Salam semua.
Seperti yang korang semua sedia maklum, tambang bas Rapid sekarang ni bayar guna kad saje. Kad ape? Aku rasa kad Touch n Go kot. Tapi bas Rapid sendiri ada menyediakan kad tersebut. Tak silap aku nama dia kad Rabbit. Kalau aku salah, maaf la ye!
Masa mula-mula sistem tiket kad ni, agak sukar jugak la. Pemandu bas terpaksa mengambil masa dalam lebih kurang setengah jam untuk melayan kerenah penumpang. Biasa la, benda baru. Kene la explain lebih sikit. Nak explain pun kene pandai jugak. Mahunya penumpang lari kang. Tapi aku rasa kejadiaan macam tu tak pernah berlaku lagi. Hehe.
Bagi orang muda, kanak-kanak sekolah, pekerja-pekerja yang educated tak kira bangla, indon, vietnam mahu pun bangsa-bangsa lain.. Sistem ini sangat memudahkan mereka. Tidak perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk tambang. Hanya mengeluarkan sekeping kad dan sentuh saja, tambang mereka sudah dibayar secara automatik.
Tapi macam mana pula bagi golongan makcik-makcik yang tak educated? Tentu sistem ini menyusahkan. Lagi-lagi yang dok kat pedalaman.. Nak naik bas pun susah. Nak gi bustop pon kene jalan jauh setengah kilometer.. Ade ke? Aku tak pasti. Hehe.
Kesian la kat golongan macam ni. Punya berjam-jam tunggu bas, last-last tak boleh naik sebab tak dek kad. Ada plak bas Rapid yang dah siap-siap tampal notis, BAS INI HANYA MENGGUNAKAN KAD TOUCH N GO SAJA. Boleh pulak la kan.. Kalau yang buta huruf macam mana?
Masa aku balik keje tadi, ada la beberapa jenis golongan yang dah naik bas, tapi terpaksa turun balik sebab tak dek kad. Ini berlaku pada golongan makcik-makcik serta orang-orang yang tak educated. Golongan yang memang tak tahu atau kurang tahu akan kewujudan sistem ini. Yang kesian tuh yang tua-tua la. Yang si pemandu pulak, macam acuh tak acuh je layan golongan-golongan macam ni. "Ada kad ke tak? Kalau tak dek tak boleh naik bas". Sentap mak nak!
Ada sesetengah orang yang menganggap sistem kad ni bagus.. Ada jugak sesetengahnya yang kata tak bagus. Secara peribadi, sistem ni bagus. Ada diskaun 20% lagi kepada pengguna kad Rabbit atau Touch n Go ni. Tapi sampai 31 Mei 2011 je.
Tapi tu la.. Tolonglah bersikap friendly sikit dengan orang awam. Kalau yang tak tahu, tolonglah explain. Memang ada disediakan gambar rajah kat situ cara-cara nak beli kad dengan tambah nilai. Tapi tulisan dia kecik bai! Dah namanya rabun, memang kurang jelas.
p/s :
Kenapa eh nama dia kad Rabbit? Nak kata bunyik bit.. Tak dek dengar pun.
2 comments:
sila sentuh semula..tambang sudah dibayar..sila tambah nilai ahahaha
@ Saifad Kamal : sila sentuh satu kad sahaja haha
Post a Comment