29 May 2011

Sayang atau cinta?

Salam semua.

Dalam entri lepas, kita da tengok da.. Apa perbezaan antara cinta dengan suka? Sebenarnya, perkataan suka, cinta dan sayang itu membawa maksud yang berbeza. Tengok tajuk entri pun dah tahu, kali ni kita tengok pulak apakah itu sayang dan apakah juga itu cinta.

Cinta - Perasaan yang terlalu dalam. Ia terdiri dari pelbagai jenis dan mempunyai banyak ragamnya. Cinta adakalanya dianggap sama dengan kasih sayang. Kasih sayang dan cinta itu sendiri ada bezanya. Kasih sayang itu lebih ringkas dan mudah, tapi cinta pula lebih kompleks dan sukar untuk diperoleh.


Nak dipendekkan di sini, kasih sayang adalah sebahagian dari cinta. Ia adalah sebahagian nilai yang perlu ada pada diri seorang pencinta. Dan seorang pencinta sewajibnya mampu untuk berkasih sayang. Tanpa kasih sayang, cinta tidak bermakna. Maka, kasih sayang itu adalah pelengkap kepada cinta.

Biasanya, kasih sayang lebih ditujukan kepada kasih ibu bapa kepada anak, kasih guru kepada murid, kasih Nabi kepada umat. Tapi apabila kasih sayang mencapai tahap cinta, maka perasaan itu jauh lebih mendalam dan jauh lebih berkesan dalam jiwa orang yang saling mencintai.


Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga, mempunyai rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi, malah terlalu sempurna dan berpanjangan, dan jika boleh.. Untuk selama-lamanya. Nak diringkaskan di sini, tiada perbezaan yang nyata antara kasih sayang dan cinta tapi yang pastinya, kasih sayang adalah pra-syarat dan pelengkap kepada cinta yang dibina.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Saifad Effa said...

yurp!cinta dan syg itu berbeza.besar perbezaan ;P

nadeafu chan said...

Betul..tapi ramai yg xdpt nak bezakannya lagi

Mushi Smile said...

betul...sy setuju dengan apa yang awak kongsikan...^_^

cik najihah said...

hai nadiah..
CN datang singgah sini :)

nadeafu chan said...

@ Mushi Smile : saya terpanggil untuk berkongsikan entri ni sebab saya sendiri ada sedikit konpius hehe

nadeafu chan said...

@ cik najihah : jemputlah singgah2 selalu k :) thanks

Post a Comment