05 July 2016

Jalan-jalan Johor | Tanjung Piai

12 Februari 2016

Setelah 6 jam memandu dari Port Dickson, Alhamdulillah kami sampai juga ke Tanjung Piai ini. Tanjung Piai merupakan salah satu Taman Negara Johor. Tempat ni jugak merupakan The Southernmost Tip of Mainland Asia. Before this, saya dah pernah ke Tanduk Borneo di Kudat, Sabah. Jadi, apa salahnya melengkapkan terus dengan kita ke selatan pula. Hehe!


Tiket masuk ke taman negara ni harga RM10. Selain itu, depa juga ada provide certificate. Sijil yang menunjukkan bahawa korang dah pernah menjejakkan kaki ke kawasan paling selatan di benua asia ini. Tapi bende ni option, sebab kena bayar RM10. Lepas dah dapat tiket, sila la follow signage untuk berjalan di dalam taman negara tersebut.

Beli tiket masuk

Isi form utk sijil

Tanjung Piai -- checked!

Kena masuk dekat Kompleks Pelawat dulu



Ada disediakan pameran sepanjang laluan nak ke denai



Sebelum ke sini, saya ada buat research sikit. Kawasan yang menempatkan landmark point yang paling selatan tu ditutup sebab jalan nak ke sana runtuh kene hempas air laut yang kuat. Jadi, tak dapatlah kami menjejakkan kaki ke kawasan yang betul-betul hujung tu. It’s ok actually since kami pun dah sampai ke sana. Cuma tangkap picture dari jauh je.

Sapa nak p Tokyo, tu 5342km dari sini


Sepanjang otw ke sini, fon tak henti-henti bunyik suruh
on roaming.

Sebelah kiri - Pulau Kerimon, Indonesia
Sebelah kanan - Selat Melaka


Jom naik pelantar!

Tuu, amaran keras!


Otw nak ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Tapi tutup sebab jalan ke sana runtuh

Mohle teruskan ke Pelantar Memancing pulak

Paling hujung dekat Pelantar Memancing

Rendam-rendam kaki sat


Air naik makin tinggi. Member siap bukak kasut

Mata melihat, hati mentafsir, tangan mencorakkan,
alam sumber ilmu dan terinspirasi

Tingginya :O

Dah habis round satu taman negara dalam sejam lebih, pukul 12.40pm kami keluar. Perut pun da berdondang sayang katakan. Almaklumlah dah tengah hari. Plan nak usha fridge magnet Tanjung Piai. Sekali kedai dah tutup da. Terlupa pulak hari tu hari Jumaat. So depa rehat awai sikit and agak lama la jugak. Kunun-kunun nak try la kot-kot boleh masuk beli ka. Harapan tipis.

Yeay! Dapat sijil

Kami teringat sijil yang kami book pagi tadi. Kami tengok kaunter tiket pun dah tutup. Panik jap. Masa nak patah balik ke pintu masuk taman, tiba-tiba kami terdengar ada orang jerit-jerit panggil kami. Tapi nada dia sayup-sayup je la sebab jauh jugak antara kaunter tiket and pintu masuk tu. Rupa-rupanya dia nak bagi sijil. Lega rasanya. Ingatkan kena tunggu sampai waktu rehat abes.

Kecik je cup dia. Sila jangan terpedaya

Cuaca boleh tahan panas bila keluar ke kawasan parking kereta. Singgah la warung dekat depan taman tu nak beli air. Pasrah je la bape-bape pun harga dia. Haus yang amat.

Next destination, kami akan ke Taman Negara Johor Pulau Kukup pula.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment