02 March 2011

BerBBQ di Lubok Manggis : Part 2

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca!

Pagi yang sejuk disertai dengan rintik-rintik hujan yang turun jatuh ke bumi. Mestilah jatuh ke bumi. Sangat mustahil ye kalau rintik-rintik hujan naik ke langit. Kecuali dengan izin Dia.

Ok! Intro tak nak panjang berjela. Aku nak sambung entri lepas.

**********
Ayam dan ikan dah siap diperam. Cantik warnanya. Seperti warna kuning keemasan warna diraja. Ok! Tipu! Sedap jugak la mata memandang. Tak dek yang spesial mana pun. Tinggal nak diangkut je esok paginya.

Pagi tu kunun-kunun nye nak bangun awal. Dah set jam pukul 5.30 pagi da. Haruslah bangun awal. Takkan pukul 7 nak gerak baru nak bangun. Tapi entah macam mana terjaga pulak pukul 6.15 pagi. Jam loceng tak bunyi ke? Tengok kat handset tertera angka 5.30 am. Sape lah yang menyumpah handset tuh jadik bisu? Kelam kabut aku mandi. Cis!

Bukan apa. Kawan aku dah janji nak datang 6.15 pagi. Nak ambik aku dengan kawan aku kat rumah. Angkut sekali la barang-barang nak gi piknik serta ayam dan ikan tadi. Sebelum aku mandi sempat la jugak aku meraba-meraba butang keypad handset.

"Kau dengan dorang da gerak belum?", sambil mamai-mamai aku menaip.

"Belum..Lambat sikit"

Fuhh! Lega. Cepat-cepat aku menerjah ke bilik air.


Tepat pukul 6.45 pagi, kawan aku pun sampai. Da angkat barang-barang semua, terus jalan. Da tak dek nak bercerita panjang lebar, nak berjejak kasih apa semua.

Aku sempat tanya, "Jumpa jalan tak? Ada sesat-sesat?". Sambil tergelak-gelak. Eh! Kenapa nak gelak-gelak pulak? Aku pun tak paham. =.=

"Nasib baik ada rumah warna kuning kat hujung jalan tu. Jadi petanda la kiranya".

"Cantik tak peta yang aku lukis? Skema gila kan?" Haha.

Belum cakap lagi da tergelak-gelak. "Macam peta kad jemputan nak gi umah kawen. Tak pe, aku simpan sampai la Sai kawen nanti.. Tak payah susah-susah hantar kad jemputan da"

Ada pulak macam tu. Motif? =.=

Kami budak-budak kos semua berkumpul dekat bangunan Sains Nuklear dulu. Bukan apa, senang nak gerak sama-sama nanti. Tepat jam 7.30 pagi kami da gerak, keluar menuju ke destinasi yang ingin dituju. Tapi ada satu kereta Myvi hitam da gerak dulu. Dia nak amik orang kat hentian Kajang pulak. 


Kitorang berhenti empat kali kot. Motif? Mula-mula berhenti kat stesen minyak Shell. Tersalah tempat menunggu pulak. Rupa-rupanya Myvi hitam yang gerak dulu tu tunggu kat stesen minyak Petronas daa. Lepas tu tunggu lagi sorang mamat. Dia ni naik motor. Kitorang berhenti pulak kat stadium Kajang.Tapi last sekali berhenti kat R&R Bukit Dukung, tunggu kereta lagi satu.


Masa berhenti kat stadium Kajang, rasa macam lama pulak menunggu. Mana la si mamat yang sorang ni? Sementara menunggu dia, sempat lagi aku dengan kawan-kawan yang lain bedal permainan-permainan yang ada kat taman Permainan tu. Ya ampun! Mereka ini mengalahkan budak-budak kecik yang ada kat situ. Budak-budak kecik kat situ semua da surrender bila dorang yang menguasai tempat tu. 


terhad kepada pengguna kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah haha

sukanya bila dia ceria

Memang banyak buang masa. Tapi sebab ukhuwah antara kami tersangat erat, berhenti la jugak supaya dapat gerak sama-sama. Konvoi ramai-ramai memang best! Ada tujuh kereta satu motor. Sg. Pangsun! Tunggu kedatangan kami!


Eh..eh! Apesal Sg. Pangsun pulak? Kat tajuk entri tulis Lubok Manggis.

Nanti aku sambung entri lain. Nak gi kelas ni hehe.

p/s :
Badan aku rasa sengal-sengal lagi lepas mandi sungai hari tu.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

7 comments:

~sAifAd~ said...

yurp!mcm kaler emas pn ade kan.baru pasan ahaha tp piknik kali ni dgn kosmet mmg heaven la!walaupn ade yg x dtg disaat2 akhir,tp sumenye berjalan lancar.budak2 laki sumenye sporting giler!yang paling best mase games tu.dah terase mcm kembali ke zaman kanak2 pulak kan.sweet memory of da sem la~

Hasan Suyat said...

lubok manggis air die xbape nak jernih kalau time hujann. better lagi kalau ko gi air terjun sg gabai. my 2 cent!

nadeafu chan said...

@ saifad : bercakap pasal ramai yang tak datang..lupa nak bagitahu dalam entri yang makanan banyak tak habes hehe

@ hasan suyat : masa tu air sg gabai tengah kotor..tuh yang cadang nak g pangsun..lepas tu air deras plak..tu yg gi lubok manggis..btw..orang selangor ke? :)

Hasan Suyat said...

Umah aku dekat hulu langat! ;) Hehe Kalau nak gi sungai gabai, confirm lalu depan umah aku =) 5 minit jer dari umah nak ke lubok manggis tuh ;) Jemput lahh dtg umah, tapi aku takde lerr =P

nadeafu chan said...

@ hasan suyat : wahhh! seronok..rumah dekat je dgn tempat mandi manda..nati xdek air boleh g situ je hehe InsyaAllah panjang umur boleh jumpa hehe :)

~sAifAd~ said...

gabai skng kotor.cantek mmg cantek tp kualiti air x bape nak cantek haha adik..makanan byk x abes.tp nsb bek ade org yg sudi bwk balik mkn kat bilik kan.xdek la pembaziran di situ hehe

nadeafu chan said...

@ saifad : taw xpe..ayam yg xbakar lagi pun ade org yang sanggup bawak balik nak kasi mak dia huhu

Post a Comment