21 May 2011

5 keajaiban cinta

Salam semua.

Apa itu cinta? Best ke cinta? Ke cinta itu buta? Atau pun cinta itu sengsara? Cinta itu satu anugerah. Jadi, cinta itu sebenarnya bahagia. Nak tahu apa itu keajaiban cinta? Jemput bace ye kawan-kawan semua :)

**********


# 1 - Cuba lemparkan seorang yang bahagia bercinta kat laut, pasti dia akan membawa seekor ikan. Tak kisah lah ikan apa pun. Kalau lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta kat gudang roti, pasti dia akan mati kelaparan.

# 2 - Kekasih terbaik ialah kekasih di mana ketika kita duduk bersama.. Tanpa ada sepatah ucapan pun, dan ketika harus berpisah dengannya.. Terasa seolah-olah hal tersebut merupakan perbualan yang paling menyenangkan yang pernah dilakukan bersama. Padahal tak cakap pape pon.. Memang ajaib!


# 3 - Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Ajaib.. Ajaib..

# 4 - Mungkin Dia inginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.. supaya kita tahu berterima kasih untuk kurnia tersebut.


# 5 - Dia memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tanga untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tapi kenapa Dia hanya menganugerahkan sekeping hati saja untuk kita? Kerana Dia telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah hebatnya cinta.

**********

p/s :
Cinta itu anugerah dari Dia. Ianya untuk dinikmati, bukan untuk ditangisi.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

:: cikNuurul :: said...

btol kelima2 keajaiban cnta ni,.lg2 CN sdg mngalami yg keempat,.pape pon,redha atas ujian drNya,.dn brhrap yg jdoh yg trbaik akn mncul jua satu hri yg bhagia nnti,.

nadeafu chan said...

@ cikgu CN : InsyaAllah..Dia lebih mengetahui atas tiap2 yang berlaku pada hambaNya..semoga cikgu CN bertemu jodoh yang lebih baik satu hari nanti :)

Anonymous said...

insyaAllah..begitu indahnya keajaiban cinta.semoga kita beroleh jodoh yg baik2 hendaknya..;)

nadeafu chan said...

@ EfFa kAMaL : Amin InsyaAllah :)

burhan al-hilmi said...

yang pasti cinta pada Allah adalah kekal abadi..

kita mungkin bole letakkan harapan cinta pada seseorang, tapi jika Allah sudah takdirkan cinta kita pada orang lain, maka orang itu lah yang akan jadi teman kita..

nadeafu chan said...

@ burhan al-hilmi : yurp!cinta kepada DIA yang kekal abadi. semua urusan jodoh dan maut ditangan DIA :)

Post a Comment