Salam.
Finally! Last entri pasal Trip
Sabah ni. Actually takdak last la. Sebab saya nak update lagi entri pasal bajet
and berapa saya dah spend sepanjang p trip ni. Haha at the end, saya buat entri
berkaitan Trip Sabah saya ni by day. Kalau nak buat by place, macam banyak
pulak. Takpa la. Cerita Sabah saya ni nak sampai penghujung da.
**********
Hari Isnin di KK. Sangat lengang |
Last day di KK. Pagi lepas
Subuh, kami takdak nak rush ke mana. So, lepas Subuh boleh sambung tido balik.
Sebab Subuh sini awai, jam 5am dah masuk waktu, so walaupun tido lepas Subuh,
bila bangun tu terasa hari masih awal lagi and belum siang lagi la. Kunun-kunun
nak tengok sunrise la kat Signal Hill tu. Asyik tengok sunset je. Last-last
sunrise dalam mimpi. Member ni malas nak bangun dari katil da.
Stairway to Heaven? LOL! |
Jam 7am. Tak tahu nak buat
apa. Takkan nak terperap je dalam bilik. Nak kemas barang pun tak boleh lagi.
Saya keluar jalan-jalan sekejap. Sorang-sorang je la. Pergi Menara Atkinson je
yang sempat pagi tu. Bila matahari dah naik, terasa perit plak muka. Yela,
semalam dah terlebih exposed dengan cahaya matahari. Walaupun cahaya matahari
waktu pagi ni bagus, bagi saya takdak bagusnya da la bila muka dah terasa
pedih. Haha! Jalan raya time tu memang lengang gila. Orang lain sibuk pergi
kerja, kitorang masih kat sana.
Atkinson Tower |
Saya cakap dengan kawan, saya
lapar. Baru dia bingkas bangun p mandi sebab nak keluar cari sarapan. Kat Bunibon
Lodge ada sarapan disediakan. Tapi korang kena buat sendiri, kene bancuh air
sendiri. Ada heater, pembakar roti, roti, marjerin, jem stroberi, serbuk kopi,
gula and uncang teh. Roti kat Sabah tak kena dengan tekak. Nasib baik semalam
sebelum snorkeling bakar sekeping je roti. Haha!
Tak tahu tempat sarapan yang
best. search dekat FourSquare. Terima kasih FourSquare. Dia berguna time-time
desperate macam tu la. Haha! Ada satu restoran ni. Restoran cina sebenarnya
tapi memang halal. Dekat ground floor Wisma Jubili. Keluar dari Bunibon Lodge,
amik kanan. Jalan kaki je la. Since dekat je. Tak tahu nak makan apa. Kitorang
breakfast dimsum. Rare betul bunyiknya. Nasib baik tekak boleh terima. Huhu!
Lepas tu kami decide ke Pasar
Filipina lagi. Yang belah-belah juai barangan kraf tangan and cenderahati tu.
Member nak cari tshirt. Sebab masa nak p snorkeling semalam, kitorang lalu
dekat Pasar Ahad. Member ternampak tshirt hitam dengan cap “MADE
IN SABAH" kaler kuning warna tulisan dia. Smart jugak lah. Saya
cakap dengan dia, kita carik kat Pasar Filipina je la esoknya. Sebab nak
berkejar ke jeti. Sambil menghala ke jeti, jalan-jalan cuci mata sekejap je la.
British Monument |
Masa tengah jalan, ternampak
plak British North Borneo Memorial -- which
commemorates soldiers of WWI katanya. Masa saya jalan-jalan dengan Amir
last day kursus tu, nak ke sini jugak. Tapi tak jumpa. Bila jalan kaki, tak
berniat nak ke sana pun, boleh plak terjumpa. Betul la kata orang. Bila tak
cari ada depan mata, bila cari, sampai ke sudah tak jumpa. Haha!
Time tu saya pakai tshirt “I
<3 KK”. Tshirt tu sedap jugak kain dia. Cap North Borneo. So saya
cakap dengan kawan saya, beli tshirt cap tu. Kain dia sedap. Lepas tu dia
gelak. Dia cakap, nak beli tshirt pun kena tengok cap ke? Opkos la. Haha!
Teringat nak beli kuih cincin. Cap apa yang paling sedap. Saya beli Kuih Cincin
Hamid je. Sebab banyak kot orang buat kuih cincin. Kalau korang beli banyak and
salah pilih, memang tak luak la.
Si member ni nak topap lagi
kuih cincin. Yang semalam dia beli tu macam tak cukup katanya. Lepas tu dia
beli lagi amplang. Korang tahu amplang tu ape? Dia macam keropok tapi
bulat-bulat. Ada perisa ikan dengan sotong. Yang ikan rasa macam keropok lekor.
Kawan ni suka sangat perisa sotong. Saya sendiri belum pernah makan lagi ampang
perisa sotong. Then last, kami carik keychain. Keychain ni beli kat area luar
dari Pasar Filipina. Murah sikit.
Tengah tunggu bus airport. Sure guwa akan mengalami pengalaman yg sama mcm org dlm flight. Kan? |
On the way nak balik ke
penginapan, ternampak bus airport. Kami terus tanya kat kaunter tu. Harga RM5.
Dah boleh saving tambang. Sebab asalnya kami nak naik teksi. Kunun bawak banyak
barang. Paling koman pun caj RM30. Member tu duit dia ngam-ngam. Cash yang dia
keluarkan habis guna. Tapi still in budget la. Then kami decide naik bas
airport dekat Jalan Padang pasai tu stesen paling dekat dengan Australian
Street.
Menghayati detik-detik last kat KK |
Lepas kemas barang-barang,
last check kot-kot ada yang tertinggal ke. Kang naya plak. Kami check-out jam
11.30am. time tu dah macam jam 12pm. Matahari terik dah woi! Bus airport ni
punctual. Tepat pukul 12pm, dia jalan. Sampai airport, dah masuk waktu. Saya
terus pergi solat jamak takdim. Lepas tu kami pergi makan. Tak tahu nak makan
apa. Last-last KFC jugak menunya. “Catch a bite before your flight”.
Cliché betul bunyiknya. Iklan KFC kat signboard. Haha!
Borak punya borak, tak sedar
flight saya dah sampai waktu boarding. Time tu 1.45pm da. Flight saya jam
2.05pm. Member ni rilex je la sebab dia memang dah biasa travel dengan flight and
naik flight last minit. Bukan. Dia memang dah biasa buat keje last minit. Haha!
Jenis saya, saya tak suka rushing ni. Nanti ade je benda yang tertinggal. Lepas
tu moody. Flight saya masa tu bukan boarding time dah. Dah last call. Sempat la
proper farewell dengan kawan tu. Since kami akan berpisah and tak tahu lagi
bila boleh jumpa.
I will miss to travel again -,- |
Walaupun flight kawan tu jam
3pm lebih, tapi bila kami touchdown kat airport masing-masing, kami sampai
dengan waktu yang lebih kurang sama dengan beza 5 minit lewat flight kawan
saya. Member ni jenis degil. Flight terbang rendah and siap sedia nak landing,
dia rilex boleh reply whatsapp lagi dengan saya. Haha! Tapi masa balik tu,
teruja sikit. Sebab dalam masa beberapa second, saya boleh nampak tempat-tempat
yang kami dah teroka pagi tu, Pulau Mamutik, tempat kami menginap, Menara Jam
Atkinson, Signal Hill, Jeti Jesselton, Tanjung Lipat, Masjid Bandaraya KK, and
so on.
Bye Sabah. Till we meet again.
Surely will repeat balik trip ni and kalau ada bajet lebih lagi, nak p snorkeling
kat pulau-pulau lain pulak. Sebak plak masa buat entri ni. Bukan sebak sebab
sedih ke apa. Nanti korang rindu all the moment yang korang pernah create masa
kat sana. Kenangan itu indah, bukan?
Saya harap, entri yang
berkaitan dengan trip-trip dalam blog ni, boleh dijadikan sedikit -- sikit pun jadilah panduan pada korang
yang nak pergi bercuti. Moga-moga.
Next trip ke mana pula ye?
1 comment:
@azman sabah: terima kasih sudi baca. Mudah-mudahan ada rezeki lebih utk kita :)
Post a Comment