20 May 2011

Antara cinta dengan suka

Salam kepada korang-korang semua :)

Kebanyakan orang bila ditanya persoalan tentang perasaan yang terbit dalam hati terhadap pakwe makwe masing-masing mesti terkedu, tak tahu nak jawab apa. Tak pasti jawapan mana yang paling tepat. Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada jugak rasa suka.  Aku juga tak terlepas dengan soalan cepu mas tu yang selalu ditanya oleh Sai :)


Namun korang-korang kene ingat.. Cinta dan suka adalah dua perkara yang berbeza. Mesti ramai antara korang yang keliru dengan dua istilah tersebut.. Sebab susah kot! Aku sendiri kadang-kadang ada terkonpius sikit. Cis! Kat bawah ni nak bagi sikit contoh perbezaan antara cinta dan suka. Usha jap dan bandingkan kat mana perasaan korang yang sebenarnya. Ok!

**********

Di depan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kita kelu untuk berkata-kata tapi di depan orang yang kita suka, lidah kita bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cintai itu menangis, kita akan turut sama menangis tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba membuatkan dia gembira.

Di depan orang yang kita cintai, musim sentiasa berbunga-bunga tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.

Di depan orang yang kita cinta, kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan tergores tapi di depan orang yang kita suka, kita terlalu mudag untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kita dengan orang yang kita suka.

Perasaan cinta bermula dari mata tapi perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, kalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, ia umpama kita membuang telinga kita tapi jika kita cuba menutup mata, cinta pulak berbuah jadik air mata.


**********

So? Korang dah ada jawapan? Suka ke cinta? Tepuk dada.. Tanyalah diri sendiri. Ok!

p/s :
Lelaki mengatakan ingin berkahwin di masa akan datang. Kebanyakan lelaki akan berkomitmen setelah 5 tahun mempunyai pekerjaan yang tetap.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

9 comments:

Anonymous said...

betul~

nadeafu chan said...

@ Saifad Effa : apa yang betul?huhu

Anonymous said...

about love and sayang..i can feel da different ;)

nadeafu chan said...

@ Saifad Effa : about love and sayang? tapi entri ni between love and like hehe

Anonymous said...

samo yo la...huhuh ok.but there still have their differences rite ;)

nadeafu chan said...

@ Saifad Effa : yurp! absolutely..not a slightly differences but a big differences :)

bawiiee Lee said...

ayat power

Unknown said...

if she are my destiny soul-mate, then it's a LOVE. if she are good friend in need, then it will be.. i LIKE her.

nadeafu chan said...

@ AcidFlynN Wraith : from a good friend also can be a soul-mate rite? :)

Post a Comment