Salam kepada pembaca semua.
Hari ni hari Jumaat, hari yang mulia.. Penghulu bagi segala hari. Hari ni barulah aku dapat bertemu dengan penyelia aku kat JPN-HKL ni, juga selaku ketua jabatan. Senang citer panggil bos la. Bos ni baru naik pangkat. So, dia kena keja kat dua tempat. Terpaksa la bai! Hari Isnin dan Jumaat saja dia ada kat JPN ni. Hari Selasa, Rabu dan Khamis dia hilang. Bukan hilang apa.. Dia ada kat Putrajaya.
Bos ni happy-go-lucky orang nya. Friendly, suka buat lawak, suka usik staf-staf kat JPN ni. Memang betul la kata staf-staf kat situ.. Kalau bos tak dek, sunyi je la. Memang hari ni asik gelak je. Haha. Tapi bila jumpa bos, rasa stress pulak memikirkan projek yang dia bagi. Bukan apa, kitorang nak praktikal, tak nak keje-keje yang memerlukan research macam tu. Cukup lah masa buat tesis dulu. Tak sanggup dah.
Masa mula-mula kene panggil jumpa dengan dia, cuak jugak. Dah lama-lama tu.. Ada gelak-gelak sikit. Ada jugak dia selang-selikan cadangan projek dengan gelak ketawa. Antara staf-staf kat situ, dorang memang tiada rahsia. Memang sangat open la. Ape-ape je, mesti nak bagitahu satu unit Fizik tu.
Tadi memang kene hentam teruk dengan dia la. Soalan basic pon tak boleh jawab. Apa itu radiasi? Apa jenis-jenis radiasi? Bukan tak boleh jawab la.. Tak makan lagi. Huhu. Lagi pun memang betul cakap bos, kitorang memang tak bersedia lagi untuk praktikal ni. Huhu.
Seharian ni, memang asik jumpa bos je la. Sekali jumpa je dah berjam-jam. Bila dah jumpa bos memang happening je rasa. Tapi bila bos tak dek macam mati kutu pun ada. Bila teringatkan projek yang bos bagi, stress pulak! Haha.
p/s :
Persediaan mental dan fizikal itu sangat penting, Ok!
2 comments:
ahaha si incik bos mmg happening orangye.cume yg wat x bape nak heaven tu bile pk balik pasal projek. aiyyaaarkkk~
@ Syafadillah Kamal : taw xpe..nak tak nak kene buat jugak projek tuh =.=
Post a Comment