07 May 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | First achievement, unlocked!


17 April 2016
 
Bangun pagi untuk Subuh ni terasa sayu. Subuh terakhir di Tokyo, Jepun. Lepas Subuh tu saya tak boleh tidur. Nak kemas beg, rasa macam menggangu osmet yang lain tidur pulak nanti. Yela, awal sangat pun kalau nak berkemas. Saya tengok osmet-osmet yang lain satu-persatu. Sorang-sorang. Lena betul tidur. Saya cuba pejamkan mata lepas dah set alarm di telefon untuk bangun jam 6am nanti. Pusing sana, pusing sini, tarik selimut. Semua tak kena. Rasa tak keruan. Rasa macam tak puas teroka kota Tokyo. Rasa macam menyesal sebab tak habis explore Tokyo ni. Apebende ntah rasa macam ni. Jiwa kacau betul.

Jam belum menghampiri 6am, saya sudah bangun. Tidur-tidur ayam je masa tu. Tak lama lepas tu, alarm saya berbunyi. Lepas dah bermalas-malasan sekejap, saya FaceTime dengan sahabat saya yang sedang melanjutkan pelajaran di Busan, South Korea. FaceTime saya betul-betul mengejutkan sahabat saya dari tidur.

Dengan muka sememeh baru bukak mata, gigih betul dia jawab FaceTime saya. Haha! Boleh dikatakan FaceTime kali ni, silent FaceTime je. Saya takut perbualan kami mengganggu osmet saya yang lain tidur. Kami hanya guna bahasa isyarat saja. Haha! Saya terkilan sebenarnya sebab tak dapat nak share view Tokyo Tower malam tu sebab dia ada dinner di rumah salah sorang classmate dia.

500ml. Tak boleh habiskan. Share dengan kawan

Jam 6.30am, saya dah siap berkemas. Kami plan nak checkout jam 7am. Nak simpan beg dekat coin luggage locker dekat Ueno station. Senang dari sana nanti, terus naik Keisei Line ke Narita Airport. Tu je motif gerak awal. Taknak kejadian di Shinjuku station berulang kembali. Hehe! Tapi biasala. Nama je jam 7am. Jam 8am jugak kami gerak. Macam biasa, “Awalnya nak keluar?”. Haha!


Keluar awal la tak ramai orang. Lagi pun meh la kita manfaatkan saki-baki masa yang ada berjalan-jalan buat kali terakhir. Pagi tu sangat sejuk. Malam tu, rupanya hujan. Tak sedar pulak. Mungkin penat sangat balik dari trip Lake Kawaguchi semalam. Saya sempat habiskan susu choc yang saya beli dekat AEON semalam. Alhamdulillah. Kenyang sangat. Boleh buat alas perut. Sebelum kami checkout, kami minta salah sorang osmet kami untuk tangkapkan gambar kami bertiga. Baru saya perasan, selama seminggu trip ni, takdak pun gambar kami bertiga. Sedih T_T

Acah-acah paham bahasa Jepun

Password locker korang

Dari Iriya station (H18), kami turun di Ueno station (H17). Selang satu station je. Kemudian, kami simpan luggage kami di coin luggage locker. Harga ¥700. Lama kami stuck kat sini sebab system dia cangih sangat. Nasib baik ada sorang staff yang ada kat sini tolong kami. Walaupun dia cakap Jepun, kami faham jugak sebab kat mesin simpan beg tu ada versi English. Setel! Next destination, kami nak jalan-jalan di Shinjuku. Cari LOVE Statue and tengok pemandangan satu Tokyo di Tokyo Metropolitan Government Building.

Dari Ueno station (H17), kami terus ke Ginza station (H08) dan kemudian tukar ke Marunouchi Line (M16) untuk ke Nishi-shinjuku (M07). Keluar dari station, kami nampak 7-11. Then singgah kejap sebab nak beli sarapan. Macam biasa; onigiri, and kuih dorayaki. Sebelah kedai 7-11 ada kedai ¥100 Shop. Tapi yela, pagi-pagi mana bukak lagi. Baru 9am. Masa kami keluar tu dari 7-11, angin kuar gile! Rasa nak terbang pun ada. Nasib la jalan raya dekat Jepun ni bersih. Kalau tak, dah boleh nampak scene habuk and sampah berterbangan.

Pancake gebu!

Sebab angin kuat, kami decide nak ke LOVE Statue tu melalui bangunan. Dari 7-11, jalan straight sampai jumpa building Shinjuku Island Tower. Then korang jalan je sampai jumpa pintu keluar yang lain. Kira kalau masuk dari pintu depan, keluar ikut pintu belakang la konsep dia. Nampaklah terpampang LOVE Statue kat situ. Sebenarnya tak plan pun nak ke sini. Sebab nampak Izzah tukar DP FB bergambar dekat sini. Kahkahkah!


Selepas dah berposing dekat situ, kami terus gerak ke Tokyo Metropolitan Government Building. Dekat sini ada apa? Dekat sini ada observation deck yang korang boleh view satu Tokyo dari situ. Lagi pun masuk free je. Tidak dikenakan apa-apa bayaran, maka haruslah kami ke sana. Kami ke sana jalan kaki je dalam 650m around 10 minit. Lebih kurang jam 10am, kami sampai ke building tu. Building ni ada dua bahagian. North and south. Kalau north tu, korang boleh view belah utara Tokyo. And south plak, opkos belah selatan Tokyo.





Masa nak naik ke atas, akan ada kaunter. Staff tu akan check beg korang dulu kot ada barang terlarang. Then boleh proceed beratur depan pintu lif. Akan ada sorang staff kat situ and dia yang akan tolong tekankan button lif dekat floor berapa korang kene turun. Floor 45 kot if tak silap. Dah naik atas tu, kat situ ada gerai-gerai. Mostly barang-barang souvenir la. Like keychain, souvenir coin, stamp nama korang dalam tulisan Jepun -- mana yang ada je la, and macam-macam lagi. Dari yang paling murah sampai yang paling mahal.









Actually figurine tu boleh menari. Macam Happy Feet!

Jam 10.30am, kami terus gerak ke Harajuku. Sebab member sorang ni nak cari souvenir. Ala, member yang MIA masa first trip kami ke sini. Haha! Rasa serba salah pulak kalau tak pergi sini. Sebab hari tu dia ada urusan yang memang tak dapat dielakkan. Kat sini kami berpecah. Saya masuk ke Daiso. Lagi dua orang pergi berjalan sekitar Takeshita-dori. “Jam 12 pm kita jumpa balik kat sini. Jangan lambat” -- saya berpesan.

Kami naik metro dari Tochomae station (E28) sebab tu station paling dekat. Tapi kena transfer dua kali. Takpa la. Transfer line ja. Bukan transfer train. Huhu! First tukar dekat Aoyama-itchome station. Amik Ginza line (G04), then turun dekat Omote-sando station. Tukar ke Chiyoda line (C04). And last sekali, turun dekat Yoyogi-koen station (C02). Keluar station, jalan ke arah kiri nak ke JR station. Opposite JR station, betul-betul main gate Takeshita-dori.

Lepas da beli barang sikit dekat Daiso, saya pergei beli crepes. Dah habis makan, saya ingat nak pergi beli potato crisps and cheese. Tapi ramai gile orang beratur. Panjang sampai ke luar. Saya malas nak tunggu sebab time tu dah hujan renyai-renyai. Saya patah balik ke Daiso berteduh kat situ. Masa ni dah nak dekat jam 11.50am.Mana depa ni? Takkan tak jumpa jalan balik. Ikutkan hati saya nak gerak terus ke airport. Haha! Tak keruan kalau menunggu ni. Saya try cari dorang. Tapi tak berharap kalau jumpa. Alhamdulillah, jumpa jugak dorang.

12.15pm, kami terus gerak keluar dari Takeshita-dori menuju ke station Yoyogi-koen (C02) sebab nak balik semula ke Ueno nak amik luggage yang kami simpan. Terpaksa berlari-lari anak sebab hujan macam nak start lebat da. Untung orang yang jual payung depan station ni. Haha! Dari station ni, turun dekat Omote-sando station. Lepas tu, amik Ginza line (G02). Then korang stay dalam train sampai la dekat station Ueno (G16). Plan asal nak ke Narita airport ialah jam 12pm. Tapi dah terlajak sejam, terpaksa la rushing. Dah macam ala-ala Amazing Race pulak.

Rehat sat! Amik napas.

Neves sangat. Masuk password pun salah.

Perjalanan ke Narita Airport dengan menaiki Keisei Line mengambil masa kira-kira sejam 45 minit. Turun dari train, kami terus ke pintu masuk Airport. Gate terakhir kami touch bersama-sama Suica card menjadi saksi kami yang itulah adalah perjalanan terakhir untuk pulang ke Malaysia. Lepas ni takdak gate nak touch da. Kemudian, kami refund kami punya Suica card. Kad ni expired 5 tahun lagi kot. Kalau tak silap la. And takdak plan nak ke Jepun dalam masa terdekat. At that time la. Dengan baki yang tinggal, setelah ditolak dengan caj apa semua, kami dapat ¥670.

Jam menunjukkan pukul 2.30pm. Before that, saya sempat amik map Narita airport ni. Map ni penting ye untuk mengelakkan korang drag banyak masa nak cari sesuatu tempat. Haha! Sebab kami dah pernah kena masa arrival dulu. Kami segera ke kaunter ANA untuk drop luggage. Tengok barisan dia kemain panjang, pusing-pusing, kami terus beratur. Staff yang jaga masa tu hensem. Muka baby face.  Nasib baik kaunter banyak. Urusan sekejap je.

Banyak shopping?

Selesai menunaikan solat, saya decide nak ke pejabat pos. Nak pos poskad dekat kawan yang stay di Korea sana. And pos jugak kat diri sendiri. Feeling-feeling ada penpal dari oversea. Lol! Malangnya pejabat pos dekat sini tak sediakan poskad. Sebab plan saya -- pergi pejabat pos, beli poskad, tulus-tulis sikit, beratur beli setem and terus pos. Tiba-tiba saya blur bila plan tak menjadi. Jam dah pukul 4pm. Saya dah pesan dekat kawan, kalau 4pm tak jumpa saya, check-in je dulu. saya cancel plan saya, terus berlari-lari ke kaunter sebab boarding jam 4.40pm. takut beratur panjang.

Bye! T__T

Masa dekat kaunter imigresen, saya beratur sekali dengan group akak-akak banker yang 6 orang tu. Alhamdulillah, ingatkan saya orang Malaysia terakhir. Lol! Hilang sekejap darah gemuruh. Tenang sikit. Saya tegur depa. Time ni la sempat borak-borak kejap. Padahal sama trip kot. Kahkahkah! Bukan apa, penginapan akak-akak ni jauh sikit dari penginapan yang lain. Ada la jugak borak-borak sikit masa trip tu. tipu takdak borak langsung. Depa tanya mana kawan lagi dua orang. Saya cakap depa da jalan dulu sebab saya ada urusan lain tadi.
 
First thing bila saya dah lepas security check, saya carik dulu boarding gate. Paling hujung! Bila dah jumpa, saya patah balik naik atas. Jalan-jalan sekejap. Kat sini banyak kedai-kedai jual souvenir. Plan nak makan mee udon halal kat airport ni terbantut lagi. Sebab urusan saya yang tak jadi tu. And saya dah berpecah dengan dorang. Waaa! Mengidam. Nak kene repeat Jepun lagi ke? Kalau tak drag masa dekat Tokyo tadi, mesti tak rushing macam ni. Takpa, positif ja. Kita hanya merancang. Saya duduk dekat mana-mana bangku, FaceTime dengan kawan saya dekat Korea.


Saya FaceTime dengan dia sampai bateri fon saya tinggal 5%. And ngam-ngam dengan staff buat pengumuman flight ke KL. Malas dah nak keluarkan powerbank bagai. Nati dalam flight boleh cucuk USB, charge dekat situ je fon saya. Masa beratur, baru saya nampak muka kawan lagi dua orang. Depa sempat shopping dekat Uniqlo. Menghabiskan duit katanya. Kami beratur nak naik bas untuk ke kapal terbang. Macam yang saya bagitahu kat first entri, gate depa memang banyak. Tapi always full. Kapal terbang yang kami nak naik ni dia park tepi-tepi je.

Angin Kencang~

Dekat luar terminal, angin memang kuat sangat. Masa kami on the way ke airport naik train pun, kami boleh tengok pokok-pokok and rumput-rumput yang melentok ke bawah sangat sebab angin kuat. Masa nak naik tangga kapal terbang pun, rasa nak tergolek kalau tak pegang tepi tangga tu. Masing-masing dah amik seat. Flight jam 5pm. Saya dah siap-siap charge fon and cucuk headfon nak layan movie dalam flight. Tengok dekat luar tingkap, angin masih lagi kencang. Tiba-tiba pramugari buat pengumuman mengejut.

ANA request for taxiing

Dia cakap flight delay sebab ada tiga orang penumpang yang dah drop luggage tapi tak boarding lagi. Pengumuman nama dorang pun dah buat banyak kali. Jadi, krew decide nak keluarkan luggage dorang dari kargo. Lama jugak ye nak keluarkan luggage dari dalam perut kapal terbang. Dalam masa 45 minit tu, banyak kali dia buat pengumuman memohon maaf apa semua. Kemudian, ada pengumuman lain pulak. Krew cakap flight delay due to the strong wind. Ok, itu kuasa Tuhan. Takkan kau nak lawan. Pramugari datang bagi gula-gula tanda mohon maaf mungkin? Haha!

Sementara flight tak take off lagi, saya sempat la online -- FB, Twitter, Instagram, Wechat, WhatsApp apa semua. Line telefon ada lagi kan. Haha! Sambil-sambil tu jugak saya inform kawan yang tolong amik saya kat KLIA nanti yang flight delay and dijangka sampai jam 3am. Dah bosan dengan social network, saya layan movie dalam flight. Sambung tengok anime yang terganggu dengan macam-macam pengumuman and tak sempat habis hari tu. Jam 7pm, baru flight boleh take off. Sayonara Japan!


Malam tu, kunun nak marathon semua movie yang ada dalam flight. Sekali hampeh, movie tu yang tengok saya. Mengantok yang amat sangat. Lagi-lagi lepas makan. Pasal makanan, before makanan diedarkan, pramugari akan buat confirmation. Lepas tu depa akan lekat sticker MOML -- Muslim Meal dekat seat korang untuk memudahkan depa serve makanan. Sebab golongan kami minority, depa serve makanan untuk kami dulu. Makanan malam tu tak berapa kena dengan anak tekak saya. So, tak boleh nak habiskan. Sedar-sedar je, tray makanan dah takdak. Haha!

Menu dinner. Tak habis makan ikan mentah tu je

Flight 8 jam malam tu. why pergi 7 jam, balik 8 jam? Sebab beza waktu Malaysia dengan Jepun ialah Jepun sejam awal. That’s why la. Sampai dekat KLIA, rasa awkward pulak sebab lagi ramai warga asing dari warganegara sendiri. Haha! Sudah lah jetleg. Sampai-sampai je tak nampak sangat muka Malaysian. Lepas dah amik luggage, kami berjalan ke Arrival Gate. Nak pulangkan portal wifi yang kami sewa dekat KLIA sana.

Bukak mata je, dah sampai Malaysia da

Dah setel semua, kami pun berpisah. Depa dua orang tak terus balik rumah. Penat nak travel. So stay dekat surau. Saya terus balik ke Klang. Kawan saya jemput. Sebab penat sangat, saya tak jadi nak balik Shah Alam -- rumah kakak saya. Perjalanan dari KLIA - Klang pun saya terlelap. Lagi lah Klang - Shah Alam. Itu bukan saya yang drive. Saya jadi penumpang je. Bila hari dah siang, baru saya balik KL.

Terasa sekejap je masa berlalu sepanjang trip Jepun ni. Rasa macam semalam baru dekat Jepun, hari ni dah ada dekat Malaysia. Entah berapa lama amik masa nak move on dari trip Jepun ni. Sampai setel semua entri pasal trip Jepun la kot. Haha! InsyaAllah next entri saya share pasal perbelanjaan saya sepanjang trip ni. Ini bukan percutian bajet ye. Kalau nak bajet, boleh plan sendiri. Tak perlu amik pekej dah. Saya selalu salute dengan orang yang boleh plan trip sendiri ke mana-mana pun dia pergi.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment