06 February 2011

Trivia : Playboy paling popular di dunia

Apesal eh ramai cik awek-cik awek di luar sana termasuk la aku jugak kadang-kadang membuat kesimpulan yang cik abang hensem ni (hensem ke?) playboy? Aku rasa la kan.. Mungkin sebab dorang ada rupa paras yang kacak, bergaya, stylo-mylo membuatkan dorang senang je nak tackle cik awek-cik awek di luar sana.. Yeke? Aku tak tahu. Ops! Para cik abang hensem di luar sana, sila jangan marah aku. Aku tersangat-sangat tak bersalah dalam hal ni. Ok! Haha. Tapi tak semua cik abang yang hensem begitu perangainya. Ada yang baik hatinya sebaik wajahnya.. Ye tak? Apa pendapat korang pulak?


Tapi seplayboy-playboy cik abang hensem.. Dorang bukan tahap playboy dunia pun. Tapi pernah la jugak kan dapat gelaran lelaki paling playboy dalam kelas 5 Amanah.. Lelaki paling playboy di sekolah.. Lelaki paling playboy di kampus.. Lelaki paling playboy di kampung dan macam-macam lagi la. Tapi tipu la kalau korang ni lelaki paling playboy di dunia. Haha. Meh aku nak cerita pasal sorang mamat ni, yang mendapat gelaran playboy dan yang paling popular di dunia.

Hye cik aweks manis.. Mari mendampingi saya

Nama penuh dia seperti yang tertera dalam surat beranak ialah Giovani Giacomo Girolamo Casanova. Asal tak letak je Gasanova? Kan cantik sikit pangkal nama semua huruf G, ye tak? Haha. Salasilah keturunan dia dari Itali. Lahir kat Venice pada 2 April 1725. Alamak! Same bulan dengan aku. Hoi! Aku bukan playgirl. Kang marah orang yang lahir bulan 4 haha. Mak dan Ayah dia.. Incik Gaetano Giuseppe Casanova dan Puan Zanetta Farussi sangat bertuah dapat anak seperti Casanova ni. Sejak kecik lagi da femes sebagai seorang budak kicik yang bijak pandai lagi bergaya.

Masa umur dia 17 tahun, dia da dapat da gelaran doktor dalam bidang undang-undang kat universiti. Universiti apa aku tak tahu pulak. Tapi universiti undang-undang yang aku tahu Harvard University je hehe. Hebat kan orang dulu-dulu ni. Kita masa umur 17 tahun baru nak amik SPM. Jauh lagi perjalanan nak sampai gelaran doktor tu. Tapi betul! Orang dulu-dulu memang hebat. Kita tgk sendiri tokoh cendekiawan Islam. Korang kenal tak macam Ibnu Sina - Bapa Perubatan, Al-Khawarizmi - Bapa Algebra, Ibnu Battuta - Bapa Pelayaran dan banyak lagi la. Aku tak ingat!

Orang putih panggil beliau Avicenna
ulangtahun yg ke-1200

Casanova ni sangat gentleman you know. Dia sangat mengagumi perempuan. Nak sepak terajang tu memang jauh panggang dari api la sebab dia memang tak pernah nak berkasar dan menyakiti hati mana-mana perempuan yang dia kenal. Bahkan setiap hari dia mengumpul koleksi perempuannya. Pergh! Macam kumpul anak patung tak? Hidup dia tak pernah sunyi tanpa perempuan disisi. Oh Casanova! Nasib baik kita hidup tak sezaman. Kalau tak aku pun jadik mangsa perempuan simpanan kau. Cis!

**********

Kepada yang berkenaan.. Sedarlah. Mereka yang playboy ini atau dengan kata yang lebih sopan mereka yang menggunakan cik awek-cik awek ini adalah sebenarnya mereka yang sunyi. Jiwa mereka tersangat-sangat sunyi.. Sangat beremosi.. Kekosongan. Mereka menggunakan cik awek-cik awek untuk menafikan kesunyian yang ada dalam jiwa mereka. Aku bukan cakap kosong. Ini memang betul.Psikologi je semua nih.

Di dalam hati manusia itu sendiri ada kesunyian. Dan kesunyian itu tidak akan dapat diisi, dihilangkan tanpa mendekati Tuhan Yang Esa.. Tanpa keimanan kepadaNya.

Sekian. Sudah lapar!

p/s : apa beza playboy, kasanova dan gigolo? kenapa kita dah tahu yang dia tu playboy tapi kita masih lagi terpedaya dengan dia?

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

~sAifAd~ said...

ehehe baru tau.dr situ rupenye title "casanova" tu wujud eh.mmg name die pn.tp..lelaki playboy ni rata2nye kawen ke?kalo kawen pn,still playboy lg ke?ish..mintak simpang la ye.mtk dijauhkan..;)

zaty kecik said...

oh man!
tgk hidung casanova ni.
mmg rupe kasanova!

bdk law u'ollss..patut la hebat berkate-kate..hihi.

nadeafu chan said...

@ saifad : xtaw la kasanova ni kawen ke tak huhu
@zaty : semua budak law mcm tu ke?hehe

Post a Comment