04 February 2011

Minyak masak zaman dulu-dulu : Part 2

Ok. Aku sambung pasal entri minyak masak. Taik minyak yang sudah ditapis semalam dimasukkan semula dalam periuk dan dipanaskan. Api kecik je. Tak perlu besar-besar. Nanti taik minyak korang hangus. Minyak yang terhasil pun nak tak berape nak cantik jugak. Sentiasalah kena kacau taik minyak tersebut ye! Masa menggoreng ni, tak payah cakap la. Bau dia memang harum semerbak. Aku rasa satu lorong boleh bau taik minyak Mak aku ni. Sangat sedap bau dia. Sungguh! Aku tak tipu.




Tadaa! Sudah siap! Agak perfect jugak. Rasanya rangup, bulat-bulat kecik. Sekali pandang macam makanan ikan. Tapi sebenarnya tak. Silalah pandang dengan banyak kali sebab ianya bukan makanan ikan, tapi taik minyak hehe.

rasanya sangat rangup

Bila da siap menggoreng, taik minyak sudah diangkat, dan minyak masak pun ditapis. Dapat warna keemasan. Tapi tak cukup sebotol 5L haha. Jadilah daripada tak dapat apa-apa kan. Membazir gas dapur je.

tak sukat pun berapa isi padu minyak dalam ni :p

**********

Beberapa minggu lepas kecoh krisis pasal minyak masak. Kalau pergi kedai-kedai runcit yang kecil-kecilan gitu memang tak kan dapat la. Kompem tauke kedai cakap minyak sudah habes maa. Tapi tak bermakna kalau pergi supermarket senang nak dapat minyak masak. Tak jugak! Hanya sesetengah supermarket je yang bekalan minyak masak nya masih ada. Ada jugak supermarket yang mengehadkan sorang boleh beli satu botol je.

Kalau bershoping silalah bawak satu keluarga, nak-nak yang family member ramai, mahunya boleh dapat tiga atau empat botol haha. Macamana? Korang suruh je sorang-sorang adik beradik korang amik botol minyak lepas tu gi kat kaunter terus bayar haha. Aku teringat cerita sahabat karib aku. Tergelak sorang-sorang masa aku taip entri ni. Ape taknya, carik minyak masak sampai ke Melaka tapi tak jumpa jugak. Jangankan sebotol minyak, sepeket minyak pun tak ada haha.

Agak-agak korang la, berbaloi tak nak buat minyak masak dari santan kelapa ni? Tak kan.. Aku pun rasa tak berbaloi. Membazir masa dengan gas je haha. Jahat gila aku. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat menimba ilmu dan pengalaman macam mana nak buat minyak masak. Betapa susahnya orang dulu-dulu nak hasilkan minyak masak. Nak-nak pulak guna kaedah tradisional. Sebab tu la sekarang minyak masak dihasilkan dari kelapa sawit. Orang da tak nak pakai kelapa da. Tak berbaloi!

p/s : da selesai ke belum hah krisis minyak masak ni? =.=

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

~sAifAd~ said...

krisis myk xtau dah abes ke belom.yg pastinye botol minyak 5L cukup byk kat umah ni hehehe btw,mak dah gune ke myk ni?1st time tgk.suci je myknye huhu

nadeafu chan said...

hehe blm..ada mak simpan dlm botol..sayang kot hehe

~sAifAd~ said...

iye ke?hehe xpe.bile2 pn blh pakai kan.ritu baru kuar paper.hage myk msk nek lg ouhh...aiyo!

nadeafu chan said...

minyak masak ke minyak petrol?

Post a Comment