14 May 2011

Warkah Akasyah Contest : Guruku Penyumbang Ilmu

Salam semua.

Hari ni aku rasa terlebih rajin pulak. Ni contest yang kedua aku join.. Untuk hari ini saja. Hehe. Bukan apa.. Saja je nak isi masa lapang.

Hari guru pun dah nak tiba. Macam yang korang tahu, tengok tajuk pon korang dah boleh tahu yang contest ni adalah untuk kita menghargai guru, cikgu atau sewaktu dengannya.. Yang pernah mendidik kita sehingga kita berjaya ke menara gading :)

nak join, klik saja lah :)

**********
Ada sorang cikgu ni, nama dia SITI HAWA. Masa aku sekolah menengah dulu.. Aku panggil dia Cikgu Hawa je. Ada sesetengah kawan-kawan aku panggil Pn. Hawa. Aku tak tahu kenapa tiada panggilan 'cikgu' di depan nama dia. Mungkin dorang rasa nampak macam budak-budak. Bagi aku, tittle 'cikgu' tu lah yang lekat sampai bila-bila even dorang dah pencen ke.. Dah tak dek kat dunia ke. Betul tak?

Cikgu Hawa mengajar subjek Fizik. Masa aku tingkatan 4 dengan tingkatan 5, dialah cikgu yang sama, yang setia mengajar subjek Fizik tu. Sebenarnya, aku nih bukan suka sangat subjek Fizik tu. Apa lagi banyak melibatkan bermacam-macam teori dan eksperimen. Bila tiba subjek Fizik, aku dipaksa duduk di meja depan dalam makmal Fizik. Nak tak nak terpaksa la. Sebab belah-belah belakang semua dah penuh.

Bila aku terbaca pasal contest ni, tiba-tiba muncul terbayang-bayang wajah cikgu Hawa ni. Kebetulan pulak, baru tadi nampak dia. Tapi tak sempat bertegur sapa pon apatah lagi nak bertanya khabar. Adakah dia masih lagi mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak? Kelihatan dia macam tergesa-gesa. Tak pe lah.. Mungkin tak dek jodoh. Bila terpandang dia je, hati aku tiba-tiba rasa sebak. Kenapa? Aku kurang pasti. Mulalah terbayang-bayang memori silam dengan Cikgu Hawa.


Masa mula-mula aku baru pindah sekolah nak naik tingkatan 4, subjek Fizik aku memang fail la. Setiap kali ujian, markah mesti ciput-ciput jerk. Sedih memang sedih tengok markah kawan-kawan yang lain sume tinggi-tinggi. Lagi pulak dorang nih semua anak-anak yang gi tuisyen. Aku? Aku belajar sorang-sorang je kat rumah. Ada satu ayat cikgu Hawa yang aku ingat sampai bila-bila, "Fizik ni senang je. Kene paham teori dan yang penting ikut logik". Terbayang-bayang senyuman dia.

Dari situ lah aku start ulang balik subjek Fizik tu dari A sampai Z. Bila ada masa lapang, lagi-lagi waktu rehat.. Mesti buku Fizik yang aku akan bukak. Seolah-olah macam aku amik satu subjek je, Fizik. Fizik.. Fizik.. Fizik.. Masa nak SPM dulu, aku sempat berjumpa dengan Cikgu Hawa. Dia pulak sempat bagi tips, soalan spot, kata kunci dan lain-lain lagilah. Alhamdulillah, aku boleh jawab dengan baik. Terngiang-ngiang lagi apa yang dia cakap dulu tu. Huhu.

Alhamdulillah.. sejak dari tu, Fizik merupakan subjek kegemaran aku. Masa kat matrik dulu pon, aku amik subjek Fizik. Masa sambung belajar kat U pon, aku berada kat Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Dan sekarang, aku bakal menjadi seorang ahli Fizik pula :)

p/s :
Kalaulah cikgu masih ingat saya dan cikgu tahu blog saya ni =.=


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Saifad Kamal said...

jangan risau..cikgu akan sentiase ingt pd anak2 muridnya. even dia xtau di mana kite skng ;)

nadeafu chan said...

@ Saifad Kamal : InsyaAllah..mudah-mudahan cikgu ingat lagi sape saya :)

**::CIKNUURUL::** said...

waa,terharu,.msti bangga ckgu hawa tu bile die dpt bce entri awk ni,.hermm,.bestnye kan,kite jd ckgu,.well,pape pon,thniah sbb mnang jgk,.jenguk2 la CN jgk ek,.hehe,.

nadeafu chan said...

@ Cik Nuurul : eh..ape yg menang? menang ape?huhu tittle 'cikgu' tu akan lekat sampai bila2 :)

Anonymous said...

saya nih tengah mencari kenalan sekolah pada tahun 1988.mana ler tau..kut kut ade abang abang atau kakak kakak anda semua pernah belajar di sekolah kebanggaan saya ni pada tahun tersebut...boleh ler email pada saya- aziz.mohamad@tm.com.my

nadeafu chan said...

@ Anonymous : maaf..saya ada abang belajar di situ tapi bukan pada tahun 1988 :)

Post a Comment