Salam.
Bertemu lagi. Entri kali ni betul-betul last pasal Trip Sabah. Tapi baru untuk hari kedua. Hari ketiga, keempat dan kelima belum lagi. Nampak gaya, saya update entri Trip Sabah ni by place la cerita dia. Tak boleh nak menaip lama-lama. Haha!
**********
Lepas dah puas berendam kaki
and main-main dengan ikan, then kami terus bergerak ke ladang teh. Lokasi dia betul-betul
sebelah fish spa ni. Tapi jalan nak ke ladang teh tu, MasyaAllah. Rasa sendiri
la. Jalan berbatu. Bukan berturap. Memang sakit punkoq la kalau tak drive
selo-selo. Tapi kami gagahkan jugak drive sampai ke atas bukit sana sebab nak
tengok view ladang teh ni. Korang jugak boleh tengok view Gunung Kinabalu yang
tersergam indah nun jauh di sana. Eceh! Tapi betul la.
Kemain sampai ke ladang teh Sabah
kau dah sampai, siap posing bagai tapi ladang teh Cameron dekat semenanjung tak
p lagi. Haha! Takpa, ladang teh Cameron tu dah ada dalam perancangan. Pergi Sabah
bukan selalu. Bak kata member. Tapi saya ada niat nak repeat balik. LOL! Jadik,
tak bolehlah nak compare ladang teh mana yang paling best. kat Cameron atau kat
Ranau, Sabah ni.
Nak tahu tak? Keluasan Sabah Tea
Garden ni kira-kira 6000 ekar luas. Dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang
kaya dengan tumbuhan dan haiwan unik. Tapi cuma 1000 ekar tanah sahaja yang
diperuntukkan untuk aktiviti penanaman teh. Apa pun kawasan dia still agak
besar juga kan? Teh di sini ditanam secara organik and tak guna bahan kimia atau
racun perosak. For your information, Sabah Tea Garden merupakan satu-satunya
ladang teh organik yang terdapat di seluruh kepulauan Borneo.
Apa yang guwa tengok? |
Ni la yang guwa tengok. Ada history |
As usual, walaupun dah petang,
cahaya matahari still terang benderang. Sampai silau haa. Kalau kat bawah pokok
tu redup, snap gambar pun nampak gelap je latar belakang. Haha! Terpaksa la
edit sikit guna apps kasi cerah. Kat sana, jangan lupa rasa teh tarik pandan
dia. Dah alang-alang tea time, lepak sana jap. Dah puas berjalan dalam kawasan
ladang teh kan. Sedap jugak. Beli serbuk teh kat sana murah sikit compare
dengan kat pasar luar. And kompem takdak GST. Haha!
Sabah Teh Tarik Pandan & Sabah Teh Tarik Nalapak RM6.40 each of the glass include GST |
Sabah Tea Garden ni bukan
hanya sesuatu tempat untuk meninjau ladang teh atau menghirup secawan teh, tapi
pemandangan kawasan dia tu sendiri yang begitu indah, sedap mata memandang,
hijau dan subur memang sudah cukup untuk menarik saya ke sini. Pheww!
Kena pergi ladang teh Cameron secepat mungkin ni. Haha!
Malam tu, tak tahu nak makan apa. Apa yang kami makan eh untuk
dinner? Rasanya takdak kot. Sebab masing-masing dah penat. Oh! Yang kawan tu,
dia makan burger KFC yang dia tak habis makan masa lunch tu. Tak lapar sebenarnya, and tak jugak kenyang. Tapi rasa nak mengunyah. Plus dah penat, malas nak keluar da.
Jumpa lagi next entri. Kita pergi Kundasang pulak.
No comments:
Post a Comment