Salam.
Hari ketiga kami di Sabah.
Pagi tu saya terjaga dengan lebih awal lagi. Sebab saya terdengar suara orang
ramai dekat luar. Ingatkan hari dah siang dah. Before this saya ada mention.
Yang weekend kat Pekan Ranau macam ada satu pasar. Tak tahu apa nama dia. Dia
start jam3.30am sampailah jam 6am. Memang macam pasar malam la suasana dia.
Meriah! Maaflah. Terlupa nak amik gambar. Eksaited! Haha!
Hari ni kami nak bertolak ke
Kundasang. Nak ke Desa Cattle Dairy Farm. Then ke Kundasang War Memorial. As
usual, kami keluar around jam 5.45am. Terus check-out la. Sebab nak ke Tuaran
then Kota Kinabalu. Jam 6.15am kami dah sampai ke Pekan Kundasang. Cepat plak
rasa. Semalam masa nak p Ranau, terasa lama pulak.
Kunun-kunun nak breakfast KFC
la. KFC lagi. Macam takdak makanan lain. And nasib baik KFC tak bukak lagi. Kat
sini bukan macam semenanjung, open 24 jam. Lepas dah lalu Bulatan Mesilau tu,
kami stop jap sebab nampak gunung Kinabalu yang super ohsem view dia. Masa tu
takdak kabus lagi. So memang clear giler la view kat puncak dia tu. Ahhh! Susah
lah nak explain dengan kata-kata.
Kat Bulatan Mesilau tu, ada
makcik juai sarapan. Guess what? Ada lagi orang juai kuih 3 biji RM1. Saya
makan pau goreng je. Ke donat? Tak ingat. Tapi saya makan kuih je la. Kuih dia besaq
kot. Kawan saya beli nasi goreng sebab dia kalau tak makan nasi tak sah. Haha!
Terus kami gerak ke Desa Cattle Dairy Farm. Eksaited tak? padahal farm bukak
jam 8am. Lama lagi kot.
Dah habis sarapan, still tak
tahu nak buat apa. Nak bergambar, dah puas bergambar berlatarbelakangkan view
Gunung Kinabalu. Saya decide, kami pergi jalan-jalan area Kiram's Village. Kebetulan
terjumpa signbard nak ke Kiram's Village secara tak sengaja masa on the way nak
ke desa farm. Biasalah. Benda kalau di cari, mesti tak jumpa. Kalau tak di
cari, ada je dah nampak depan mata. Haha!
Saya tengok dalam blog Cik
Proobritney gambar-gambar kat Kiram's Village ni, memang cantik la. Before
this plan nak stay sini. Tapi, entahlah. Tak tahu plak reason kenapa kami tak
stay kat sini. Mungkin sebab waktu kami pergi Kundasang ni, waktu weekend. So harga
dia mahai sikit, compare dengan Ranau Country Lodge yang harganya jauh lebih
murah. Haha!
Penginapan kat sini,
kebanyakkannya stail cabin. Ada bilik, tapi tak banyak. So, sesuai la kot untuk
orang yang nak honeymoon, yang datang dengan family. Kalau trip berdua dengan
kawan pun ok je. bak kata member, bukan selalu pergi bercuti. And nama-nama
penginapan depa ni, guna nama buah-buahan dan sayur-sayuran. Opposite Kiram
Village ada penginapan jugak. Tak ingat nama dia. Harga lebih kurang. Kalau saya,
saya amik Kiram's Village. Haha!
Kat
sekitar penginapan dalam Kiram's Village ni, ada flower garden. Macam-macam bunga
depa tanam. Bunga ros yang paling menarik perhatian saya. Ada jugak bunga-bunga
yang exotic, yang namanya saya tak tahu pun. Ada jugak satu pokok besar. Kat situ
depa gantung kasut. Taktahu pokok nama pa. kami panggil pokok. Kasut. Haha! Sempat
la snap-snap gambar. Dah nak dekat jam 8am, kami patah balik ke desa farm.
3 comments:
haloo.. saya dari indonesia, mau tanya, kalau dari Kota Kinabalu, bagaimana caranya nak ke Sabah/Cattle Farm. Terima kasiii
Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
@neng ayu: boleh memandu dari kota kinabalu ke kundasang (cattle farm). Boleh ambil kereta sewa, atau mana-mana pakej yang menawarkan perkhidmatan ke sana. Semoga membantu.
Post a Comment