06 August 2016

Trip Bandung 2016 | Bandung Selatan - Penangkaran Rusa di Bumi Perkhemahan Ranca Upas

22 Julai 2016

Jam 2pm, kami berada di Bumi Perkhemahan Ranca Upas. Actually ni tempat yang more kepada camping, kem-kem motivasi, kem bina jati diri and so on. Tapi kami ke sini sebab ada penangkaran rusa. Korang boleh tengok and belai-belai rusa ni depan mata je.

Mana rusa? Takdak pun

Kawasan ini dikelola oleh Perhutani. Perhutani ni macam FRIM la kot kalau dekat Malaysia. Jenis rusa yang depa bela and protect ialah Rusa Jawa. Selain camping, kat sini jugak ada aktiviti outdoor, ATV, kolam air panas, memancing dan lain-lain.




Struggle betul aku nak turun ke sini tanpa kotorkan kasut

Masa kami sampai ke kawasan penangkaran ni, kami nampak ramai kanak-kanak -- tak tahu samada depa ni peserta camping atau tak tengah bagi makan dekat rusa-rusa ni. Tengok macam budak-budak ni kasi carrot dekat rusa ni.

Rusa-rusa ni nampak macam jinak. Tapi still takut-takut jugak kalau kami datang dekat, walaupun depa tak lari jauh la. Saya pun takut-takut jugak sebenarnya. Kahkahkah!



Kesian. Tanduk dia sakit.


Nah! Info pasal rusa dari sini --

“Hanya rusa jantan yang bertanduk, dan tanduk pertama berbentuk lurus biasanya tumbuh pada usia 12-14 bulan. Tanduk akan lepas setelah 10 – 12 bulan, dan lalu tumbuh tanduk baru, atau ranggah, yang bercabang tiga. Rusa Jawa (Cervus timorensis) yang ditangkar memiliki panjang 98 – 111 cm dan berat 45 – 50 kg.

Rusa Jawa berbulu coklat kemerahan, dengan leher, kaki bawah dan pantat berwarna lebih terang. Telinganya ke depan dan berekor pendek. Bumi Perkemahan Ranca Upas memelihara 11 Rusa Jawa, 5 diantaranya betina yang telah melahirkan beberapa bayi rusa. Rusa Jawa lazimnya berkelompok, dipimpin betina tertua yang memberi tahu kelompoknya jika ada bahaya.

Dalam keadaan normal Rusa Jawa bisa bertahan hidup sampai berusia 15 tahun. Masa kehamilan rusa betina adalah 6 bulan, dan sebagaimana kebanyakan hewan pelari, anaknya hanya satu. Salah satu karyawan yang khusus mengurus Rusa Jawa adalah Pak Aep. Ia sudah mengurus Rusa Jawa ini selama setahun terakhir”



Aku syak ni rusa paling tua sekali dekat sini. Tenang je dia ni



Ada student U mana ntah. Buat shooting dekat sini.
Tugasan depa kot.

Entrance fee nak ke sini IDR10k untuk seorang. Parking untuk kenderaan 4 roda IDR5k.

Suasana kat sini pun sejuk jugak. Air dia, pehhh! Macam ais! Masa nak amik wudhu’ tu memang ketor jugak la tangan kesejukkan. Surau -- depa panggil musolla kat sini dinding dia transparent. Haha! Ngakk ada tirai yang bisa memisahkan ruangan solat antara laki-laki dan perempuan sih.

Nampak je toilet dia macam tu. Tapi serius lagi bersih dari
public toilet dekat Malaysia -,-

Lepas tu dinding dia style kaca. Kekok jugak mula-mula tu. Nasib time tu memang takdak orang nak pergi solat selain kami. Mungkin da nak dekat hujung-hujung waktu kot.


Seronok suasana dekat sini. Tenang dan nyaman. Cuaca pun redup je. Plus suhu yang dingin. Lepak-lepak jap dekat luar surau. Tengok perangai orang-orang sekeliling. Macam-macam. Seronok tengok budak-budak ni. Depa ada camping Pengakap. Pengakap ni sama je ke satu dunia? Baju sama da kaler kelabu. Logo pun sama. Ntah leee!


Perjalanan nak ke Bandung Central jauh lagi. Tempat makan dekat kawasan ni, tak berapa sangat. So, kami alas perut dulu dengan roti and biskut. Actually, bab-bab makan ni, kami tak hardcore sangat. Wajib makan 3 kali sehari. Kadang-kadang, da syok berjalan, mana nak ingat makan da.

Kami bergerak ke kereta, untuk meneruskan perjalanan. Rahmat tengah terbongkang time ni. Haha! Kesian pak supir. Kami pun mengantuk jugak. Tapi sayang nak lelap mata sebab pemandangan kiri kanan super duper ohsem!

Nak ke Bandung dengan pekej yang berbaloi?

Boleh contact --
Rahmat Sugiarto (+6282121950335)
Email: rahmatsugiarto695@gmail.com


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

Post a Comment