Salam semua.
Entri kali ni aku nak berkongsi pasal rahsia lelaki. Kenapa pulak nak share pasal rahsia lelaki? Jawabnya, sebab bukan rahsia perempuan. Haha. Ok!
Pengetahuan berkaitan dengan cara dan gaya bercinta adalah faktor kejayaan bagi sesiapa yang memilikinya. Yeke? Betul la kan, siapa yang berusaha pasti berjaya? Selepas mengetahui sebahagian dari sifat lelaki, gunakanlah kebijaksanaan untuk menawan hatinya ye!
Pengetahuan berkaitan dengan cara dan gaya bercinta adalah faktor kejayaan bagi sesiapa yang memilikinya. Yeke? Betul la kan, siapa yang berusaha pasti berjaya? Selepas mengetahui sebahagian dari sifat lelaki, gunakanlah kebijaksanaan untuk menawan hatinya ye!
Perlu diingatkan, ini sekadar maklumat sahaja atau mungkin juga boleh dijadikan sedikit panduan. Tapi jangan percaya 100% ok! Kang kot-kot kalau tak berkesan ada orang bunuh diri sebab putus cinta pulak. Kalau nak percaya sikit-sikit tak pe lagi. Huhu.
**********
Ok, cuba tengok kat mana kedudukan incik abang korang dalam urutan adik beradik beliau. Lebih banyak cik awek tahu pasal diri dia, kebarangkalian akan rasa lebih selamat dan selesa untuk bercinta dengan dia adalah tinggi. Mesti korang dah biasa dengar kan dengan pepatah ni, "Tak kenal maka tak cinta".
Ada orang pulak pandai-pandai tambah, "Bila dah kenal macam celaka". Hampeh! Tapi sebelum nak meneruskan perhubungan yang lebih serius dengan beliau, baik korang jadik penyiasat persendirian jap! Masih belum terlambat rasanya nak mengenali incik abang korang tu.
Anak tunggal | Sukar memenangi hatinya sampailah kita mendapat tempat teratas dalam hidupnya.
Jika dia mempunyai abang | Dia seorang yang bersemangat dan kuat di rumah. Tapi apabila bersama, bertukar menjadi orang yang cukup memahami.
Jika dia anak sulung lelaki | Pasti dia suka memerintah. Jadi, dia merancang pertemuan romantik dengan kita.
Jika dia mempunyai kakak | Dalam hati kecilnya, dia ingin memanjakan kamu.
Jika dia mempunyai adik perempuan | Dia bersikap terlalu melindungi. Bermakna dia amat menyukai kita.
Jika dia mempunyai abang dan kakak | Dia seorang yang pemurah dan boleh menukar mood mengikut kehendak kita.
Jika dia mempunyai abang dan adik perempuan | Dia seorang yang sensitif terhadap perempuan. Sudah tentu dia boleh membuatkan kita bahagia.
Jika dia mempunyai abang dan adik lelaki | Dia suka menunjuk0nunjuk perasaannya pada kita.
Jika dia mempunyai abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan | Dia seorang yang selalu menyuarakan apa yang dirasa dan suka berbicara mengenai perhubungan kita.
**********
Ok, last but not least.. Anggaplah dunia ni sebagai sebuah tempat yang penuh dengan pelbagai perkara menarik yang menunggu kita untuk meneroka dan mempelajarinya.
p/s :
p/s :
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya, kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya, kasih saudara masa berada, kasih sahabat masa binasa, kasih suami isteri sepenanggungan, kasih orang menaruh harapan.
No comments:
Post a Comment