24 April 2015

Trip Sabah | Kiram's Village, Kundasang

Salam.

Hari ketiga kami di Sabah. Pagi tu saya terjaga dengan lebih awal lagi. Sebab saya terdengar suara orang ramai dekat luar. Ingatkan hari dah siang dah. Before this saya ada mention. Yang weekend kat Pekan Ranau macam ada satu pasar. Tak tahu apa nama dia. Dia start jam3.30am sampailah jam 6am. Memang macam pasar malam la suasana dia. Meriah! Maaflah. Terlupa nak amik gambar. Eksaited! Haha!

Hari ni kami nak bertolak ke Kundasang. Nak ke Desa Cattle Dairy Farm. Then ke Kundasang War Memorial. As usual, kami keluar around jam 5.45am. Terus check-out la. Sebab nak ke Tuaran then Kota Kinabalu. Jam 6.15am kami dah sampai ke Pekan Kundasang. Cepat plak rasa. Semalam masa nak p Ranau, terasa lama pulak.


Gerai makcik tu sebelah kiri guwa

Kunun-kunun nak breakfast KFC la. KFC lagi. Macam takdak makanan lain. And nasib baik KFC tak bukak lagi. Kat sini bukan macam semenanjung, open 24 jam. Lepas dah lalu Bulatan Mesilau tu, kami stop jap sebab nampak gunung Kinabalu yang super ohsem view dia. Masa tu takdak kabus lagi. So memang clear giler la view kat puncak dia tu. Ahhh! Susah lah nak explain dengan kata-kata.

Kuih 3 biji RM1. Besaq weh!

Kat Bulatan Mesilau tu, ada makcik juai sarapan. Guess what? Ada lagi orang juai kuih 3 biji RM1. Saya makan pau goreng je. Ke donat? Tak ingat. Tapi saya makan kuih je la. Kuih dia besaq kot. Kawan saya beli nasi goreng sebab dia kalau tak makan nasi tak sah. Haha! Terus kami gerak ke Desa Cattle Dairy Farm. Eksaited tak? padahal farm bukak jam 8am. Lama lagi kot.

View Gunung Kinabalu. Clear gile peal dia.

Dah habis sarapan, still tak tahu nak buat apa. Nak bergambar, dah puas bergambar berlatarbelakangkan view Gunung Kinabalu. Saya decide, kami pergi jalan-jalan area Kiram's Village. Kebetulan terjumpa signbard nak ke Kiram's Village secara tak sengaja masa on the way nak ke desa farm. Biasalah. Benda kalau di cari, mesti tak jumpa. Kalau tak di cari, ada je dah nampak depan mata. Haha!

Pokok kasut (?)

Nama-nama cabin dia.


Depa baru nak tanam pokok rasanya

Saya tengok dalam blog Cik Proobritney gambar-gambar kat Kiram's Village ni, memang cantik la. Before this plan nak stay sini. Tapi, entahlah. Tak tahu plak reason kenapa kami tak stay kat sini. Mungkin sebab waktu kami pergi Kundasang ni, waktu weekend. So harga dia mahai sikit, compare dengan Ranau Country Lodge yang harganya jauh lebih murah. Haha!





Penginapan kat sini, kebanyakkannya stail cabin. Ada bilik, tapi tak banyak. So, sesuai la kot untuk orang yang nak honeymoon, yang datang dengan family. Kalau trip berdua dengan kawan pun ok je. bak kata member, bukan selalu pergi bercuti. And nama-nama penginapan depa ni, guna nama buah-buahan dan sayur-sayuran. Opposite Kiram Village ada penginapan jugak. Tak ingat nama dia. Harga lebih kurang. Kalau saya, saya amik Kiram's Village. Haha!



View dari penginapan opposite Kiram's Village


Kat sekitar penginapan dalam Kiram's Village ni, ada flower garden. Macam-macam bunga depa tanam. Bunga ros yang paling menarik perhatian saya. Ada jugak bunga-bunga yang exotic, yang namanya saya tak tahu pun. Ada jugak satu pokok besar. Kat situ depa gantung kasut. Taktahu pokok nama pa. kami panggil pokok. Kasut. Haha! Sempat la snap-snap gambar. Dah nak dekat jam 8am, kami patah balik ke desa farm.

Mount Kinabalu Golf Club. Pun ada.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

neng ayu said...

haloo.. saya dari indonesia, mau tanya, kalau dari Kota Kinabalu, bagaimana caranya nak ke Sabah/Cattle Farm. Terima kasiii

Unknown said...

Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

nadeafu chan said...

@neng ayu: boleh memandu dari kota kinabalu ke kundasang (cattle farm). Boleh ambil kereta sewa, atau mana-mana pakej yang menawarkan perkhidmatan ke sana. Semoga membantu.

Post a Comment