Letih!
Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan diri aku sekarang ni. Semalam aku gi piknik dengan budak-budak kos. Sakit-sakit plus sengal-sengal sikit satu badan la. Bangun pagi pun masih terasa lagi kesengalannya.
**********
Aku telah diamanahkan oleh budak-budak kos untuk melunaskan part ayam dengan ikan. Dorang nak BBQ ayam bersama-sama ikan. Tiga hari lepas, aku dengan kawan baik aku bersama-sama adik-adik perempuan dia dan jugak mak dia bertungkus lumus telah menyediakan segala macam rempah ribu ratus untuk memeram ayam dan ikan.
Setelah ditambah, tolak, darab dan bahagi.. Kami berpakat untuk membeli 9 ekor ayam dan 15 ekor ikan kembung serta 15 ekor lagi ikan cencaru. Aku mencadangkan supaya kita genapkan je untuk 30 orang makan. Lagi pun yang join aktiviti ni seramai 28 orang budak kos.Da alang-alang tu, buat je la untuk 30 orang. Ye tak? Ye!
Ada sorang budak kos aku, budak-budak lain panggil dia ketua kelas. Sebab apa? Sebab dia rajin kot. Yeke rajin? Rajin jumpa lecturer. Rajin la jugak kan? Haha. Kalau ada apa-apa je, mesti nak sebut nama dia. Nama dia senang sangat terlintas dalam kepala otak ni. Apesal ntah!
Si ketua kelas ni jugak la merangkap ketua program untuk aktiviti BBQ ni. Dan merangkap jugak sebagai bapak ayam. Bukan bapak ayam apa.. Sebab dia yang buat urusan jual beli ayam. Dia beli 12 ekor ayam dengan harga RM50. Mana nak dapat? Kalau ada, sila senaraikan.
Ok. Kita buat kira-kira balik. Ada 10 ekor ayam. Lagi 2 ekor kawan mak aku yang order haha. Macam yang aku cakap kat atas, BBQ untuk 30 orang. Ayam tu pulak entah kat mana silapnya, tokey ayam buat potong 12. 10 ekor ayam X 12 potong = 120 ketul ayam. Banyakkan? Ok la tu. Satu kepala dapat 4 ketul ayam. Yela tu!
Malam sabtu tu, bermulalah operasi memeram ayam dan ikan secara besar-besaran. Sambil-sambil tu aku terbayang-bayang semua menu-menu yang aku dengan budak-budak kos da bincangkan sebelum-sebelum ni. Antaranya sandwich, nasi goreng, ayam, ikan, sosej, buah tembikai, dan air oren.
Nak tahu semua makanan tu habis ke tak? Nati aku sambung dalam entri lain. Ada keje yang perlu aku siapkan.
Sekian!
p/s :
Masa aku mandi sungai semalam, lutut aku bergaduh dengan batu sungai. Padan muka aku! =.=
8 comments:
ehehe gud3!tp kalo listkan skali bahan2 yg digunakan utk perap ayam n ikan tu lg ok kut.mmg da bomb!huhu..sian kaki die.skng dah ok?
baby chicken kott tuh yg murah :)
@ saifad : tyme peram ayam tuh adik tak dek kot..tu yang tak listkan..kot2 salah ke..ada orang marah pulak hehe kaki dah boleh jalan da..lebam still ada.
@ hasan suyat : nak kate baby chicken tak jugak..ketul ayam dia besa2 je..xnampak macam kecik pun even da siap potong 12
Baby chicken punn takde lahh kecik sangat. Cume daging die tak thick macam ayam medium jer ;)
@ hasan suyat : hehe xboleh imagine mana satu baby chicken mana satu ayam medium hehe
hahahaha aku rase, mesti ko ingat anak ayam yang kecik2 comel tuh baby chicken kann? Hahahahaha =P
baby chicken?ahaha mmg terbyg anak2 ayam pn huhu sabar ye adik.dah nak ok kan kakinye.len kaiki jgn dok gado ngan batu.wat abeh boreh yo hik ;p
@ hasan suyat : haha tak la..aku pikir baby chicken tuh ayam yang saiz kecik2 je..yg xckup zat hehe
@ saifad : haha batu tu yg carik pasal..abes beras apa..ayam pon xabes hak3
Post a Comment