Salam semua.
Nak cari incik abang yang tepat dan menepati citarasa bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi jangan sampai incik abang yang sudah ada di depan mata hilang macam tu je sebab standard yang diletakkan terlalu tinggi. Biasa-biasa je dah la.. Sederhana.. Bak kata orang, zuhud. Hehe. Tapi kalau nak tetapkan jugak, janganlah sampai keterlaluan ye! Cukup sekadar seperti contoh-contoh kat bawah ni.
**********
# 1 - Incik abang telah melakukan kesalahan dan telah pun meminta maaf.
Standard ganda :
Meminta maaf dengan memberikan hadiah kecil.
# 2 - Incik abang ada pendapatan tetap.
Standard ganda :
Mempunyai pendapatan tetap dan simpanan yang mencukupi
# 3 - Incik abang itu jujur orangnya.
Standard ganda :
Jujur dan tidak pernah berahsia atau menyimpan apa-apa rahsia dari korang.
# 4 - Incik abang tak kesah kalau berat badan naik 5 kg sekali pun.
Standard ganda :
Incik abang berpendapat bahawa kamu sangat comel bila gemuk.
# 5 - Incik abang tidak melirik perempuan lain bila keluar dengan korang.
Standard ganda :
Korang tidak syak apa-apa setiap kali berbual pasal model-model hot and spicy yang dilihat kat tibi.
# 6 - Incik abang sering meluahkan rasa cintanya.
Standard ganda :
Selain meluahkan rasa cintanya.. Incik abang ni jugak selalu bagi sebab kenapa dia sayang korang.
# 7 - Incik abang menghormati orang tua korang.
Standard ganda :
Incik abang bukan saja menghormati mak ayah korang. Dia juga tak kedekut dalam membelikan buah tangan untuk mak ayah korang bila bertemu.
# 8 - Mengingati setiap hari istimewa.
Standard ganda :
Incik abang bukan saja mengingati setiap hari penting. Setiap kali ulang tahun contohnya, dia pasti akan melakukan sesuatu yang istimewa untuk korang. Biar pun adakalanya tidak mengeluarkan wang, tetapi ianya amat istimewa.
**********
Bila incik abang sudah memenuhi syarat-syarat kat atas tu, maka dialah Mr. Right yang korang carik. Bila incik abang juga sudah memenuhi standard ganda korang, anggaplah ia sebagai satu bonus yang membolehkan korang duduk bersama dia dengan lebih selesa :)
demand sangat! tunggu la ko sampai jadik tengkorak haha |
p/s :
Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu. Andai kata dunia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa kerana cinta itu satu anugerah, bukan satu hasil usaha. Cinta berasal dari Dia.
Al-Hujairi | Kasyf Al-Mahjun
4 comments:
slm.. hye..
sy dh jmpe mr right spt ciri2 kt ats.. tp apekan daye, kuase Tuhan melebihi segale2nyer.. we're nOt meant tO be.. [family matters]
pe pOn syukur sbb Tuhan menemukan sy n die.. wlpn bahagia itu sementara, tp ia sgt bermakne dan x ternilai hargenyer.. T_T
@ Miss R : mungkin Tuhan ingin menemukan kamu dengan mr. right yang lebih baik dari dia. siapa tahu? jodoh di tanganNya..InsyaAllah :)
List tersebut adalah checklist untuk Cik Nadeafe sendiri sebenarnya haahahaha sebab nye lain orang, mesti lain check list . hahah gurau je
@ AcidFlynN Wraith : hehe mana tahu ni? ;p pandai la aha
Post a Comment