Salam semua.
Pagi tadi aku start keja dengan cuaca yang buruk. Bukan buruk apa pun.. Hujan lebat yang teramat. Memang selebat-lebatnya la. Tak dek tanda-tanda yang hujan tu nak berhenti dalam masa yang terdekat tu. Pagi tadi pun aku gi keja incik ayah yang tolong hantarkan sampai HKL. Mulanya nak hantar sampai depan bus stop je. Last-last hantar sampai HKL da alang-alang.
Incik ayah drive ke HKL lalu jalan Sentul. Kitorang keluar rumah pukul 6.05 am. Masa tu jalan raya lengang lagi. Kenderaan pun tak banyak. Yela.. Hujan kan. Memang incik ayah speed la.. 120 kot. Dalam masa lebih kurang 15 minit, sampai da HKL. Sangat cepat. Macam tak percaya pun ada. Haa amik kau! Pukul 6.30 am dah terpacak kat depan HKL sana tu. Haha.
Awal lagi, ada masa lagi sejam. Tak tahu nak buat apa. Jalan-jalan jap, gi kafe, beli sarapan, tapaw sekali. Lepas ni malas dah nak turun. Jauh kot. Waktu keja kitorang start pukul 7.30 am - 4.30 pm. First job, pagi-pagi lagi da kena buat Kawalan Kualiti harian (Daily QC). Sebelum nak scan pesakit, kamera gama.. Iaitu alatan yang digunakan untuk scan imej kene kalibrasi dulu. Ini bagi memastikan untuk mendapat imej yang sharp.
Sebelum buat QC, penyediaan radioisotop Tc-99m perlu dilakukan. The main function is to tuning the photomultiplier tube (PMT) and uniformly the gamma camera. Macam kita main gitar la.. Lepas dah main-main, goreng-goreng.. Tali dia kene tune balik untuk digunakan lagi lain kali. Lebih kurang macam tu la. Lagi pun nak tengok samada kesemua 59 PMT yang ada kat kamera gamma tu berfungsi dengan baik atau tak.
Petang nya pulak, memang tak dek keja. Sebenarnya lepas da buat QC sebelum waktu rehat pagi tu memang dah tak dek keja la. Sape yang betul-betul tak dek keja memang dok nganga je la. Ada sorang member aku nih asik main game je. Dia akan berhenti bila bateri handset dia da mati. Kalau main game kat handset orang pun, bila bateri dah merah tinggal bape belas percent je.. Baru dia pulangkan balik kat tuan dia.
Petang ni cuaca cerah. Tunggu bas macam biasa je. Semalam dah prepare Touch n Go siap-siap. Sebab dah decide pergi balik nih nak naik bas rapid je. Tunggu punya tunggu, bas Metro 41 pulak yang sampai dulu. Lain yang ditunggu, lain pulak yang muncul. Tak pe la, naik je la. Nak cepat sampai rumah sebenarnya. Lagi pun tak tahu berapa tambang. Kot-kot murah ke.. Naik je la. Haha.
Sekali tambang dia sama je, RM1.90. Baik naik bas rapid. Sama je harga tambang. Cet! At least dapat jugak duduk walaupun dah tengah-tengah jalan. Bas Metro 41 nih ramai orang. Sendat jugak la macam sardin. Tak pe.. Tak pe.. Lepas nih naik bas rapid je. kad Touch n Go pun dah da. So, memang tak dek masalah la. Hehe.
Oklah, stop sini dulu.
Adios
2 comments:
mmg giler la kan hehe kul 6.30 dah ade kat spital.tp malangye sume berkunci.sampaikan tandas pun kunci!huuuuu~
@ Syafadillah Kamal : gile hebatkan penangan sakit perut di pagi hari tu hehe
Post a Comment