|
Geram tengok bunga sakura jenis macam ni. Gebu-gebu! |
12 April 2016
First trip Jepun kami dengan Krew TAB bermula
hari ni. Pagi tu selepas sarapan, dalam jam 10am kami dah keluar dan berkumpul
sebelum bergerak ke destinasi pertama, Ueno. Sarapan ni disediakan oleh Krew
TAB. Depa akan hantar makanan ke rumah tempat kami menginap. Apa eh makanan
pagi tu? Mihun kot? Sebab saya tak kesah sangat pasal makan-makan ni kalau dah
pergi berjalan. Hehe! Sebelum tu sementara menunggu makanan sampai, saya dengan kawan
saya lagi sorang ada pergi morning walk sat. Eksaited dapat tengok bunga sakura
tengah blooming di sekitar kawasan perumahan. Jalan punya jalan tanpa arah
tuju, terjumpa 7-11. Terus masuk singgah sat. Ada onigiri, terus grab selepas
da translate ingredients dia. Kira pagi tu, saya breakfast dua kali la. Haha!
|
Sekitar kawasan perumahan |
Tokyo Metro yang paling dekat dengan rumah kami
ialah Iriya Station. So dari Iriya Station (Hibiya Line, H18) nak ke Ueno
Station (H17) cuma selang satu stesen je. Sebelum tu, kami dah diberikan
siap-siap pass day for Tokyo Metro Line and Toei Line for 72 hours. Maksudnya
untuk penggunaan selama 3 hari la. Contoh, start guna tiket jam 10.30am, then
akan habis after next 72 hours. Lepas turun dari train, kene tengok map and
tengok nak keluar kat exit mana. Ueno Station ada dua line. Lagi satu ialah
Ginza Line. Bila dah ada lebih dari satu line, exit pun ada banyak. Kami nak ke Ueno
Park and Ameyoko Market. So keluar dekat exit yang sepatutnya la ye. Dua-dua tempat ni memang dekat je dengan stesen. Tak payah jalan jauh-jauh.
|
Let's go! |
|
Ada satu lubang kecik maknanya kad ni dah guna |
|
Iriya station |
Jalan-jalan dekat Ueno Park, sakura dah tak
banyak dah kat taman tu. Ada beberapa pokok je yang sakura dia banyak lagi.
Kebanyakkan pokok sakura dah takdak bunga. And masa kami sampai tu,
pekerja-pekerja kat situ pun dah siap-siap bersihkan tempat hanami party.
Sebelum ni saya dah study da cherry blossom forecast area Tokyo ni. Memang area
sini, pertengahan April dah takdak sangat sakura. Tapi saya tak risau kalau tak
dapat tengok bunga sakura kat Tokyo sebab ada dua hari trip ke outskirt Tokyo.
Dapatlah tengok sakura sedang berkembang mekar nanti. Lagi pun, masa hari yang
sepatutnya pergi Disneyland (tapi kami tak pergi), kami akan try cari sakura
dekat area yang jauh sikit dari Tokyo. Harap-harap berjumpalah dengan sakura.
|
Sekali pandang tinggai ranting pokok ja |
|
Geram tengok bunga jenis ni. Gebu! |
Selepas puas bergambar di Ueno Park, kami
berkumpul semula untuk dengar taklimat seterusnya. Bukan taklimat panjang
lebar. Krew just cakap, lepas ni ke Ameyoko Market. Ameyoko Market ni kalau kat
KL, macam ala-ala Jalan TAR gitu la. Kt sini, ada satu-satunya kedai takoyaki
yang halal. Nama dia Gindaco. Dari pintu masuk Ameyoko Market, jalan straight
sampai jumpa satu tugu batu binatang and nampak jalan bercabang. Then amik yang
sebelah kanan. Kedai dia sebelah kanan. And memang ada satu kedai takoyaki je
kat situ. Bolehlah try. Sedap jugak and besaq-besaq bebola tako dia. Ada 8
bijik and harga dia ¥550. Ajaib kalau sorang boleh habiskan semua tu. Saya pun
makan kongsi bertiga dengan kawan. Kalau makan kat dalam kedai, lepas makan, ampa kena angkat tray tu letak kat tempat yang disediakan. Jangan tinggai ja ataih meja.
Selain tu, kedai tu jugak ada juai taiyaki. Taiyaki
ni tak tahu apebende sebenarnya. Tapi dia macam karipap punya kulit, berbentuk
ikan and dalam dia ada isi. Kat Gindaco dia ada juai dua jenis taiyaki. Satu
perisa custard lagi satu perisa strawberry. Kalau tak tahan manis, boleh la
share makan dengan kawan. Strawberry sedap sikit ada rasa masam-masam.
Sebenarnya yang manis tu kulit dia yang bentuk ikan tu. Sebab dia sira (kot?)
dengan gula. Dalam dia rasa sedap sangat. Ada jugak juai aiskrim and gelato.
Dalam gelato ada buah fresh dipotong dadu. Saya beli perisa berry and laici harga
¥280. Pehhh! Terbayang-bayang lagi masa makan kat sana. Terasa nak makan lagi
masa tengah taip entri ni. Haha!
|
Fake gelato for display. Menggiurkan! |
Dessert depa kat sini semua menggiurkan. Semua
nampak menarik. Cantik. Geram. Rasa nak makan semuanya. Tapi tak tahu halal ke
tak. Even takdak sijil halal pun, korang boleh tanya sebenarnya penjual tu. Ada
arak or alkohol ke tak sebagai bahan yang digunakan untuk membuat aiskrim,
gelato, crepes and so on. Kat sini famous dengan green tea. Or kat sana panggil
matcha. And ada certain tempat je yang juai aiskrim perisa sakura. Tak silap
saya kat Tokyo Skytree kot. So, kalau terasa nak makan aiskrim tapi tak sure
kesahihannya, boleh tanya depa. Kalau tak pandai speaking, tunjuk je
conversation kat penjual. Pandailah dia baca and paham sendiri. Hehe!
|
Fake crepes! |
|
So far, fridge magnet kat sini paling
murah. 3 bijik 500 yen. |
|
Sekitar kawasan Ameyoko Market |
Tengah hari tu, kami lunch di Halal Naritaya Ramen
dekat asakusa. So nak ke sana, kami kene naik dari Ueno Station (Ginza line,
G16) turun di Asakusa Station (G19). Bagi saya, saya lagi senang nak ingat
nombor train and huruf depan dia. Nak ingat nama jepun ni, payah sikit. Abjad
depan tu, menunjukkan nama line. And nombor belakang tu, nama stesen. Kemudian
jalan lebih kurang 800m.
|
Main gate Nakamise Street |
|
Naritaya Ramen masuk dalam sikit |
Nak ke sana, korang akan lalu dekat Nakamise Street
sampailah ke Sensoji Temple. Kat sini pun style dia sama. Ada gerai juai-juai
macam kat Ameyoko Street tadi. Dekat dengan temple ni, korang akan Nampak Tokyo
skytree dengan terang, jelas dan nyata. Masa lalu dekat kawasan temple, ramai
sangat orang. Dari penduduk Jepun sendiri, budak sekolah and tak kira usia
lain, sampailah ke pelancong. Sesak! Jadi, tak dapat nak explore sangat.
|
Harga 1,000 yen. |
|
Karagee |
|
Ruang makan sebelah atas |
|
Tukang masak dia laki Jepun tinggi |
Saya tak ingat nama menu lunch saya. Tapi harga
dia ¥1,000. Sekali dengan set ayam goreng. Ayam goreng kat sini depa panggil
karaage. Selalunya ramen guna pork. But Naritaya uses grilled chicken.
Definitely a place you mustn’t miss if you’re hoping to try authentic halal
ramen! Sedap ke rasa dia? Bagi saya, sedap tak sedap tu depends pada individu
la. Susah nak bagi jawapan dekat soalan subjektif macam tu.
|
Berlatarbelakangkan Tokyo Skytree |
|
Sekitar Sensoji Temple |
Bagi saya ok je.
Kena lah dengan lidah melayu saya ni. Hehe! Style air kat sini, depa letak satu
jug air kosong tapi berais. Sejuk-sejuk minum air berais. Haha! Kat sini jugak
ada tempat solat. Sementara menunggu hidangan untuk 30 orang lebih siap, saya
dan sorang kawan segera menunaikan solat di situ. Lepas da solat, barulah boleh
makan dengan tenang.
Kat Asakusa, korang boleh sewa kimono. Paihtu
berjalan kat area tu like a local people. Tapi masa tak banyak. So, saya
batalkan saja hasrat tu. Kat sana ada banyak jugak souvenir korang boleh beli.
Tapi memandangkan lepas ni kami akan ke destinasi lain iaitu Odaiba, saya
membatalkan saja hasrat nak beli ole-ole di sini. Saya pun berniat dalam hati,
kalau ada masa nak ke Asakusa nak beli fried rice cracker. Sedap! Mana tahu?
Ada food tester. Hehe! Try usha website ni kalau korang tak ada
idea sangat nak buat apa kat Asakusa nanti. Bila semua orang dah berkumpul
semula, tepat jam 3.30pm, kami semua bergerak menuju ke stesen seterusnya untuk
ke Odaiba.
|
Bandar Ginza |
Dari Asakusa, kami berjalan kaki ke Tawaramachi
Station (Ginza Line, G18) ke Shimbashi Station (G08). Kemudian tukar train ke
Yurikamome Line dari Shimbashi Station (U01) ke Daiba Station (U07). Sampai di
sana, jam sudah menunjukkan lebih kurang 5.30pm. Jadi, kami hanya ada masa
lebih kurang 2 jam 30 minit untuk explore tempat ni. Sebab jam 8pm kami semua
kena berkumpul semula. Odaiba ni bandar moden. Dia macam satu kepulauan buatan
manusia. Angin musim bunga yang bertiup kencang boleh membuatkan saya menangis
kesejukkan. Tapi setelah bergambar di depan robot gundam gergasi, saya menangis
kegembiraan. Haha! Robot gergasi tu ada dekat DiverCity.
|
Robot gergasi |
|
Giant sky wheel |
Kemudian, kami bergegas ke Palette Town. Kat
situ ada giant sky wheel. Harga ¥920. 16 minutes in memory katanya. Nak ke
sana, kene lalu Toyota Mega Web. Pameran kereta Toyota. Kami pun naik. Since
nak tengok jugak macam mana view bandar yang terletak dekat dengan sipi-sipi
perlabuhan ni. Ouh, kat sini korang boleh nampak kapal terbang turun naik.
Rasanya macam kat Tokyo tak boleh nampak kot. Nasib baik dalam kabin tu
suam-suam kuku suhu dia. So, takdak lah kesejukkan kami dalam tu. Gayat jugak
bila tinggi-tinggi macam ni. Percaya tak? Ni first time saya naik giant sky
wheel ni yang macam ni sepanjang life saya? Yang funfair punya pun tak pernah! Kesian
saya.
|
View malam nampak Tokyo Tower |
Lepas habis tawaf satu pusingan giant sky wheel,
kami bergegas balik ke tempat berkumpul sebab jam hampir menunjukkan ke angka
8pm. Selepas bergambar berlatarbelakangkan Statue of Liberty and view Rainbow Bridge
(celah mana rainbow takdak nampak pun), kami masuk sekejap ke dalam AquaCity
Odaiba sebab tak tahan akan kesejukkan angin malam. Berdekatan dengan kaunter
info, ada sebuah robot yang seakan-akan manusia. Sekali pandang, nampak robot
tak bergerak. Dua kali pandang, nampak macam mata dia berkelip-kelip. Tiga kali
pandang, dia boleh bergerak-gerak pulak kepala dia. Sungguh canggih teknologi
orang Jepun ni.
|
Robot waktu malam |
|
Statue of Liberty |
|
Rainbow bridge |
Malam tu, selepas
habis menjelajah Odaiba, kami semua terus menaiki train pulang ke Asakusa.
Angin kencang malam memberikan kedinginan yang berlainan. Sweater dan hotpack
yang saya pakai memang tidak memberikan keselesaan. Waktu tu, saya hanya pikir
nak cepat sampai ke penginapan saja. Sebelum pulang, krew bertanyakan, adakah
kami ingin ke Tokyo Tower. Memandangkan hari sudah lewat, kami decide esok
sajalah kita ke Tokyo Tower. Hehe! Tapi malam tu, ada sebahagian dari kami
tidak pulang ke rumah terus. Katanya ingin berjalan-jalan lagi. Terserahlah.
Atas individu masing-masing. Yang saya tahu, saya nak rest. Nak topap energy
untuk perjalanan hari esok.
3 comments:
nak tyn takoyaki tu muslim friendly ke? perlu ke kita tyn sebelum beli?
@Ranmauri: Hmm.. boleh try tanya owner kedai. Tapi saya dimaklumkan, sos dia ada bahan meragukan, lepas da balik Malaysia.
Owh yeke.xpe insya Allah sy akan tyn dulu. Kalau xok sos tu.try tako je nanti hehe.btw thanks ye.
Post a Comment