26 April 2015

Trip Sabah | Kundasang War Memorial, Kundasang

Salam.


Next, kami ke Kundasang War Memorial. Nampak signboard dia tapi tak tahu kat mana. Waze je la. Haha! Padahal dekat je kot. Kalau rasa-rasa Waze cakap dah sampai, tapi korang tak nampak, toleh sebelah kiri korang kalau korang dari desa farm. Sebab tempat ni terletak dekat belakang deretan kedai kat Pekan Kundasang ni. Landmark dia, tandas awam cat kaler hijau pucuk pisang. If im not mistaken. Kalau tak jumpa jugak, tak tahu lah. Tiket masuk RM2





Sedikit sejarah pasal tempat ni. ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.





Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini”.




Dekat dalam memorial ni ada empat garden. Bukan secret garden ye. Ada Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo and ape ntah lagi satu taman dia. Tak ingat. Tempat ni dibuka bukan sekadar untuk melihat taman-taman dalam tu, tapi untuk memperingati mereka yang berkorban demi kemerdekaan penduduk tempatan. Depa cakap kalau p sana, korang akan bau haruman bunga mawar. Tapi masa kami p tu, macam takdak plak bau haruman mawar.





Untungnya la hai penduduk yang duduk kat area Kundasang ni. Hari-hari boleh tengok view Gunung Kinabalu. Terima kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan nyawa dan memberikan kesempatan kepada diri ini untuk melihat keindahan dunia ciptaan-Mu =)


**********

Sesuatu telah berlaku. Time ni baru saya sedar cable henfon saya hilang. Huwaa! Tak boleh nak charge henfon. Bateri henfon dah tinggal separuh. Berjalan pun tak sampai half-day lagi. Ada banyak tempat tak pergi lagi. Kawan saya terpaksa jadi jurufoto tak bertauliah. Dalam henfon dia penuh dengan pic saya. Haha!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment