Salam.
Masih lagi di hari kedua. Ntah
bila nak habis, saya pun tak tahu. Nampak macam pack kan aktiviti hari kedua
ni. Sampai empat tempat kami balun berjalan. Penat memang penat. Janji puas
hati. Saya try habiskan lagi dua tempat dalam satu entri ni. Ok.
**********
Lepas check-in dekat Ranau
Country Lodge and lunch KFC dekat Pekan Ranau, kami rehat sekejap. Lepas nap,
kami terus ke Fish Spa Kg. Luanti. Nama lain tempat tu, Tagal Sg. Moroli. Dalam
bahasa kadazandusun, tagal tu maksud dia tak boleh tangkap ikan dan sebarang
hidupan di sungai. So, jadik la tempat bela ikan and fish massage. Ikan dia
besaq giler habaq hang. Masa buat review, tengok dalam gambar takdak lah scary
mana. Tengok in a real life, goosebump jugak dibuatnya.
Nampak kedai makan ni? Sila jalan ke depan lagi. Hehe! |
First thing, pergi beli tiket.
Kaunter dia macam terlindung sikit. Harga RM5. Include GST. Katanyalah. Haha! Lepas
tu jalan ke depan sikit. Korang akan Nampak satu pondok ni. Kasi tiket kat
situ. Nati dia bagi satu tiket lain. Kat situ ada tulis satu nombor. Lepas tu terus la masuk ke area sungai yang ada ikan tu. Nati bila 15 minit tu dah tamat, depa akan jerit nombor korang pakai alat pembesar suara. 15 minit je had masa
dia. Rasa macam tak puas pulak.
Mula-mula tu, takut-takut
jugak sebenarnya nak rendam kaki dalam tu. Tapi tengok orang lain, macam rilex
je. saya pun positif. Lagi pun, masa berjalan weh. Dari buang masa fikir sakit
ke tak fish spa ni, baik korang rendam je kaki dalam tu. Haha! Saya pun rendam
kaki. Tapi ikan tak datang lagi, saya dah angkat kaki. Haha! Banyak kali jugak la
try and error. Ikan-ikan kat sini berenang bebas kat Sungai Moroli and tak
berganjak bila korang datang dekat.
Ni last try. Masa rendam kaki
and ikan dah berkumpul, saya ketap gigi. Sakit pun ada. Geli pun ada
sebenarnya. Rasa sakit macam kena gigit semut api. Lama-lama jadik geli pulak.
Haha! Saya bongkok badan sebab nak tengok dekat-dekat. Bila ikan tu bukak
mulut, lepas tu dia makan bad skin kat kaki tu.. Pheww! Sukar digambarkan
dengan kata-kata. Eh! Imejin la. Rendam kaki pun dah geli bila ikan tu datang
apatah lagi yang mandi bersama ikan. Seriously, tu memang pengalaman yang
paling ohsem.
Pakai sipa,ikan takmau gigit. LOL! |
Saya tengok jam. Rasa macam
dah lebih 15 minit. Tapi orang tu tak panggil-panggil lagi nombor kami. Yang saya
perasan, orang yang dekat pondok tu macam dah bertukar orang. Sebab tu la kot
dia terlepas pandang nombor kami. Kami pun rilex je la lagi rendam kaki. Saya try
satu eksperimen ni. Bila saya pakai selipar, ikan-ikan datang kat kaki saya
tapi taknak makan bad skin. Bila saya bukak selipar, sebaliknya pulak. Nampak sangat
takdak kerja kan? LOL!
Nampak tak kondisi jambatan tergantung ni? |
View dari jambatan tergantung |
Selain fish spa, kat sini ada
jugak aktiviti lain. Macam camping and jungle trekking. Dekat situ macam ada
suspension bridge. Boleh try naik and tengok view ikan-ikan tu dari atas. Tak Nampak
figure ikan pun sebenarnya. Kaler ikan dah almost nak same dengan kaler
batu-batuan dalam sungai. Tapi hati-hati masa naik suspension bridge. Sebab ada
papan yang dah patah and hilang.
Member ni gerun saya goyang-goyang jambatan ni. Kahkahkah! |
**********
Still
tak boleh letak dua cerita dalam satu entri sebab kekangan masa. Haha! Nampak gaya
macam terpaksa sambung entri lain je. Maaflah kalau Trip Sabah ni panjang
berjela. Harap korang enjoy baca. Peace yaw!
3 comments:
Esok saya gi sabah. Tak sabarnya nak datang sini =)
SUPERB DETAILS.. MAY GOD HELP YOU ALWAYS.. BECAUSE YOU HELP US PLAN A COMPLEX TRIP.. HAHA
tak sabar nak datang sini.
Post a Comment