Salam semua.
Tengah hari tadi cuaca panas gila. Memang terasa bahang nya kat kulit. Macam kene siat-siat lepas tu direbus. Ok! Yang tu tipu saje. Tapi betul la.. Memang panas. Sekarang ni pulak awan bertukar menjadi gelap. Guruh berdentum-dentum. Budak-budak anak jiran sebelah ni memang tak reti nak balik agaknya. Atau mak ayah dorang tak dek kat rumah.
Tepat pukul 2 pm, aku dengan kawan aku, Rindi keluar rumah menuju ke bus stop. Rindi ni student international. Dia stay kat rumah aku sepanjang buat praktikal kat HKL selama 3 bulan ni. Esok kitorang da start praktikal.
So, saje je hari ni jalan-jalan nak survey tempat.. Kunun-kunun je la. Haha. Tunggu punya tunggu.. Sampailah bas rapid. Tu pun setelah 40 minit menunggu. Hari ni tak banyak bas pulak. Cuti agak nya sempena Hari Pekerja yang jatuh bergolek-golek pada hari Ahad semalam.
Sebenarnya nak naik bas Metro 41, tapi tak dek pulak. Naik je la bas rapid tu. Tambang RM1.90. Malas nak kasi duit syiling. Aku hulur je duit kertas RM1 sebanyak 4 keping. Aku tak suka sangat naik bas rapid ni. Sebab nya.. Ramai gila bangla dengan indon. Apesal ntah! Tapi dorang sangat advance. Bayar tambang pakai kad je. Aku pun baru je tahu pasal tu.
Tapi aku guna cara old school je. Sebab da tak dek pilihan lain, terpaksalah naik jugak bas rapid tu. Ada jugak aku toleh-toleh sebelum naik. Kot-kot bas Metro 41 datang ke. Perjalanan nak ke HKL je da makan masa 40 minit jugak. Cuba la korang kira-kira.. Agak-agak kitorang kene keluar pukul berapa dari rumah kalau masuk keje pukul 8 am?
Nasib baik depan HKL ada bus stop. Memang berhenti betul-betul depan main gate HKL tu. Aku nak tanya korang.. Kalau bas berhenti, apa yang turun dulu? Jawab.. Jangan tak jawab. Lepas da turun tu, kitorang melilau jap cari papan tanda. Kat mana la Jabatan Perubatan Nuklear ni?
Ok! Dah jumpa! Dia menghala ke ke kiri kitorang. Kitorang pun berjalan.. Berjalan dan berjalan. Tiba-tiba nampak plak kawasan zon kecemasan. Da konpius jap! Betul ke jalan yang kitorang amik ni? Hopefully bukan jalan yang membawa kepada kesesatan yang hakiki la.
Mata melilau lagi. Baca peta kat papan tanda pun tak paham jugak. Tiba-tiba, "Hah! Tu.. Bangunan dia!". Excited betul Rindi ni. Nasib baik dekat je nak jalan. Kat belah belakang hospital sikit. Dia tersorok. Macam malu-malu je. Kitorang pun berjalan la ke arah bangunan tersebut. Macam tak dek orang je. Sunyi sepi, suram, gelap, malap, semua la ada.
Ada cleaner, pak guard dengan juru rawat lelaki je. Kalau ternampak la. Juru rawat lelaki penggil ape hah? Mungkin sebab ada word nuklear, jadi memang orang tak berani nak ke sana. Kitorang ragu-ragu. Nak masuk ke tak nak. Masalahnya boleh masuk ke tak? Sebab nampak pak guard, terus macam cuak, tak berani. Haha.
Last-last kitorang decide nak balik je la. Lagi pun dah tahu tempat dia kat mana. Esok tak dek lah kelam kabut nak mencari kat mana jabatan tu. Ok! Masa aku menaip entri ni, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Rahmat Tuhan untuk umat manusia sekalian alam.
p/s :
Kenapa orang takut dengar perkataan nuklear tu?
2 comments:
maap la ye.mase ni i x dpt nak join u all.tp skng dah abes jln2 blm?beso kot huhu
@ Syafadillah Kamal : dah nak dekat masuk 2 minggu kat HKL, xabes round2 lagi hehe
Post a Comment