Salam.
Second last day kami di sini. Which
mean, hari ke-4 untuk Trip Sabah ni. Aktiviti wajib hari ni, snorkeling. Kami
pergi 4 orang. Lagi dua orang tu, junior saya -- Amir yang kerja dekat department radioterapi and lagi sorang tu
kawan Amir -- Zul, merangkap kawan
kami jugak. Orang utagha naa. Sama profesion jugak dengan kami cuma dia
tercampak kat Sabah. Eloklah tu kawan-kawan saya. Sorang tercampak kat Sarawak,
sorang tercampak kat Sabah. Haha!
Kami decide jumpa kat jeti
around jam 8.30am ke jam 9am macam tu la. Amir stay dekat Menggatal. Zul tak
tahu stay mana. Tapi macam stay dekat-dekat je depa duorang tu. Sementara
menanti diorang, kami breakfast sekejap. Apa yang menarik? Semua tak menarik.
Bagi saya la. Tapi kena makan jugak supaya kat pulau nanti tak menggelupur
kelaparan. Haha! Nasi goreng ikan bilis dengan sosej, RM2.50.
Sementara kawan saya cari
makanan yang berkenan di hati, ada sorang brader ni approach saya. Dia tanya,
saya dah beli tiket untuk snorkeling belum. Saya angguk je la since saya
sorang-sorang masa tu. Sebab kawan saya yang decide pasal harga tiket ni.
Brader tadi tu kerja kat Kaunter 1. Kawan saya ni decide nak amik pekej kat
Kaunter 10. Macam familiar la brader ni. Macam pernah tengok. Tapi kat mana?
Tak lama lepas beberapa minit
kitorang makan, brader ni datang lagi kat meja kitorang. Dia tanya lagi pasal
tiket snorkeling. Kawan saya la yang jawab since dia yang handle. Kawan saya
cakap, tiket yang dia cari murah sikit. Beza berapa ringgit je dengan harga
brader ni. Kami decide hold dulu sebab nak tunggu si Amir dengan Zul ni. Baru
boleh diskas lebih and buat keputusan terus sebab brader ni cakap, bot ke pulau
around jam 9.30am. sekali dengan 4 orang foreigner -- semua girl.
Tak expect brader ni nak
tunggu sampai Amir dengan Zul sampai. Nasib baik tak lama. So, harga brader ni
offer, RM48.10 untuk sorang termasuk life jacket yang berharga RM5 and set
snorkeling harga RM10. Harga ni untuk dua pulau. Kitorang decide pergi Pulau
Sapi and Pulau Mamutik. Pergi 3 pulau takut balik lewat sangat. Lagi pun Amir
dengan Zul kene masuk kerja esok. Haha! Saya bawak set snorkeling saya sendiri,
so saya just kene bayar RM38.10 je la. Tak tahu sebenarnya mana datang 10 sen
tu. Haha!
First pulau, Pulau Sapi.
Kitorang naik bot and sampai lebih kurang jam 10am. Lagi pun banyak singgah tempat
lain. Boatman ni la. Singgah rumah member nak kasi barang. Naik speed boat kat
sini tak selancar masa saya naik speed boat kat Perhentian. Mungkin sebab batu
karang kot. Takdak la berlanggar sampai pecah. Hidup kalau tak adventure, tak
best jugak ye dak? Melambung-lambung woi! Haha! Sampai kat jeti, ada bayaran
masuk RM3. Simpan tiket ni kalau nak masuk mana-mana pulau lain lagi.
Kawan saya ni tak pandai
berenang. Saya pun tak pandai berenang. Semua orang tak pandai berenang. Amir
la yang paling positif. Walaupun dia tak pandai berenang, since ada life
jacket, kami takkan tenggelam. Tapi kawan saya ni, dengan life jacket pun dia
tak percaya. Haha! Amir siap ajar kami lagi cara berenang walaupun bukan cara
yang betul. As long boleh terapung and bergerak masa korang berkuak tu, ok la.
Since kawan saya ni first time
snorkeling, and tak pandai berenang jugak, dia mengambil masa yang lama untuk
sesuaikan diri dengan situasi baru ni. Bagi saya, ni kali kedua saya
snorkeling. So, saya dah ada pengalaman sebelum ni walaupun terasa hambar
sebenarnya pengalaman tu. Haha! Kat Pulau Sapi ni, saya macam cepat sikit la
adapt dengan suasana dia. Punchline Amir, “bayar RM40 takkan duduk tepi pantai je”.
tak habis-habis dia ulang ayat tu. Haha! Amir plak dah macam coach. Semua orang
keliling dia.
Saya tak kisah. Asalkan boleh
tengok pemandangan ikan dan coral dalam air, saya ok je. berbekalkan tunjuk
ajar cane nak berenang dari Amir yang tak bertauliah, dapatlah saya follow dia
sampai ke tengah, jauh sikit dari pantai sebab nak tengok ikan dengan coral.
Masa saya ke Perhentian dulu, saya memang tak konfiden langsung. And kat sana,
Pak Hassan yang bawak saya tengok ikan and coral. Kat Sabah takdak Pak Hassan.
Tapi syukurlah ada Amir.
Terasa macam dah lama
snorkeling. Tengok-tengok jam baru pukul 11.30am. Bot untuk ke Pulau Mamutik
jam 1pm. Lama lagi. Tak tahu nak buat apa. Since perut da lapar bunyik-bunyik.
Haha! Serius saya cakap, air laut kat Pulau Perhentian lagi jernih dari kat
Pulau Sapi and Pulau Mamutik ni. Mungkin sebab kat Sabah ni banyak pulau kot
and lagi satu ada banyak pantai. Tapi kat Pulau Perhentian, just ada banyak
tempat-tempat snorkeling -- turtle point,
shark point, coral bay and so on.
Tak tahu nak buat apa. Kami
decide nak snorkeling dekat area sebelah kiri jeti. Kat sebelah ni tak ramai
orang. And tak banyak.. bukan tak banyak. Boleh dikatakan takdak coral untuk di
view. Ada ikan je la. Tu pun ikan kecik-kecik yang macam ikan bilis saiz besar.
Haha! Kawan saya? Dia still snorkeling dekat-dekat dengan pantai je. selagi
mana kaki dia boleh jejak pasir dalam laut tu, takat tu je la dia pergi. Tak
boleh nak paksa dah la.
Sementara kami tunggu bot kat
jeti, bot untuk ke Pulau Mamutik pula, baru la kami nampak brader yang kami
amik pekej snorkeling ni dengan kawan-kawan dia, dengan gadis-gadis foreigner 4
orang tu. Pehhh! Bikini je. Lupa plak nak bagitahu. Nama brader tu, Aman. Ermm.
Sounds familiar to me. Penat saya fikir kat mana pernah tengok Aman ni. Aman
dengan kawan-kawan dia ajar gadis-gadis foreigner tu berenang kat laut rupanya.
Memang baru sekarang la nampak batang hidung.
Pulau Mamutik betul-betul
menghadap KKIA Terminal 2. So nampak la flight nak landing, nak take off. Dekat
Pulau Mamutik, coral dia lagi banyak compare dengan Pulau Sapi. So, tak payah
snorkeling jauh-jauh sangat. Kawan saya dah give-up da. Satu, sebab dia memang
tak pandai berenang -- katanya lah.
Dua, dia da rasa muka dia sunburn gile-gile. Saya yang lagi lama bersnorkeling
dari dia, for sure saya punya muka terlebih-lebih sunburn ye dak? Pergi
snorkeling bukan hari-hari. Haha! Zul siap cakap, “jauh jugak aku tengok hang
snorkeling”. Tak sedar weh. Saya follow je si Amir ni.
Aman cakap kat sini ada ikan
nemo. Tapi masa saya snorkeling dengan Amir, takdak pun nemo kaler oren tu.
Jumpa nemo yang kaler hitam je. Kat sini, ikan-ikan suka langgar kaki korang
taw! Kalau korang berdiri lama sikit dalam air, then tiba-tiba macam ada
something yang hit kaki korang, banyak kali pulak tu, ikan la tu. Tak sakit
mana pun tapi masa mula-mula kena tu, memang terkejut jugak la. Takdak rules
ikan-ikan ni. Main langgar ja. Haha!
Masa dekat Pulau Sapi, tak
banyak moment yang saya rekod. Sebab time tu tengah nak biasakan dengan suasan
dekat pula utu. Dekat Pulau Mamutik la saya rekod banyak video and snap banyak
gambar. Tu yang saya snorkeling sampai tak ingat dunia. Snorkeling jauh sikit
ke tengah berbanding masa dekat Pulau Sapi sebab masa tu masih takut-takut
lagi. Huhu!
Sampai satu point, yang mana
tangan, kaki dan muka saya rasa pedih gile sebab air masin and cahaya matahari,
baru saya naik ke permukaan. Waktu tu jam pukul 3pm. Mana tak terbakarnya.
Haha! Saya pun pergi mandi and tukar baju. Kawan saya dah tak snorkeling dah
kat Pulau Mamutik ni. Baju dia dah siap kering. Amir dengan Zul tak tukar baju
jugak. Sebab depa naik motor balik tu. Dah sah-sah kering masa on the way balik
rumah.
Jam 3.30pm bot sampai da.
Sebab si member ni merayu-rayu balik awai sikit. Aman cakap bot paling cepat
jam 4.30pm. Dia dah risau nanti masuk kerja orang tegur muka dia hitam la ape
la. Ingat dia sorang je ke masuk kerja balik dari vacation? Saya pun kene masuk
kerja jugak. LOL! Muda setahun member ni. Tapi nampak matured lagi dari saya.
Sebab bawah dia berderet lagi adik-adik dia. Bawah saya, ada sorang adik je
lagi. Cakap pasal Aman. Saya masih lagi memikirkan kat mana saya pernah tengok
dia.
Sampai kat jeti, kami
lepak-lepak ja. Minum-minum. Tea time katanya. Haha! Amir stress beli air kena
GST. Siap ade resit. Zul beli air takdak GST. Kesian Amir. Mengantuk tahap
gaban sampai suruh Zul dukung sampai motor. Haha! Saya dah cakap awal-awal dah
dengan member. Kalau boleh stay kat tempat yang dekat dengan jeti. Sebab ada
kang yang tido tepi jalan nanti sebelum sampai tempat penginapan. Haha!
Aman datang meja kami. Lapar
katanya. Bila kami offer donut, taknak plak. Yela, mana kenyang makan donut je.
haha! Kami makan donut kecik-kecik Dunkin’ Donut tu. Munchkin kot nama dia.
Time ni sebak sebab moment masa kursus tu diulang balik. First day sampai lepas
check-in hotel, kami dengan colleague lain tea time kat sini sementara tunggu
colleague lain siap check-in semua. Saya bukan sentimental. Saya just
appreciate setiap moment yang pernah saya create. *I iz crying* T__T
Sampai tempat penginapan, kami
terus bersihkan diri. Solat and rehat jap. Jam 5.30pm tu kami keluar balik ke
Pasar Filipina nak cari ole-ole untuk Mak saya. Selamat dah RM74 tu. Borong
kuih cincin dengan kopi Tenom punya pasal. Nak simpan untuk raya katanya. Kawan
saya dah gelak-gelak da. Puasa pun belum. Raya lama lagi. And dia pun ada je
member dok Sabah. Boleh kirim kot. Haha! Makcik tu siap bungkuskan dalam kotak.
Dapat bawak balik handbag baru.
Dinner malam tu, dapat jugak
kami merasa makan di Gerai Santai Haji Manja. Ramai kawan recommend kedai tu.
Amir pun cakap situ ok. Masa kursus tu tak berpeluang dinner kat situ. Sebab
kedai tu sentiasa full. Masa kami pergi tu, tak ramai orang. Mungkin sebab hari
tu hari Ahad. Apa yang manja sangat ni?
Haha! Pekerja kedai makan tu, yang laki-laki la, lembut betul layanan yang depa
kasi. Tu pasai ramai orang. Haha! Tapi malam tu tadak ketam. Nak makan kat
tempat lain, macam malas da nak bergerak. Kempunan ketam si member tu.
Selalu waktu malam, belum jam
10pm lagi saya dah lena. Tapi malam tu, mata takmau lelap. Padahal penat gile
kot siang dia. Sebab snorkeling kan. Kami pun pilotoq pasai kerja, and pasai
kawan-kawan. Tak tahu why takdak pilotoq pasal cinta-cinta ni. Haha! As long as
conversation kau berjalan lancar, ok da. Jangan nanti krik! Krik! Krik! Sudah
la. Dekat-dekat jam 12am baru lah tertido. Esok last day kat KK. What should we
do?
Siapa Aman? Saya tergerak hati
nak google blog Cik
Poobritney tu. Sebab saya banyak refer blog dia. Memang details la bagi
saya. Tadaaa! Saya dah jumpa Aman. Owner blog tu amik pekej snorkeling dengan
dia. Tapi masa tu why dorang naik kat Pasar Filipina, bukan dekat Jeti
Jesselton? Ape pun, thanks ye Aman. Haha!
P/s: Saya bagitahu kawan saya,
“snorkeling
ni kan, last-last amik pekej dengan orang yang aku suggest jugak”.
Member dah pelik. Bila saya cerita balik dekat dia, terburai ketawa kitorang.
8 comments:
salam...do you still have this bro aman no ?
@nib_chocolates wslm. Ni no dia. Tapi xsure dia guna lagi ke x. Blh cuba 0109422890.
Salam nak tanya pergi pulau tu memang kita kena siap2 pakai baju mandi ker?? Dan lepas mandi tu ada tandas awam tak kat sana untuk tukar bju...
@shariff Arjunande: wslm. Saya tak rajin nak tukar2 baju. Pakai baju mandi siap2. Dekat pulau mamutik ada toilet and shower.
boleh bagi nombor company pulau mamutik?
boleh saya tanya total kos snorkelling tu berapa?
@Yukie D: maaf, saya tak ada nombornya.
@Anonymous: tak lebih RM50. at that time la.
Post a Comment