21 February 2011

Berkenalan dengan diri anda dulu baru boleh diet

Assalamualaikum kepada pembaca semua!

Entri kali ni aku nak kongsi satu fakta yang ada dalam buku walaupun aku tak habis khatam lagi bukunya. Buku ni biasa-biasa je. Bukan buku lucah, Ok!

**********
Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa kalenjar yang dominan. Dan untuk pengetahuan korang, bentuk tubuh badan kita jugak sudah terang dengan torchlight lagi bersuluh dengan spotlight sangat-sangat dipengaruhi oleh jenis kalenjar dominan tersebut.

Selain itu jugak, tubuh manusia terbahagi kepada empat jenis bentuk tubuh :
1. Adrenal (Jenis A)
2. Gonadal (Jenis G)
3. Pituitar (Jenis P)
4. Tiroid (jenis T)

And for your informatation again, setiap bentuk tubuh ini ada tahap pertambahan lemak yang berbeza. 

Jenis A 
Badan tegap dan berotot pada lengan dan kaki. Lemak nak dok membiak kat bahagian lengan. Kepada korang yang ada badan jenis ni, kurangkan makan makanan yang berprotein dan berkarbohidrat. Contoh macam daging, kentang atau nasi.


Jenis G
Selalu orang cakap macam bentuk buah pir. Masalah berat badan yang paling ketara tang belakang dan peha. Tapi ada bentuk kaki yang kuat berbanding tubuh bahagian atas. Sapa-sapa yang ada badan macam ni, elakkan makanan yang kaya dengan lemak dan rempah-ratus. Ok!


Jenis P
Selalu orang badan jenis ni kecik je orangnya. Masalah dorang ialah berat badan maintain je kat semua part badan dorang. Nasihat untuk korang, kurangkan pengambilan makanan berunsur susu.


Jenis T
Tubuh jenis ni ada metabolisme yang sangat tinggi. Kiranya aktif la. Tubuh badan tinggi dan kaki yang panjang mengakibatkan pungkoq dorang berat. Caranya? Kurangkan pengambilan gula, kafein, dan karbohidrat.


Ok! Sekarang da tahu jenis badan korang macam mana kan. Lepas ni korang boleh la menghindari makanan-makanan yang akan menyebabkan tubuh korang mengembang. Makanlah lebih makanan yang berserat, protein, vitamin dan mineral.

Tubuh yang sihat lebih berharga dari tubuh yang langsing tapi tak sihat.

p/s :
Sampai sekarang aku tak tahu aku jenis bentuk badan yang mana =.=

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

iniialahaku said...

aku jenis A...ala,baru nk mkan nasi..

nadeafu chan said...

@ iniialahaku : bukan xboleh makan..kurangkan..itu pun kalo ko betul2 nak diet hehe

~sAifAd~ said...

aiyooo!sy still xtau bentuk bdn sy ni bentuk ape ahaha bentuk ape dik?epal eh?ade ke..?hik3

nadeafu chan said...

@ saifad : bentuk ape?buah nangka ade tak?hek3

~sAifAd~ said...

TAKDE..BENTUK I X TAHU NAK DESCRIBE MCM MANE...~aahaha

nadeafu chan said...

@ saifad : ahha..i lg tak tahu

Post a Comment