Salam.
Sambung cerita hari tu. Still hari yang sama =)
**********
After that, kami teruskan
perjalanan ke Poring Hot Spring. Tahan betol depa ni mandi kat kolam air panas.
First time saya mandi kolam air panas, dekat WetWorld Pedas. Rendam kaki je.
Itu pun tak tahan sebab panas. Cuaca di Sabah time tu boleh tahan panas jugak.
Tu yang sunburn tangan, kaki dan muka. Warna bertona. Haha! So, kami decide nak
pergi canopy walk dulu. Oh! Guna balik tiket yang korang dah bayar untuk masuk
ke Kinabalu Park.
Kalau korang nak tahu, Poring Hot Spring ni sebahagian daripada Kinabalu Park yang sangat luas. Ini adalah destinasi pelancongan yang paling terkenal di kalangan pelancong luar negara dan juga tempatan. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai aktiviti lasak dan menarik, yang sesuai untuk individu dan juga keluarga.
Kat Poring Hot Spring, ada
canopy walk. Bayaran masuk RM3. Lepas tu, kalau korang ada bawak kamera, kene
bayar RM5 untuk sebijik kamera. So, kami guna satu fon je la. Fon member tu
untuk snap-snap gambar masa canopy walk. Nak ke sana, kena mendaki sikit a few
hundreds meter. Sebab takdak stamina, memang cepat letih la even baru mendaki
sekejap pun. Dah sampai kat pondok canopy walk, nanti ada orang check tiket
korang. Jangan menipu ye yang pasal kamera tu.
Before this dah pernah naik da
canopy walk ni. Dekat FRIM. So, takdak rasa gayat sangat. Poring canopy walk ni,
the best next attraction after the hot springs. And jambatan tergantung ni
ketinggian dia 41 meter dan sepanjang 157.8 meter. Siapa-siapa yang gayat, and
ada sakit jantung ka, lelah ka, atau fobia dengan ketinggian tak digalakkan la nak naik jambatan ni. Boleh
dikatakan ni, aktiviti lasak jugaklah. Haha!
Lepas dah turun dari canopy
walk, kami decide nak pergi rendam kaki je. kaki lenguh-lenguh sebab banyak
plak mendakinya. Dekat hot spring ada tempat mandi terbuka, tempat mandi
tertutup, and ade tempat rendam kaki saja. Kat kolam tu jugak dia ada dua paip.
Satu air panas, satu air sejuk. So korang bolehlah adjust suhu yang sedap dengan
kaki korang. Sedap pulak tengok dorang berpiknik. Perut kitorang memang dah
bunyik-bunyik da time ni.
Matahari dah mencanak naik
tinggi. Perut dah lapar. Dari simpang masuk ke hot spring, ke sebelah kiri nak
ke Sabah Tea Garden dengan Fish Spa. Ke sebelah kanan untuk patah balik ke
Pekan Ranau. Kami decide nak check-in dulu. Makan dan solat lepas tu rehat
sekejap. Lagi pun, masa on the way nak ke Poring, orang penginapan kat Ranau
Country Lodge tu dah call nak kompemkan jadi ke tak kami menginap kat sana. Ramai
orang nak book, katanya.
Ranau Country Lodge ni memang
saya recommend. Bilik twin, ada ekon and bilik air private. Harga semalamam
RM55. Lepas dah check-in, kami terus pergi cari makanan. Jalan kaki je la since
Pekan Ranau tu kecik je and macam complete la jugak boleh dapat semua benda.
Kami decide makan kat KFC je sebab tu je tempat yang servis cepat and macam
proper dan kami yakin untuk lunch. Huhu!
1 comment:
Student ad diskaun tak? Biasa mmg dia cek kamera ke?
Post a Comment