Sedar tak sedar, berbaki lagi
sehari trip Jepun ni. Cepat masa berlalu. Rasa taknak balik Malaysia. Tapi mengenangkan
komitmen kerja dan keluarga -- mak dan
ayah, kita balik jugaklah. Huhu! First tempat yang kami akan pergi pagi ni
ialah ke Pesta Shibazakura. Apa specialnya
festival ni? Ada lebih 800,00 bunga shibazakura atau moss phlox yang korang
akan jumpa ekslusif hanya di kaki Gunung Fuji. Sebab kaler pink bunga tersebut,
view Gunung Fuji sangat cantik dengan warna bunga yang ohsem!
Plan sepatutnya nak keluar jam
6am. Tapi kesian dekat driver yang tak cukup rest, kami gerak jam 7am. Itupun masa
kami tengah siap-siap, akak tu baru nak iron baju kurung, and iron sekali baju
melayu adik dia. Baiknya akak. Kakak mithali ni. Muka sembab memang tak cukup
rest la cerita dia. Masa kami dah keluar rumah, ternampak pulak si adik baru
nak mandi. Haha! Ni baru betul susah-senang sama-sama. Driver and co-pilot tak
cukup rest.
Mungkin ada yang tak tahu. Sapa-sapa
yang pergi trip dengan TAB ni, akan ada satu hari, korang akan berjalan or
bergambar dengan berbaju tradisional. Jadi, harinya sudah tiba. Pagi tu, kami
berbaju kurung untuk ke Fujikawaguchiko. Pagi ni takdak breakfast. Breakfast sudah
ditukar menjadi lunch. So, pagi tu saya breakfast megi cup je. Tu pun Izzah
merayu-rayu suruh habiskan megi yang dia dah bawak dari Malaysia. Takkan nak
bawak balik pulak. Sebab dia eager to prepared the food for me too. Hehe!
Estimate perjalanan ke sana
dalam dua jam macam tu la. Selepas memandu around sejam, kami berehat sekejap
dekat rest area. Nama dia EXPASA. Isi minyak and pergi grab makanan for breakfast bagi sesiapa
yang belum breakfast lagi. Tapi telah berlaku miscommunication. Padah berdiskusi
dalam group WhatsApp. Da la masing-masing masa on the way tu semua bantai
tidoq. Bila tanya dalam group, sunyi sepi je la. Lepas tu kereta paling depan
syok sendiri drive. Haha!
Saya dengan Izzah jalan-jalan
seround jap dekat rest area tu. tengok apa yang menarik and boleh dimakan. Macam
biasa, ramai orang beratur panjang sebab nak beli kopi Starbucks. Lagi pulak
time tu ada menu edisi terhad. Rock melon. Kat Tokyo memang takdak. Walaupun sejuk,
depa ni tibai ja minum ice blended sejuk-sejuk ni. Tapi memang sedap gile rasa
dia. Driver kami -- nama dia Kamarul,
tapi panggil Ipin pun ada jugak beratur nak beli kopi Starbucks. Sebab dia
nak hilangkan mengantok. Katanya la.
Lepas da tengok-tengok kawasan
sekitar, saya decide beli air mineral evians je. Tak tahu nak beli apa. Izzah beli
kuih mochi. Sebab dia rasa makanan tu kiut miut. Haha! Murah jugak la. Harga dia
¥120. Macam biasa, before tu kami dah tanya dulu apa bahan-bahan kandungan yang
depa guna nak buat mochi ni. “Ohaiyou gozaimasu. Ano..”. “Hait..!” -- terus saya tunjukkan
conversation yang ada dalam fon. Takut nak speaking. Kang bunyik aneh plak di
pendengaran mereka. Haha!
Memandangkan Starbucks tu
sebelah main door nak masuk ke dalam bangunan rest area, saya dengan Izzah tunggu
yang lain-lain dekat situ. Senang nak trace sapa yang dah keluar. Kot-kot la
dah nak gerak dah kan. Lama jugak tunggu. Tak nampak pun yang lain. Mana depa
ni? Lamanya p beli makanan. Jumpa budak-budak yang satu kereta dengan kami je.
Izzah decide nak lepak dalam kereta sebab tak tahan dengan kesejukkan time tu, so
dia pergi jumpa Ipin nak mintak kunci.
Makan di sini bermaksud kami kena beli makanan sendiri. Just beli apa-apa
yang korang teringin nak makan. Tapi semua orang pergi makan bekal makanan
untuk lunch and why kami tak tahu? Padahal semalam dah dimaklumkan yang sarapan
sudah diganti dengan lunch. Patut lama sangat. Penat tunggu. Tahu tak penantian
tu satu penyeksaan? Chewah! Dah lah tempat duduk dalam rest area tu terhad. Takkan
la kami nak tunggu melepak kat situ tanpa beli apa-apa makanan?
Ipin masuk amik tempat duduk. Macam biasa, saya jadik co-pilot
walaupun saya ni tak banyak cakap. Untuk memulakan perbualan, memang bukan diri
saya. Tapi mengantuk jugak sebenarnya. Haha! Ipin siap puji, “Bagus co-pilot saya ni. Tak banyak cakap. Tapi
bila saya sembang, dia respons baik”. Dia tanya lagi, “Korang dah makan ke belum?”. Kami semua tercengang. Makan? Ada sediakan
breakfast ke? Rasa macam tak puas hati pulak bila tertinggal something ni. Haha!
Bila semua dah amik seat
masing-masing, tiba-tiba ada akak sorang ni cakap, “Panasnya..”. Saya saja bakar line, “Panas luar ke dalam?” -- kalau emoticon WhatsApp tu, yang emoji
kaler pepel ada tanduk and tersengih. Haha! “Panas luar dan dalam”. Ipin terdengar, “Alamak! Kenapa? Aircond tak cukup sejuk ke?”. Sambil adjust aircond
controller. Lol!
Saya bagitahu Ipin pasal
makanan. Lepas tu semua diam. Ipin keluar jap. Lepas tu dalam 5 minit macam tu
dia masuk balik. “Makanan untuk korang
ada. Diorang tak habiskan” -- tiba-tiba je. Laa! Pergi tanya pasal makanan
ke? Kahkahkah! Ingat pergi hisap rokok ke apa. Rasa serba-salah la tu sebab
makan tak ajak kitorang. Haha!
Perjalanan diteruskan. Kejap-kejap
pasang aircond, kejap-kejap bukak tingkap kalau Ipin rasa mengantok. Tapi sekejap
je la sebab suhu kat luar lagi sejuk. On the way tu, dari jauh kami nampak
track roller coaster. Ipin cakap, roller coaster kat taman tema tu masuk dalam
Guinness World of Record regarding Japan’s uniquely Japanese amusement park -- Fuji-Q Highland. Scary kot even tengok
dari jauh je. Bila dah lalu depan park tu, terdengar jeritan depa yang naik
roller coaster tu. Nanti nak try, someday!
Hari yang kami pergi ni merupakan hari first Pesta Shibazakura ni. Macam biasa, banyak
bunga moss phlox yang belum berkembang. Sedihnya. Dahlah semalam pergi Hitachi
Seaside Park pun bunga tak kembang sangat lagi-lagi nemophilia -- blue baby eyes. Tapi kesedihan tu
terubat sikit sebab dapat tengok Gunung Fuji depan mata. Walaupun jauh, tapi
rasa macam dekat je. Maha Suci Tuhan. View dia memang ohsem! Menurut mitos,
Gunung Fuji ni ada ‘penjaga’. Kalau ‘dia’ tak bagi korang tengok, tak dapatlah
korang tengok. Entahlah!
Moss phlox untuk dijual. Tu pasai kembang cantik |
Antara pengunjung yang awaljugak. |
Sebenarnya, trip ke sini takdak dalam tentatif program TAB pun. Kawan saya ada share pic pasal festival ni dalam group. Saya try Google. Agak menarik jugak tempat ni. Saya try majukan kepada admin TAB dalam group Whatsapp. Masa perjumpaan dengan krew TAB untuk briefing sikit pasal trip ni, admin cakap dorang ok je. "Sukahati korang, korang nak jalan ke mana. Nama pun adik-beradik. So, tu trip korang". Tapi tu la, kami datang awai sangat. Bunga pun belum kembang. Sob! Sob! Sob!
Ramai je pelancong macam kami
-- berbaju tradisional. Paling ketara pelancong China la, ke Vietnam, ke
Cambodia. Entahlah. Muka sama je lebih kurang. Cuma bahasa tu je la. Sekali dengar
macam mandarin. Dua kali dengar macam bahasa lain. Takdak lah segan sangat masa
kami pakai baju kurung tu. padahal bukan ada orang kesah pun. Lol! Nak bergambar
pun takdak feel sangat -- bunga baru nak kembang, and pelancong China ni
tolak-tolak berebut-berebut nak snap picture dengan view yang menarik. Tak boleh
sabar. Orang lain pun nak jugak T__T
Lepas tu kami pergi
jalan-jalan di sekitar kawasan yang ada gerai-gerai makanan, and souvenir. Kat situ
ada macam-macam produk based on perisa sakura. Ada kit-kat, coklat, daifuku,
biskut, kek, roti, dorayaki and macam-macam lagilah! Tapi banyak yang kami tak
boleh makan sebab kandungan bahan-bahan dia. Buat cuci mata je la. Hehe! Beli pun
bukan boleh makan walaupun kau rasa geram sangat bila tengok display dia.
Kami masuk satu kedai ni. Ternampak
jem perisa sakura. Macam menarik. Terus google translate. Tiada bahan-bahan
yang meragukan. Cop halal? Mestilah takdak. Kat sini, kalau korang rasa
ragu-ragu, tinggalkan. Jangan sebab nampak orang lain beli, nampak orang lain
makan, korang pun nak makan jugak. Kadang-kadang tester dia pun menggiurkan. Tapi
jangan la main bedal je sebab promoter tu offer kat korang. Atleast tanya apa
bahan-bahan dalam produk tu.
Keluar kedai, saya nampak satu
gerai ni. Dia jual salted grilled rainbow trout fish. Dia panggang ikan tu depan mata. Nak try
jugak ikan dekat Jepun ni sedap mana. Katanya ikan ni diternak di kawasan yang ada spring water from Mt. Fuji. Nak beli makanan yang jual-jual macam ni,
korang kena beli kupon dia dulu dekat vending machine. Harga ¥500. Saya tanya Izzah dia nak share tak? Sebab
makan untuk cuba. Bukan makan untuk kenyang. So, saya makan sebelah, Izzah
makan sebelah. Pandai dia. Amik bahagian yang takdak ditabur garam.
Jam 12.30pm, kami terus
bergerak ke Gunung Fuji 4th station. Dekat sini, boleh view puncak
Gunung Fuji dengan lebih dekat. Memang betul-betul depan mata la puncak tu. Sebenarnya
boleh naik sampai 5th station, tapi tutup. Sebab apa, kami tak tahu.
Memandangkan kami tak ‘breakfast’, saya minta Ipin singgah jap di 7-11. Lapar seh
sejuk-sejuk macam ni! Saya grab kuih dorayaki. Lembut and gebu dorayaki dia. Alhamdulillah
kenyang. Boleh lah buat alas perut sementara nak makan dekat Gunung Fuji 4th
station nanti. Cadangnya laa.
On the way nak naik ke 4th
station, korang akan lalu satu jalan ni -- Fuji Subaru Line. Kat sini ada
musical road. Apebende musical road ni? Menurut Wikipedia -- “A
musical road is a road, or part of a road, which when driven over causes a
tactile vibration and audible rumbling transmitted through the wheels into the
car body in the form of a musical tune”. Ye, betul! A road that ‘plays’
music! Dia ada petunjuk -- not muzik dekat atas jalan or papan tanda supaya
korang boleh get ready. Tapi jangan lah tanya muzik apa yg dia main. Lol! Yang penting,
speed kereta kene betul kalau nak dengar muzik yang harmoni.
Rugi sapa tak dengar. Orang belakang
semua tidur. Ipin siap kejutkan lagi haa. Muzik dia memang seram. Dah la kiri
kanan pokok buluh. Krew TAB cakap kat sini tempat orang bunuh diri. Entah betul
ke tak, tak taw la. Korang boleh search dekat youtube muzik apa yang depa
dengar masa on the way nak ke station Gunung Fuji lalu Fuji Subaru Line ni. Nak
info detail,boleh refer website rocketnews24.com
and goinjapanesque.com pasal
musical road ni. Basically, benda ni dicipta oleh manusia. Bukan kuasa mistik or kuasa alam macam
yang diberitahu oleh Ipin sebab dia kurang arif pasal ni. Huhu!
4th station Gunung
Fuji ni nama dia Ohsawa Parking. Pada ketinggian 2,020m dari aras laut, korang
boleh nampak puncak Gunung Fuji dari pelantar view point. Kat sini la berlaku
insiden tolak-menolak antara pelancong China dengan pelancong lain. Excuse me! Kami
pun nak bergambar jugak. Bukan awak sorang je. Siap boleh block orang lain
lagi. Orang tu punya la lama posing depan puncak nak bergambar. Lepas bergambar
lebih kurang, saya ajak kawan turun. Masa turun tu, memang cekak pinggang la. Rasakan
penangan siku saya pulak. Hehe!
Plan nak makan tengah hari
terbantut lagi. Sebab ramai orang. Tak tahu nak duduk kat mana. Ipin suruh amik
bekal makanan dalam kereta lagi satu. Kot-kot boleh makan dalam kereta. Decide nak
tukar baju kurung selepas puas bergambar di depan puncak Gunung Fuji. Saya tukar
kat tandas awam ni. Tu pun ramai orang. Berderet beratur panjang sampai ke luar.
Bising tu tak payah cakap la. Sebab semuanya China. Tandas kotor? Itu normal
bagi dorang. Mananya nak flush toilet tu. Izzah and osmet yang lain tukar dalam
kereta je. Nasib kami dah siap-siap pakai baju lain sebelum sarung dengan baju
kurung.
Jam 3.30pm, kami bergerak ke
Lake Kawaguchi pulak. Destinasi terakhir kami untuk hari ni. Lake Kawaguchi
merupakan salah satu dari 5 tasik yang mengelilingi kaki Gunung Fuji ni. Lake Kawaguchi
ni terletak di sebelah utara Gunung Fuji. Mana satu utara? Korang tengok
sendiri la dalam map ye. Huhu! Tasik ni yang paling popular antara 5 tasik tu. Ada muzium, kedai-kedai, hot springs, and ada ropeway jugak. Tapi semua-semua
tu memang tak berkesempatan nak try. Sebab kau teruja dengan magnificient view
of Mount Fuji from the Lake Kawaguchi.
Kat sini, barulah kami boleh
duduk makan sebab ada meja and kerusi untuk berpiknik sambil menghadap Gunung
Fuji. Time ni, energy memang dah takdak sangat. So, saya just duduk-duduk saja
menikmati Gunung Fuji sambil muka ditampar-tampar angin. Sebab bekal dalam
kereta kami, saya pun bawak keluar dari kereta. Masa saya dengan Izzah makan,
Ipin pun sebok nak makan. Sebenarnya ramai lagi yang datang nak makan. Haha! Depa
yang makan breakfast pun lapar, lagi lah saya yang baru nak jamah nasi.
Sorang krew tanya, “Sedap tak lauk?” -- opkos la sedap. Bila
lapar, semua sedap kot. “Sedap! Tapi macam
makan nasi yang baru dikeluarkan dari peti sejuk tanpa dipanaskan dulu”.
Haha! Memang sejuk dia macam tu. masa makan pun tangan terketar-ketar sebab
sejuk. Masa nak bergambar pun, jangan posing lama-lama sebab memang tak tahan. Kesian
Ipin kesejukkan nak menghabiskan nasi dia. Haha! Walaupun makan lauk sardin je,
Alhamdulillah lebih dari cukup. Menangis kegembiraan.
Petang tu kami hanya
lepak-lepak di tasik je. Memang tak berjalan ke tempat-tempat lain. Ropeway pun
kami tak naik. Aktiviti paling simple -- berbasikal sekeliling tasik pun kami
tak buat. Masa semakin lewat. Kami perlu gerak semula ke Tokyo if taknak sampai
lewat malam sangat. Around 6.30pm macam tu, kami semua bergerak menuju ke
destinasi masing-masing. Sebab ada yang plan nak sambung jalan ke Tokyo,
sebelum memulangkan kereta malam tu. Then, krew bagi one day pass untuk perjalanan esok di sekitar Tokyo.
Bunga Sakura dekat sini tengah kembang. Alhamdulillah. Dapat jugak tengok bunga sakura tengah full blooming. Kalau kat Tokyo, memang bunga dah banyak gugur. View memang superb. Sudahlah bunga sakura yang jenis gebu-gebu tu. Memang geram je rasa. Saya tengok Izzah struggle nak snap pic dengan bunga sakura. Saya offer nak tolong tangkapkan gambar dia. Tak sangka dia eksaited pulak. Sebab tak ada orang pernah offer nak snap pic dia. Most of the time, dia memang banyak berjalan sorang-sorang sepanjang trip ni.
Izzah take over seat as a
co-pilot. Mata saya memang dah rabak dah waktu tu. serius mengantuk gile. Actually,
saya dah tukar seat dengan Izzah dari 4th station Gunung Fuji nak ke
Lake Kawaguchi lagi. Boleh tahan jugak depa ni sembang. Even dah sampai Tokyo,
saya bukak mata, Izzah still bersembang dengan Ipin. Sampai masuk dalam mimpi
saya. Haha! Malam tu, Ipin sempat bawak kami jalan-jalan area Ginza. Padahal sesat sebenarnya. Haha!
Balik ni kena pack barang. Esok
nak gerak awal. Walaupun flight petang, kami nak habiskan sisa-sisa masa
berbaki di Tokyo ni. Esok ke mana pula? Tunggu next entri. Sayonara!
No comments:
Post a Comment