21 April 2015

Trip Sabah | Tagal Sungai Moroli Kg. Luanti - Fish Spa, Ranau

Salam.

Masih lagi di hari kedua. Ntah bila nak habis, saya pun tak tahu. Nampak macam pack kan aktiviti hari kedua ni. Sampai empat tempat kami balun berjalan. Penat memang penat. Janji puas hati. Saya try habiskan lagi dua tempat dalam satu entri ni. Ok.

**********

Lepas check-in dekat Ranau Country Lodge and lunch KFC dekat Pekan Ranau, kami rehat sekejap. Lepas nap, kami terus ke Fish Spa Kg. Luanti. Nama lain tempat tu, Tagal Sg. Moroli. Dalam bahasa kadazandusun, tagal tu maksud dia tak boleh tangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. So, jadik la tempat bela ikan and fish massage. Ikan dia besaq giler habaq hang. Masa buat review, tengok dalam gambar takdak lah scary mana. Tengok in a real life, goosebump jugak dibuatnya.




Nampak kedai makan ni? Sila jalan ke depan lagi. Hehe!


First thing, pergi beli tiket. Kaunter dia macam terlindung sikit. Harga RM5. Include GST. Katanyalah. Haha! Lepas tu jalan ke depan sikit. Korang akan Nampak satu pondok ni. Kasi tiket kat situ. Nati dia bagi satu tiket lain. Kat situ ada tulis satu nombor. Lepas tu terus la masuk ke area sungai yang ada ikan tu. Nati bila 15 minit tu dah tamat, depa akan jerit nombor korang pakai alat pembesar suara. 15 minit je had masa dia. Rasa macam tak puas pulak.





Mula-mula tu, takut-takut jugak sebenarnya nak rendam kaki dalam tu. Tapi tengok orang lain, macam rilex je. saya pun positif. Lagi pun, masa berjalan weh. Dari buang masa fikir sakit ke tak fish spa ni, baik korang rendam je kaki dalam tu. Haha! Saya pun rendam kaki. Tapi ikan tak datang lagi, saya dah angkat kaki. Haha! Banyak kali jugak la try and error. Ikan-ikan kat sini berenang bebas kat Sungai Moroli and tak berganjak bila korang datang dekat. 


Ni last try. Masa rendam kaki and ikan dah berkumpul, saya ketap gigi. Sakit pun ada. Geli pun ada sebenarnya. Rasa sakit macam kena gigit semut api. Lama-lama jadik geli pulak. Haha! Saya bongkok badan sebab nak tengok dekat-dekat. Bila ikan tu bukak mulut, lepas tu dia makan bad skin kat kaki tu.. Pheww! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Eh! Imejin la. Rendam kaki pun dah geli bila ikan tu datang apatah lagi yang mandi bersama ikan. Seriously, tu memang pengalaman yang paling ohsem.

Pakai sipa,ikan takmau gigit. LOL!


Saya tengok jam. Rasa macam dah lebih 15 minit. Tapi orang tu tak panggil-panggil lagi nombor kami. Yang saya perasan, orang yang dekat pondok tu macam dah bertukar orang. Sebab tu la kot dia terlepas pandang nombor kami. Kami pun rilex je la lagi rendam kaki. Saya try satu eksperimen ni. Bila saya pakai selipar, ikan-ikan datang kat kaki saya tapi taknak makan bad skin. Bila saya bukak selipar, sebaliknya pulak. Nampak sangat takdak kerja kan? LOL!

Nampak tak kondisi jambatan tergantung ni?


View dari jambatan tergantung


Selain fish spa, kat sini ada jugak aktiviti lain. Macam camping and jungle trekking. Dekat situ macam ada suspension bridge. Boleh try naik and tengok view ikan-ikan tu dari atas. Tak Nampak figure ikan pun sebenarnya. Kaler ikan dah almost nak same dengan kaler batu-batuan dalam sungai. Tapi hati-hati masa naik suspension bridge. Sebab ada papan yang dah patah and hilang.

Member ni gerun saya goyang-goyang
jambatan ni. Kahkahkah!


**********
Still tak boleh letak dua cerita dalam satu entri sebab kekangan masa. Haha! Nampak gaya macam terpaksa sambung entri lain je. Maaflah kalau Trip Sabah ni panjang berjela. Harap korang enjoy baca. Peace yaw!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

munirah mansor said...

Esok saya gi sabah. Tak sabarnya nak datang sini =)

Anonymous said...

SUPERB DETAILS.. MAY GOD HELP YOU ALWAYS.. BECAUSE YOU HELP US PLAN A COMPLEX TRIP.. HAHA

Post a Comment