tu ada satu pulai kecik. Kalau tengok dari atas, nampak yang pulau tu bentuk hati -- lep-lep! Ntahlah! Tapi air di tasik tenang je tengok.



Love Island belakang tu





Sistem jalan kat sini, masuk jalan lain, keluar jalan lain. Takdak la satu jalan tu dia nak buat dua hala. Dia mesti sehala je. Bagus! Untuk mengelakkan macet. Hehe! Tapi tu la. Masa kami sampai tu, jalan nak ke sana belum cantik lagi. Dorang tengah aspal jalan. Minyak tar hitam tu pun depa buat proses sendiri kot. Oldskol! Huhu!

Old skool kan?

Masa lalu jalan kat situ, teringat la jalan nak ke Ladang Teh Ranau. Memang sebijik perasaan dia. Dari sini, korang boleh jugak ke Kawah Rengganis. Tapi kami tak pergi. Sebab kena hiking nak ke kawasan kawah tu.

Dah puas menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, kami bergerak ke destinasi seterusnya. 

Nak ke Bandung dengan pekej yang berbaloi?

Boleh contact --
Rahmat Sugiarto (+6282121950335)
Email: rahmatsugiarto695@gmail.com

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment