20 April 2015

Trip Sabah | Poring Hot Spring, Ranau

Salam.

Sambung cerita hari tu. Still hari yang sama =)

**********

After that, kami teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Tahan betol depa ni mandi kat kolam air panas. First time saya mandi kolam air panas, dekat WetWorld Pedas. Rendam kaki je. Itu pun tak tahan sebab panas. Cuaca di Sabah time tu boleh tahan panas jugak. Tu yang sunburn tangan, kaki dan muka. Warna bertona. Haha! So, kami decide nak pergi canopy walk dulu. Oh! Guna balik tiket yang korang dah bayar untuk masuk ke Kinabalu Park.



Kalau korang nak tahu, Poring Hot Spring ni sebahagian daripada Kinabalu Park yang sangat luas. Ini adalah destinasi pelancongan yang paling terkenal di kalangan pelancong luar negara dan juga tempatan. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai aktiviti lasak dan menarik, yang sesuai untuk individu dan juga keluarga.



Kat Poring Hot Spring, ada canopy walk. Bayaran masuk RM3. Lepas tu, kalau korang ada bawak kamera, kene bayar RM5 untuk sebijik kamera. So, kami guna satu fon je la. Fon member tu untuk snap-snap gambar masa canopy walk. Nak ke sana, kena mendaki sikit a few hundreds meter. Sebab takdak stamina, memang cepat letih la even baru mendaki sekejap pun. Dah sampai kat pondok canopy walk, nanti ada orang check tiket korang. Jangan menipu ye yang pasal kamera tu.





Before this dah pernah naik da canopy walk ni. Dekat FRIM. So, takdak rasa gayat sangat. Poring canopy walk ni, the best next attraction after the hot springs. And jambatan tergantung ni ketinggian dia 41 meter dan sepanjang 157.8 meter. Siapa-siapa yang gayat, and ada sakit jantung ka, lelah ka, atau fobia dengan ketinggian tak digalakkan la nak naik jambatan ni. Boleh dikatakan ni, aktiviti lasak jugaklah. Haha!






Lepas dah turun dari canopy walk, kami decide nak pergi rendam kaki je. kaki lenguh-lenguh sebab banyak plak mendakinya. Dekat hot spring ada tempat mandi terbuka, tempat mandi tertutup, and ade tempat rendam kaki saja. Kat kolam tu jugak dia ada dua paip. Satu air panas, satu air sejuk. So korang bolehlah adjust suhu yang sedap dengan kaki korang. Sedap pulak tengok dorang berpiknik. Perut kitorang memang dah bunyik-bunyik da time ni.


Untuk pengetahuan juga, Poring Hot Spring ni dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. So, tak hairanlah setiap kali pendaki-pendaki Gunung Kinabalu selesai mendaki, mereka akan pergi ke Poring untuk menyegarkan kembali tubuh yang keletihan. Tapi hari tu macam tak nampak pun pendaki-pendaki. Maybe dorang selalu lepak petang-petang kot. Huhu!




Matahari dah mencanak naik tinggi. Perut dah lapar. Dari simpang masuk ke hot spring, ke sebelah kiri nak ke Sabah Tea Garden dengan Fish Spa. Ke sebelah kanan untuk patah balik ke Pekan Ranau. Kami decide nak check-in dulu. Makan dan solat lepas tu rehat sekejap. Lagi pun, masa on the way nak ke Poring, orang penginapan kat Ranau Country Lodge tu dah call nak kompemkan jadi ke tak kami menginap kat sana. Ramai orang nak book, katanya.

Ranau Country Lodge ni memang saya recommend. Bilik twin, ada ekon and bilik air private. Harga semalamam RM55. Lepas dah check-in, kami terus pergi cari makanan. Jalan kaki je la since Pekan Ranau tu kecik je and macam complete la jugak boleh dapat semua benda. Kami decide makan kat KFC je sebab tu je tempat yang servis cepat and macam proper dan kami yakin untuk lunch. Huhu!



Owner tu cakap, jam 3.30am ada pasar. Nak kata uptown, bukan. Downtown pun bukan. Pasar tani lagilah bukan. Apa ntah nama dia. Nak tahu, kena la tunggu esok pagi. Sebab dia pesan, kalau boleh jangan parking dekat area yang ada petak-petak kuning kecik. Tapak gerai mungkin. So? Tunggu je la esoknya. Haha! 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

Pulau pulau di terengganu said...

Student ad diskaun tak? Biasa mmg dia cek kamera ke?

Post a Comment