Salam semua.
Hari ni semuanya berjalan lancar. Pagi-pagi macam biasa, kene wat daily QC untuk uniformity gamma camera and kene tune balik PMT supaya tak dek masalah masa scan pesakit nanti. Hari ni giliran Wan, salah sorang budak kos yang sama tempat praktikal jugak buat QC ni.
Petang pulak, dalam pukul 3 pm.. Kitorang follow abang Sukrie dan kak Diyana gi survey patient kat wad radioiodin. Radioisotop jenis nih sangat bahaya. Mudah meruap. Task ni, Ain yang budak dengan abang Sukrie. Kebetulan minggu ni turn abang Sukrie. Da alang-alang, follow je la. Dapat jugak belajar benda baru. Nak survey ni just guna survey meter saja atau meter tinjau dalam bahasa Melayu nya. Huhu.
Masa nak survey patient ni, kena pakai lead apron dengan thyroid protection. Ini sebagai perlindungan dari terdedah kepada radiasi. Prosedur dia senang je, kena amik bacaan pada jarak jauh, lebih kurang 1 meter. Then pada jarak dekat pulak, berhampiran dengan leher pesakit di mana pesakit mengalami sakit thyroid.
Survey patient ni dibuat sehari sebelum pesakit kene scan di bilik kamera gama. Selalunya, pesakit akan diberi minum pada hari Isnin. Kuantiti yang diberikan oleh doktor bergantung pada tahap thyroid yang di alami oleh pesakit. Selalunya 150 mikro Ci atau lebih kurang dalam 5 ml. Cuba bayangkan, korang nak ke minum radioisotop yang sangat radioaktif tu?
pembengkakan kalenjar tiroid |
Separuh hayat I-131 ni lebih kurang 8 hari. Sebab tuh pesakit diberi minum pada hari Isnin, hari Khamis pembantu perawatan perubatan akan membuat tinjauan bacaan iodin dan pada hari Jumaat sebelah petang pula.. Pesakit akan di scan dengan menggunakan kamera gama. Kalau pesakit minum iodin hari Selasa, bacaan yang akan diperolehi semasa tinjauan terhadap pesakit dibuat akan menunjukkan bacaan yang tinggi. Pesakit akan dibenarkan pulang apabila bacaan aktiviti I-131 kurang dari 6 mikro Ci.
Abang Sukrie cakap, bila kita terdedah kepada I-131 ni, badan kita akan terasa letih. Sebab sel-sel darah putih terpaksa berkerja keras untuk menggantikan sel-sel yang telah diserang oleh radioisotop tadi. Kesan tadi tak berapa nampak sangat sebab kitorang dok dalam tu selama 15 minit saja. Kalau kita berada berhampiran dengan pesakit yang baru lepas minum iodin, kita akan terasa aura I-131 tu. Badan kita akan rasa panas and rasa tak selesa juga.
Balik keje sampai-sampai rumah aku terus terlelap. Memang letih yang amat la. Mungkin sebab kesan radiasi dari I-131. Oklah! Stop sini dulu. Adios!
p/s :
Kesian tengok makcik and pakcik yang dah tua-tua tadi =.=
2 comments:
amboi...letihnye mengalahkan org yg wat survey hik3 awal giler tidoq!tp ari ni mmg best kan.syiokkk!
@ Syafadillah Kamal : syhhhh~ tapi terkene tempias jugak hehe
Post a Comment