29 April 2015

Trip Sabah | Snorkerling di Pulau Sapi & Pulau Mamutik, Kota Kinabalu

Salam.

Second last day kami di sini. Which mean, hari ke-4 untuk Trip Sabah ni. Aktiviti wajib hari ni, snorkeling. Kami pergi 4 orang. Lagi dua orang tu, junior saya -- Amir yang kerja dekat department radioterapi and lagi sorang tu kawan Amir -- Zul, merangkap kawan kami jugak. Orang utagha naa. Sama profesion jugak dengan kami cuma dia tercampak kat Sabah. Eloklah tu kawan-kawan saya. Sorang tercampak kat Sarawak, sorang tercampak kat Sabah. Haha!

Test water proof camera

Kami decide jumpa kat jeti around jam 8.30am ke jam 9am macam tu la. Amir stay dekat Menggatal. Zul tak tahu stay mana. Tapi macam stay dekat-dekat je depa duorang tu. Sementara menanti diorang, kami breakfast sekejap. Apa yang menarik? Semua tak menarik. Bagi saya la. Tapi kena makan jugak supaya kat pulau nanti tak menggelupur kelaparan. Haha! Nasi goreng ikan bilis dengan sosej, RM2.50.

Sementara kawan saya cari makanan yang berkenan di hati, ada sorang brader ni approach saya. Dia tanya, saya dah beli tiket untuk snorkeling belum. Saya angguk je la since saya sorang-sorang masa tu. Sebab kawan saya yang decide pasal harga tiket ni. Brader tadi tu kerja kat Kaunter 1. Kawan saya ni decide nak amik pekej kat Kaunter 10. Macam familiar la brader ni. Macam pernah tengok. Tapi kat mana?

Amir tgh ajar Zul cara pakai mask

Tak lama lepas beberapa minit kitorang makan, brader ni datang lagi kat meja kitorang. Dia tanya lagi pasal tiket snorkeling. Kawan saya la yang jawab since dia yang handle. Kawan saya cakap, tiket yang dia cari murah sikit. Beza berapa ringgit je dengan harga brader ni. Kami decide hold dulu sebab nak tunggu si Amir dengan Zul ni. Baru boleh diskas lebih and buat keputusan terus sebab brader ni cakap, bot ke pulau around jam 9.30am. sekali dengan 4 orang foreigner -- semua girl.


Tak expect brader ni nak tunggu sampai Amir dengan Zul sampai. Nasib baik tak lama. So, harga brader ni offer, RM48.10 untuk sorang termasuk life jacket yang berharga RM5 and set snorkeling harga RM10. Harga ni untuk dua pulau. Kitorang decide pergi Pulau Sapi and Pulau Mamutik. Pergi 3 pulau takut balik lewat sangat. Lagi pun Amir dengan Zul kene masuk kerja esok. Haha! Saya bawak set snorkeling saya sendiri, so saya just kene bayar RM38.10 je la. Tak tahu sebenarnya mana datang 10 sen tu. Haha!

Test selfie. Haha!


First pulau, Pulau Sapi. Kitorang naik bot and sampai lebih kurang jam 10am. Lagi pun banyak singgah tempat lain. Boatman ni la. Singgah rumah member nak kasi barang. Naik speed boat kat sini tak selancar masa saya naik speed boat kat Perhentian. Mungkin sebab batu karang kot. Takdak la berlanggar sampai pecah. Hidup kalau tak adventure, tak best jugak ye dak? Melambung-lambung woi! Haha! Sampai kat jeti, ada bayaran masuk RM3. Simpan tiket ni kalau nak masuk mana-mana pulau lain lagi.


Zul belajaw terapung


Kawan saya ni tak pandai berenang. Saya pun tak pandai berenang. Semua orang tak pandai berenang. Amir la yang paling positif. Walaupun dia tak pandai berenang, since ada life jacket, kami takkan tenggelam. Tapi kawan saya ni, dengan life jacket pun dia tak percaya. Haha! Amir siap ajar kami lagi cara berenang walaupun bukan cara yang betul. As long boleh terapung and bergerak masa korang berkuak tu, ok la.




Since kawan saya ni first time snorkeling, and tak pandai berenang jugak, dia mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan situasi baru ni. Bagi saya, ni kali kedua saya snorkeling. So, saya dah ada pengalaman sebelum ni walaupun terasa hambar sebenarnya pengalaman tu. Haha! Kat Pulau Sapi ni, saya macam cepat sikit la adapt dengan suasana dia. Punchline Amir, “bayar RM40 takkan duduk tepi pantai je”. tak habis-habis dia ulang ayat tu. Haha! Amir plak dah macam coach. Semua orang keliling dia.

Let's go!

Muka bahagia. Kahkahkah!

Saya tak kisah. Asalkan boleh tengok pemandangan ikan dan coral dalam air, saya ok je. berbekalkan tunjuk ajar cane nak berenang dari Amir yang tak bertauliah, dapatlah saya follow dia sampai ke tengah, jauh sikit dari pantai sebab nak tengok ikan dengan coral. Masa saya ke Perhentian dulu, saya memang tak konfiden langsung. And kat sana, Pak Hassan yang bawak saya tengok ikan and coral. Kat Sabah takdak Pak Hassan. Tapi syukurlah ada Amir.


Terasa macam dah lama snorkeling. Tengok-tengok jam baru pukul 11.30am. Bot untuk ke Pulau Mamutik jam 1pm. Lama lagi. Tak tahu nak buat apa. Since perut da lapar bunyik-bunyik. Haha! Serius saya cakap, air laut kat Pulau Perhentian lagi jernih dari kat Pulau Sapi and Pulau Mamutik ni. Mungkin sebab kat Sabah ni banyak pulau kot and lagi satu ada banyak pantai. Tapi kat Pulau Perhentian, just ada banyak tempat-tempat snorkeling -- turtle point, shark point, coral bay and so on.


Tak tahu nak buat apa. Kami decide nak snorkeling dekat area sebelah kiri jeti. Kat sebelah ni tak ramai orang. And tak banyak.. bukan tak banyak. Boleh dikatakan takdak coral untuk di view. Ada ikan je la. Tu pun ikan kecik-kecik yang macam ikan bilis saiz besar. Haha! Kawan saya? Dia still snorkeling dekat-dekat dengan pantai je. selagi mana kaki dia boleh jejak pasir dalam laut tu, takat tu je la dia pergi. Tak boleh nak paksa dah la.


Sementara kami tunggu bot kat jeti, bot untuk ke Pulau Mamutik pula, baru la kami nampak brader yang kami amik pekej snorkeling ni dengan kawan-kawan dia, dengan gadis-gadis foreigner 4 orang tu. Pehhh! Bikini je. Lupa plak nak bagitahu. Nama brader tu, Aman. Ermm. Sounds familiar to me. Penat saya fikir kat mana pernah tengok Aman ni. Aman dengan kawan-kawan dia ajar gadis-gadis foreigner tu berenang kat laut rupanya. Memang baru sekarang la nampak batang hidung.

View Pulau Mamutik dari KKIA. Snap before flight take-off

Pulau Mamutik betul-betul menghadap KKIA Terminal 2. So nampak la flight nak landing, nak take off. Dekat Pulau Mamutik, coral dia lagi banyak compare dengan Pulau Sapi. So, tak payah snorkeling jauh-jauh sangat. Kawan saya dah give-up da. Satu, sebab dia memang tak pandai berenang -- katanya lah. Dua, dia da rasa muka dia sunburn gile-gile. Saya yang lagi lama bersnorkeling dari dia, for sure saya punya muka terlebih-lebih sunburn ye dak? Pergi snorkeling bukan hari-hari. Haha! Zul siap cakap, “jauh jugak aku tengok hang snorkeling”. Tak sedar weh. Saya follow je si Amir ni.


Aman cakap kat sini ada ikan nemo. Tapi masa saya snorkeling dengan Amir, takdak pun nemo kaler oren tu. Jumpa nemo yang kaler hitam je. Kat sini, ikan-ikan suka langgar kaki korang taw! Kalau korang berdiri lama sikit dalam air, then tiba-tiba macam ada something yang hit kaki korang, banyak kali pulak tu, ikan la tu. Tak sakit mana pun tapi masa mula-mula kena tu, memang terkejut jugak la. Takdak rules ikan-ikan ni. Main langgar ja. Haha!




Masa dekat Pulau Sapi, tak banyak moment yang saya rekod. Sebab time tu tengah nak biasakan dengan suasan dekat pula utu. Dekat Pulau Mamutik la saya rekod banyak video and snap banyak gambar. Tu yang saya snorkeling sampai tak ingat dunia. Snorkeling jauh sikit ke tengah berbanding masa dekat Pulau Sapi sebab masa tu masih takut-takut lagi. Huhu!



Sampai satu point, yang mana tangan, kaki dan muka saya rasa pedih gile sebab air masin and cahaya matahari, baru saya naik ke permukaan. Waktu tu jam pukul 3pm. Mana tak terbakarnya. Haha! Saya pun pergi mandi and tukar baju. Kawan saya dah tak snorkeling dah kat Pulau Mamutik ni. Baju dia dah siap kering. Amir dengan Zul tak tukar baju jugak. Sebab depa naik motor balik tu. Dah sah-sah kering masa on the way balik rumah.


Tumpang lalu. LOL!



Jam 3.30pm bot sampai da. Sebab si member ni merayu-rayu balik awai sikit. Aman cakap bot paling cepat jam 4.30pm. Dia dah risau nanti masuk kerja orang tegur muka dia hitam la ape la. Ingat dia sorang je ke masuk kerja balik dari vacation? Saya pun kene masuk kerja jugak. LOL! Muda setahun member ni. Tapi nampak matured lagi dari saya. Sebab bawah dia berderet lagi adik-adik dia. Bawah saya, ada sorang adik je lagi. Cakap pasal Aman. Saya masih lagi memikirkan kat mana saya pernah tengok dia.


Muka da pedih. Last snap before abes snorkeling

Sampai kat jeti, kami lepak-lepak ja. Minum-minum. Tea time katanya. Haha! Amir stress beli air kena GST. Siap ade resit. Zul beli air takdak GST. Kesian Amir. Mengantuk tahap gaban sampai suruh Zul dukung sampai motor. Haha! Saya dah cakap awal-awal dah dengan member. Kalau boleh stay kat tempat yang dekat dengan jeti. Sebab ada kang yang tido tepi jalan nanti sebelum sampai tempat penginapan. Haha!

Aman datang meja kami. Lapar katanya. Bila kami offer donut, taknak plak. Yela, mana kenyang makan donut je. haha! Kami makan donut kecik-kecik Dunkin’ Donut tu. Munchkin kot nama dia. Time ni sebak sebab moment masa kursus tu diulang balik. First day sampai lepas check-in hotel, kami dengan colleague lain tea time kat sini sementara tunggu colleague lain siap check-in semua. Saya bukan sentimental. Saya just appreciate setiap moment yang pernah saya create. *I iz crying* T__T

Bye Jeti Jesselton. Will surely come back!

Sampai tempat penginapan, kami terus bersihkan diri. Solat and rehat jap. Jam 5.30pm tu kami keluar balik ke Pasar Filipina nak cari ole-ole untuk Mak saya. Selamat dah RM74 tu. Borong kuih cincin dengan kopi Tenom punya pasal. Nak simpan untuk raya katanya. Kawan saya dah gelak-gelak da. Puasa pun belum. Raya lama lagi. And dia pun ada je member dok Sabah. Boleh kirim kot. Haha! Makcik tu siap bungkuskan dalam kotak. Dapat bawak balik handbag baru.

Ketagih makan ni. Sambal dia sedap!

Full menu for dinner!

Dinner malam tu, dapat jugak kami merasa makan di Gerai Santai Haji Manja. Ramai kawan recommend kedai tu. Amir pun cakap situ ok. Masa kursus tu tak berpeluang dinner kat situ. Sebab kedai tu sentiasa full. Masa kami pergi tu, tak ramai orang. Mungkin sebab hari tu hari Ahad.  Apa yang manja sangat ni? Haha! Pekerja kedai makan tu, yang laki-laki la, lembut betul layanan yang depa kasi. Tu pasai ramai orang. Haha! Tapi malam tu tadak ketam. Nak makan kat tempat lain, macam malas da nak bergerak. Kempunan ketam si member tu.

Masa makan semua fokus. Kelaparan + kepenatan

Selalu waktu malam, belum jam 10pm lagi saya dah lena. Tapi malam tu, mata takmau lelap. Padahal penat gile kot siang dia. Sebab snorkeling kan. Kami pun pilotoq pasai kerja, and pasai kawan-kawan. Tak tahu why takdak pilotoq pasal cinta-cinta ni. Haha! As long as conversation kau berjalan lancar, ok da. Jangan nanti krik! Krik! Krik! Sudah la. Dekat-dekat jam 12am baru lah tertido. Esok last day kat KK. What should we do?

View Signal Hill. Malam-malam mcm funfair

Siapa Aman? Saya tergerak hati nak google blog Cik Poobritney tu. Sebab saya banyak refer blog dia. Memang details la bagi saya. Tadaaa! Saya dah jumpa Aman. Owner blog tu amik pekej snorkeling dengan dia. Tapi masa tu why dorang naik kat Pasar Filipina, bukan dekat Jeti Jesselton? Ape pun, thanks ye Aman. Haha!

P/s: Saya bagitahu kawan saya, “snorkeling ni kan, last-last amik pekej dengan orang yang aku suggest jugak”. Member dah pelik. Bila saya cerita balik dekat dia, terburai ketawa kitorang.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

nib_chocolates said...

salam...do you still have this bro aman no ?

nadeafu chan said...

@nib_chocolates wslm. Ni no dia. Tapi xsure dia guna lagi ke x. Blh cuba 0109422890.

Post a Comment