25 April 2015

Trip Sabah | Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Salam.

Lepas balik jalan-jalan dari Kiram's Vilage.




Pelancong dah ramai. Sharp je pukul 8am kaunter bukak, masing-masing berpusu-pusu nak beli tiket. Harga tiket RM5. Include GST! Haha! Dah drive ke sana and park kereta kat tempat yang dikhaskan untuk parking, kami rasa macam blur. Lost sekejap. Ada pemandu pelancong ke or jalan sendiri? Saya tengok orang lain pun macam tak tahu nak buat apa mula-mula tu.

Belanja satu panorama ladang

Dengan suhu sejuk dan pemandangan Gunung Kinabalu, desa farm ni menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem untuk bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia memerlukan suasana ala-ladang di Eropah. Jadi, Dengan jolokan sebagai New Zealand Sabah, Desa Cattle Dairy Farm di kaki gunung Kinabalu ini adalah antara tempat yang perlu korang lawati. Sila masukkan siap-siap dalam list tempat yang nak pergi.


First thing yang kami buat, duduk-duduk dulu kat situ paihtu pergi beli gelato sebab nampak ada orang beli then makan gelato. Haha! Pagi-pagi kot dah makan aiskrim. Tapi share je la dengan member since nama pun nak rasa. Bukan nak makan sampai kenyang pun. Bagi saya, sedap jugaklah. Kena lah dengan tekak saya. Sebab saya ni bab-bab produk tenusu, macam cerewet sikit la.





Lepas tu kami jalan-jalan dekat area ladang lembu tu. Lembu khusyuk tengah makan rumput. Pelancong datang bergambar, dia buat donno je. jaga-jaga. Kot masa korang selfie ada lembu join sekali tengah sengih nampak gigi. Haha! Ada satu batu ni, korang naik la atas dia. Kalau member korang pandai snap gambar, nampak korang tengah tawan Gunung Kinabalu. Tapi masa tu, kabus tebal dah tutup view  puncak gunung.

Gunung Kinabalu dah kena tutup dengan kabus tebal


Kerusi hijau kat situ p mana ntah -,-


Seriously fefeeling macam kat New Zealand weh. Tak payah beli tiket flight mahai-mahai sebab nak ke New Zealand. Yela tu. Haha! Tapi kalau korang nak pergi jugak New Zealand, tu cerita lainlah pulak. Sebelum balik, kami beli susu kotak coklat and susu stroberi. Susu stroberi dia sedap gile weh sampai saya lupa nak offer kat driver. Haha! Nasib baik driver tak cakap, “habiskan je lah Nad”. Haha!

Terlebih produk tenusu. Macam ni lah jadinya. Kahkahkah!




MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment