04 May 2011

Hari pertama di HKL

Salam kepada pembaca semua.

Hari ni, bersamaan dengan 3 Mei 2011.. Aku dah start buat praktikal kat HKL. Semalam aku dah jalan-jalan gi sana nak buat survey. Alhamdulillah, hari ni tak sesat. Sebab dah tahu kat mana tempat dia. Huhu.

Dengan diiringi sekali hujan lebat pada mulanya, kemudian renyai-renyai.. Dengan jalan jem nya.. Biasa lah, Kuala Lumpur. Bangun pukul 5 am, keluar rumah pukul 6.15 am, naik bas rapid.. Rapid lagi.. Pukul 6.20 am and sampai HKL pukul 7 am. Daftar masuk praktikal pukul 8 am. Ada lagi sejam. Tak tahu nak buat apa. Jalan-jalan saja lah.

Yang sama tempat praktikal kat HKL ni, ada lagi 5 orang budak sekelas. Salah sorang nya kawan baik aku tu la.. Si Sai tu. Supervisor kitorang pulak tak dek. Cuti 2 hari. Memang hari pertama ni, tak buat apa la. Sedikit bosan. Mesej member-member lain yang buat praktikal kat hospital, supervisor dorang semua cuti lagi. Tapi ada orang yang ganti la untuk in charge kitorang.

Pukul 9 am, kitorang di bawak jalan-jalan sekeliling Jabatan Perubatan Nuklear tu. Ada bilik untuk minum Iodin, bilik kamera gama, bilik CT scan dan macam-macam lagi la. Kenapa nama dia perubatan nuklear? Sebab ianya melibatkan penggunaan bahan radioaktif. Then, pukul 11 am, kitorang di bawak ke Jabatan Kawalan Keselamatan untuk buat pas masuk. Kene pakai sepanjang praktikal ni. Rasa nya semua tempat macam tu kot.

Masa jalan-jalan satu hospital tadi.. Bukan jalan-jalan apa pun.. Kak Intan, pegawai perubatan yang in charge kitorang tadi bawak kitorang gi jabatan yang berkaitan.. Jabatan Pengimejan dan Diagnostik. Bangunan dia agak jauh sikit dengan Jabatan Perubatan Nuklear. Memang cukup la satu hospital kitorang round, ikut shortcut sana-sini. Kak Intan tu mesra je, happy-go-lucky. Jumpa orang je mesti nak tegur. Lawak pun ada dia tu. Haha.

Seharian ni memang tak dek buat apa. Dok nganga je la. Oh! Lupe plak. Kitorang di tempatkan kat Unit Fizik, Jabatan Perubatan Nuklear. Staff kat Unik Fizik tu pun tak tahu nak bagi keje ape kat kitorang. Sebab semua perkara yang berkaitan dengan praktikal ni ada kat supervisor kitorang yang amik cuti 2 hari tu, hari ni dengan esok. Kitorang masuk keje sangat awal, pukul 7.30 am. Balik pulak pukul 4.30 pm.

Masa balik tadi pun hujan sangat lebat. Payung pulak tak dek. Redah je la. Nak tunggu hujan berhenti memang tak dek harapan. Nak suruh ayah amik, tak sampai hati pulak. Dah la jalan jem. Ntah sampai pukul berapa la nanti. Nasib baik tunggu tak lama. Bas rapid U1 pun sampai. Sampai bus stop dekat dengan rumah, terpaksa mintak tolong ayah jemput kat bus stop. Huhu. Hujan lebat tak berhenti lagi bai!

Ok! Rindi dengan Sai dah lena diulit mimpi. Aku pun dah nagntok. Stop sampai sini dulu ye! Sekian.

p/s :
Aku tak jumpa lagi bas Metro 41. Terpaksalah gi HKL naik bas rapid je. Pakai Touch and Go la nampak nya.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Syafadillah Kamal said...

hari pertama bekerja dah x sabar nak balik..hehe sbb bos xdek.tu yg buhsan sket

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : tapi bila boss ada stress plak =.=

Post a Comment